Posts

Showing posts from February, 2019

PENGALAMAN GUNA PRODUK CETAPHIL BAGI KEMPEN #CETAPHILAMBASSADOR

Image
Assalamualaikum semua Penjagaan kulit yang paling asas adalah membersihkan dan mencuci muka untuk menghilangkan kotoran, peluh dan mekap pada lapisan luar kulit. Memilih pencuci muka yang terbaik bergantung pada kondisi kulit kita. Sebelum membuat pemilihan, adalah lebih baik kalau kita tau serba sedikit tentang kesan pelbagai tekstur dan bahan yang terdapat dalam pencuci muka/pencuci muka. Kalau kulit muka korang jenis kulit kering, cari pembersih yang tidak berbuih dan mempunyai agen penghidratan seperti asid hyaluronik atau ekstrak aloe vera. Untuk kulit muka kombinasi dan berjerawat, cari pembersih jenis gel dengan bahan seperti pengelupasan kimia seperti AHA dan BHA. Jika korang make-up, membersihkan wajah dengan cleanser jenis minyak (oil cleanser) adalah lebih berkesan untuk menanggalkan segala kotoran. Jenama Cetaphil, dipercayai oleh ramai orang yang mempunyai kulit sensitif dan bermasalah. Cetaphil ialah satu jenama yang menyasarkan produknya untuk kulit sensitif. Produk me

GUNUNG DAIK ANTARA KHAZANAH LINGGA INDONESIA YANG TAK RAMAI TAHU

Image
Dihari ketiga di Lingga, kami menelusuri khazanah di Lingga. Sekitar 8 pagi setelah sarapan, kami menaiki speed boat untuk ke Daik daripada Kampung Pancur yang mengambil masa kira-kira kurang dari 1 jam.  Sepanjang melalui sungai ini, pemandangan yang indah namun jangan di sangka air tenang tiada buaya. memang terdapat buaya di sungai ini. Syukur Alhamdulillah buaya tidur masa kami melalui sungai ni agaknya hehe Semua bag di letak di hadapan bot Tempat pertama kami di bawa ke Muzium Linggam Cahaya yang kini terletak di Kabupaten Kepulauan Riau. Muzium ini di bina pada tahun 2002 di atas tanah yang di wakafkan dan di pindahkan pada tahun 2015 ke muzium baru yang terletak di Jalan Raja Muhammad Yusuf, Daik.  Muzium Linggam Cahaya ini berlatar belakangkan Gunung Daik yang sangat terkenal di dalam pantun melayu. Namun sayangnya, seperti di dalam pantun, Gunung Daik bercabang tiga, cabang Gunung Daik kini hanya tinggal dua, atas sebab perubahan asli yang berlaku sal

BUKIT BATU BELUBANG MERCU TANDA KEPULAUAN RIAU INDONESIA

Image
HARI KEDUA - BATU BELUBANG HILL Good Morning Batu Belubang! Pagi di Batu Belubang di sambut dengan udara yang nyaman, bunyi ombak yang menyenangkan. Bangun pagi terus ke pantai di belakang rumah. bermain di gigi air. I always love beaches. Berpagian di pantai merupakan 'travel bucket list' setiap tahun. Pagi di hari kedua ini merupakan hari yang penting untuk FAM Trip Lingga kerana ia merupakan Upacara rasmi untuk Nongsa Neptune Regatta Sail to Lingga 2019 dimana sambutan untuk para pelayar yang bertanding untuk tahun ke-4, Nongsa Marina sebagai penganjur utama. Boleh baca selanjutnya di sini. Memandangkan upacara akan bermula pukul 11 pagi, kami masih ada masa sekitar 3jam. Jadi kami berlima iaitu aku, Nurul, kak Tasha dari Muar, Ika dan Kak Eton dari Batam pusing kampung dengan niat untuk ke Gua Batu Belubang sebagau mercu tanda kampung ini. Kami bertanya pada orang kampung yang sangat mesra arah tuju ke gua tersebut dan terjumpa dengan budak-budak s

NUKILANBAE - JAUH

Image
Satu persatu kian menjauh, Pergilah... Biarkan aku sendiri, Memeluk erat diri sendiri. Tuhanku, Aku pasrah, Walau hilang arah, Ku pasti ada hikmah. bae03102018 Equine Park, Seri Kembangan, Selangor DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

MY FIRST FAM TROP JOURNEY OF THE NEPTUNE REGATTA LINGGA INDONESIA

Image
My first FAM Trip to KEPRI Lingga, Indonesia was amazing. I've got to experience being a locals, enjoying fresh seafood, sightseeing to wonderful places and many more. It was just for 4 days but I crossed few things in my bucket list within the span of time. The Neptune Regatta I had an amazing opportunity to travel abroad and being part of 4th Nongsa Neptune Regatta Sail to Lingga 2019. The only race boating event to the Equator, which Nongsa Point Marina set as starting point. On 7th February 2019, the Lay Day ceremony has been held at Batu Belubang village. Lay Day is basically Meet and Greet all participants with Ministry of Lingga Tourism. All participants welcomed with traditional dance, silat and served with fresh seafood after that. They are then got to experience traditional dancing call 'zapin' with the dancer. Other than dancing, they also enjoyed playing volley ball with the locals before depart back to Sekeling Island. Head of Lingga Tourism, Raja Fa

NUKILANBAE - LAMUNAN

Image
Aku tak lagi berburu, Jika itu yang kau mahu. Aku tak lagi mengejar, Tak mahuku celik dalam samar. Andai hatiku bersuara, Kau pasti tak percaya, Cintaku tiada tara, Walau hanya seketika cuma, Tembok utuh telah kau rebahkan, Hanya dengan kebisuan, Kerdilku tak mampu menahan, Akhirnya terbukti keikhlasan. Terima kasih hamba Tuan, Sedarkan aku dalam lamunan. bae@05102018 Lubuk Papan, Daik, Lingga DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

KEPULAUAN RIAU LINGGA DESTINASI FAMTRIP TERBAIK DI INDONESIA

Image
Buat pertama kalinya di undang untuk menyertai FAM Trip ke Kepulauan Riau, Lingga. FAM Trip ni adalah kelolaan Tourism Indonesia. Trip selama 4 hari 3 malam ini merupakan pengalaman yang tak dapat sangat best! Okay nak cerita dulu macam mana dapat join FAM Trip ni. Kisahnya, di ajak oleh seorang kawan untuk apply dengan Tourism Indonesia join FAM Trip ni sebagai kumpulan media dari Malaysia. Walaupun blog sendu, tetap nak apply sebab trip travel. Mana la boleh dengar bab-bab travel ni memang laju haha. Alhamdulillah, walaupun blog sendu masih terpilih. Jadinya, disinilah selama 4 hari 3 malam. Kepulauan Riau Lingga, here I come............ Perjalanan dari Puchong ke Stulang Laut mengambil masa lebih kurang 4jam. Kami gerak selasa malam secara carpool yang kebetulan ada lagi 2 orang nak join carpool, so kita ON je. Sampai Stulang laut lebih kurang pukul 5 pagi. Masing-masing mengantuk dan letih, sementara tunggu kaunter tiket feri ke batam buka, kami tidur dalam kereta sah

NUKILANBAE - MEMORI SI BULUS

Image
Sunyiku... Tanpa geseran kasihmu, Tanpa suara manjamu, Serasakan kosong, Bilamana tiada lagi larian kecilmu, Menyambut kepulanganku. Sungguh... Rasa kehilangan ini, Membungkam erat diri, Dalam pelukan kesedihan, Pemergianmu.. Teguran buatku Dari yang Maha Satu. Terima kasih si bulu-bulu, Walau sementara, Aku tetap bahagia, Moga bertemu lagi, Di negeri abadi. bae05102018 #AnteteInMemories DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

NUKILANBAE - KULEPASKANMU SEIKHLAS HATIKU

Image
Mendung awan pagi ini, Seakan mengerti, Betapa mendungnya hati, Keputusan ini menghenyak rasa, Remuk redam menghimpit jiwa, Namun, haluan kita berbeza, Walau destinasinya sama, Bertemu yang Maha Esa. Terpisah kerana syariat, Walau hati berat, Akal sentiasa mengingat, Agar tak tersesat. Namamu sentiasa dalam doaku, Moga kembali bertemu, Di negeri nan satu, Kulepaskanmu seikhlas hatiku. bae@19102018 Bukit Batu Belubang, Lingga, Indonesia DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

SUNRISE ATTACK DI GUNUNG GAP DAN GUNUNG ULU SEPAT I GUNUNG GAPGUS I BAEROSLAN

Image
Trip hiking kali ini ke Gunung Gap dan Ulu Semangkuk atau famousnya Gunung GUS. Line up seramai 33orang di bawah pengurusan KPE Hikers. Untuk trip GUS, kita aim untuk sunrise attack.  Gunung GUS terletak di Fraser Hill, Pahang lebih kurang setengah jam dari Fraser Hill, starting point di tepi jalan menuju ke Fraser. Kami berkumpul di dataran Kuala Kubu Baru jam 1am dimana dataran ini merupakan station terakhir untuk persiapan mengosongkan perut dan pundi. haha. Perjalanan dari dataran KKB ke starting point memakan masa 1 jam dan jalan teramat bersimpang siur. Kemabukan yang teruk lalu jalan tu tapi itu je jalan yang ada terpaksa bertabah. Dari arah KKB, starting point akan berada di sebelah kanan. Terdapat beberapa parking berbumbung di sebelah kanan jalan dan tandas yanh dah tak di selenggara. Selepas briefing dan warm up, kami memulakan pendakian pada pukul 3.20am. Permulaan pendakian terus pacak, tapi jangan risau ada tali kat trek pacak tu.  Trek selepas

NONGSA NEPTUNE REGATTA SAIL TO LINGGA INDONESIA 2019

Image
 Neptune Nongsa Regatta Sail to Lingga adalah perlumbaan kapal layar yang terbesar di dunia dan tahun ini merupakan tahun ke-empat perlumbaan kapal layar ini diadakan. The Neptune Regatta adalah satu-satunya perlumbaan pelayaran yang melintasi khatulistiwa. Sangat menarik! Kementerian Pelancongan Lingga telah mengadakan upacara perasmian diadakan di Desa Batu Belubang, Kepulauan Riau (KEPRI) pada 7 Februari 2019 dengan menjemput para pelayar yang menyertai perlumbaan itu serta kumpulan media dari Indonesia, Malaysia dan Singapura.  Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Raja Fahrurazi bersama wakil pelayar dan Pengarah Pelancongan Muar, Johor Para undangan di alukan dengan penari tradisional, silat, dan di jamukan dengan makanan laut yang segar. Setelah menikmati hidangan yang di sediakan, kesemua jemputan di ajak untuk bermain bola tampar dan di bawa untuk menikmati keindahan Desa Batu Belubang yang sememangnya indah dengan khazanah alam yang masih 'dara'.

Followers