Posts

Showing posts from 2019

VIT'S KAN ADA, MERIAHNYA RAYA

Image
Assalamualaikum semua Bulan Ramadan sudah tiba dan umat Islam di seluruh dunia pasti teruja nak sambut bulan mulia walaupun kita semua masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) dan masih belum dapat merentas negeri. Syukur kita semua masih dapat menunaikan ibadah terawih di masjid dan surau dengan SOP yang ketat berbanding tahun lepas kita semua hanya di rumah. Bazaar Ramadan pun boleh beroperasi macam biasa dengan SOP yang sewajarnya demi menjaga keselamatan semua. Walaupun masih tak boleh merentas negeri untuk balik ke kampung masing-masing untuk menyambutAidilfitri bersama keluarga tercinta, tapi kita tetap bersyukur sebab pihak kerajaandah bagi sedikit kelonggaran dan wajib mematuhi segala perintah yang kerajaan Malaysia dah tetapkan. So harap-harap kita tak langgarlah peraturan yang telah ditetapkan ye. Disebabkan itu, Vit’s jenama mi segera dan mi kering Halal yang telah bertapak di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu ingin menjemput anda semua sempena menyambut Ramad

RESEPI POPIA CENDAWAN CHEESE LELEH

Image
Assalamualaikum semua Hai korang, sekarang mood memasak agak memuaskan, jadi asyik nak share resepi je haha Harini saya nak share resepi mudah cepat pantas dan lazat iaitu resepi popia cendawan cheese. Dulu pernah viral popia ni, memang sedap dan mudah je nak masak cuma bahan-bahannya agak mahal (pada saya) jadi sesekali boleh la buat. Bahan-bahan :  Dada ayam ( dipotong kecil) Sosej (dipotong dadu) Bawang besar/holland (I biji saiz besar) Bawang putih seulas Cheese Cendawan butang 1 tin Mushroom/Chicken cream soup 1 tin Kulit popia saiz 50" Cara-cara : Potong dada ayam, sosej, bawang besar, bawang putih, dan cendawan dan asingkan. Pastikan korang basuh cendawan bersih-bersih sehingga hilang bau. Dah siap semua bahan-bahan dipotong kita boleh start menumis. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar, bila bawang dah layu dan naik bau, boleh masukkan ayam. Masukkan sosej bila nampak ayam dah separuh masak. Macam mana nak tau

RESEPI ROTI SARDIN 3M

Image
Assalamualaikum korang. moga semua sihat-sihat saja. Dah lama tak share resepi, harini rasa rajin sikit so nak share Resepi Roti Sardin 2M. Apa 2M tu? 3M tu mudah, murah dan mabelesss haha. Roti sardin ni sesuai sangat untuk sarapan atau tea time atau time korang rasa macam lapar tapi taknak makanan berat. Resepi mudah yakmat, bahan-bahan pun mudah je. Ramai yang share resepi roti sardin ni dalam pelbagai versi korang boleh lah cari dan ikut yang mana mudah untuk korang but trust me, resepi yang saya share ni amatlah mudah. Dah jom kita masak. Bahan-bahan : Bawang (potong dadu) 1biji saiz sederhana Cili padi/burung 2tangkai Daun sup (optional) Telur 2 biji (gred A) Sardin 1 Tin Lada hitam Garam Cara masak : Asingkan ikan dan sos sardin dan hancurkan ikan sardin. Korang boleh hancurkan guna garfu je. Lepas tu masukkan sikit demi sedikit sos sardin tu (Kalau taknak campur pun boleh). Potong bawang, cili, daun sup dan campur dalam ikan sardin ta

PUNCAK GUNUNG SEMANGKUK IDAMAN PARA PENDAKI

Image
Sunrise di Pine Tree  Gunung Semangkok terletak di Fraser hill, Selangor dan mempunyai ketinggian 1824meter (5984ft) merupakan antara gunung idaman para pendaki. Menurut Federation Museums Journal (1971), Gunung Semangkok mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Istilah- istilah ini adalah bagi membezakan keadaan dan struktur hutan dan ketinggian sesebuah gunung.  Pendakian Gunung Semangkok kali ini adalah trip bermalam iaitu 2 hari 1 malam. Trail Gunung Semangkok merupakan tahap yang agak mencabar jadi untuk pertama kali saya cuba trip untuk bermalam supaya dapat mendaki dengan agak santai memandangkan trail Gunung Semangkok agak panjang. Bagi mendaki Gunung Semangkok, trailhead bermula di pintu rimba Fraser Hill. Ia adalah laluan yang sama jika mendaki ke Gunung Pine Tree. Pendakian bermula seawal 4.30 pagi supaya semua dapat sampai ke campsite di sungai merah sebelum menjelang malam.  Trail ke punc

TRANS JERGING DAYHIKE MISI MENAWAN 4 PUNCAK GUNUNG

Image
Misi trans jerging adalah misi menawan empat puncak gunung iaitu puncak gunung suku, gunung irau, gunung yellow dan gunung pass. Ketinggian dan koordinasi setiap puncak gunung disertakan sekali, jadi korang boleh track guna gps je. SUKU Trail Head : N4.55567 E101.32327 Height : 1797 meters Coordinate : N4.54271 E101.33395 Gunung suku ni single trek saja tapi pacak all the way to the peak. Bahasa pasarnya, tak ada diskaun lansung. Walaupun korang nak buat Gunung suku single, korang di nasihatkan untuk training. Keperluan fitness sangat di perlukan, kalau tak memang tak cukup nafas nak naik ke atas. Pendakian gunung suku lebih kurang 3-4jam moderate pace.  IRAU Height : 2110 meters Coordinate : N4.52898 E101.36518 Pendakian ke Gunung irau agak mencabar. Trek roller coster iaitu naik dan turun. Walaupun korang dah mendaki sehingga ketinggian 1797m di Gunung suku, namun pacak ke Gunung irau juga tidak boleh di anggap remeh. Pendakian

OLIVE NATURAL SKIN CARE MASK DARI KOREA - REVIEW

Image
Harini saja nak share satu produk korea iaitu Natural Skin Care Mask. Saya pilih olive shiny moisture facial mask untuk percubaan kali ini. Saya sebenarnya bukan seorang yang secara rutinya memakai facial mask, maybe 2 minggu sekali baru pakai(lihat lah betapa malas nya hehe). Mask yang saya gunakan adalah seperti gambar di atas. Sebelum ni pernah pakai brand yang sama tapi perisa (perisa ke?) yang berlainan. Masa tu tak terfikir pulak nak review kan. Seperti biasa, pemakaian mask adalah 15-20 minit. Sebelum pakai mask, pastikan muka dah dibersihkan terlebih dahulu ye. Kemudian, pakai mask seperti biasa, lekapkan ke muka dan sapukan lebihkan cecair dari dalam pack mask tu pada muka, kemudian biarkan selama 20 minit.  Masa pakai mask ni jangan pula korang nak bersembang, nanti bergerak-gerak facial mask tu. Adalah eloknya korang duduk je diam-diam main phone ye. Selepas 20 minit pakai mask ni, pasti akan ada lebihan cecair tu pada muka, sapu dan oleskan se

KEPRI CORAL, PULAU ABANG, INDONESIA

Image
HARI PERTAMA Minggu lepas, di jemput lagi FAM Trip ke Pulau Abang bagi memeriahkan Batam Bahari Festival 2019. Seperti sebelum ini, saya menaiki feri untuk Batam. Korang boleh check out post yang sebelum ni, saya ada share tips ke Batam. Saya dan beberapa rakan media menaiki feri jam 11 pagi dan tiba di Batam Terminal pukul 12 tengahari (waktu indonesia). Pada yang taktau tu, waktu Indonesia lewat 1 jam ye dari Malaysia. Sampai je sana, perut pun dah berkeroncong, so haruslah makan dulu.  Pukul 2pm, kami semua naik bas ke KPC Terminal. Perjalanan mengambil masa kurang dua jam untuk sampai ke terminal. Kemudian, naik bot ke Kepri Coral, sekitar 45minit. Best sangat naik bot kali ni, boleh naik ke bahagian dek atas, omgaidddd sis feeling sangat dok atas dek tu haha Credit picture : Alfie Lee Sesampai di sana kami di Restoran terapung Kepri Coral, kami dihidangkan dengan teh halia & serai. Segar betul rasanya, hilang seke

BATAM BAHARI FESTIVAL 2019

Image
Batam Bahari Festival telah diadakan pada 1-4 November di Kepri Coral, Pulau Abang, Kepulauan Riau, Indonesia. 'The welcoming party' ini adalah bagi menyambut dan meraikan para pelayar. Seramai 51 pelayar  dari 13 buah negara termasuk Australia, Amerika dan Kanada menyertai festival pada tahun ini. Kedatangan para pelayar di sambut dengan paluan kompang dan pertunjukan silat dan dua wakil pelayar dipakaikan tanjak sebagai simbol adat dan budaya Indonesia. Festival di mulakan dengan tarian kebudayaan Batam dan kata-kata aluan oleh Pemilik Kepri Coral, diikuti oleh Datuk Bandar Batam, wakil dari Kementerian Pelancongan Indonesia dan Wakil pelayar. Setelah selesai ucapan, kami dihidangkan dengan makanan laut yang lazat. Makanan laut di kepulauan riau tidak pernah mengecewakan. Kemudian, festival berlansung dengan tarian dangkong, permainanan gasing, dan fashion show oleh duta-duta kecil bat

Followers