TIPS RANCANG BERSARA AWAL DENGAN ILEARNFROMCLOUD.COM

Image
Assalamualaikum semua Situasi Covid19 yang melanda kini telah menghadkan pelbagai aktiviti kita diseluruh dunia termasuklah menimba ilmu. Namun, dengan bantuan teknologi, kita masih dapat belajar, semuanya bergantung pada diri sendiri. Luasnya ilmu tidak hanya terhad pada pembelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai platform eLearning yang boleh kita pilih bagi meningkatkan kemahiran diri. Memperkenalkn ILearnFromCloud.com adalah platform pembelajaran sosial yang direka untuk membantu korang bagi memperoleh kemahiran yang akan mendapat permintaan tinggi pada masa akan datang. Setiap orang mempunyai kemampuan belajar yang berbeza-beza, terutama di bidang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang terhad. Tidak seperti laman web eLearning lain yang menyediakan kursus dalam talian, pembelajaran melalui ILearnFromCloud.com membawa kaedah yang paling berkesan untuk belajar, iaitu adalah dengan memiliki seseorang di sisi, membimbing kita di setiap langkah, dan mengarahkan ke arah yang betul

NUKILANBAE - MEMORI SI BULUS

Sunyiku...
Tanpa geseran kasihmu,
Tanpa suara manjamu,

Serasakan kosong,
Bilamana tiada lagi larian kecilmu,
Menyambut kepulanganku.

Sungguh...
Rasa kehilangan ini,
Membungkam erat diri,
Dalam pelukan kesedihan,

Pemergianmu..
Teguran buatku
Dari yang Maha Satu.

Terima kasih si bulu-bulu,
Walau sementara,
Aku tetap bahagia,
Moga bertemu lagi,
Di negeri abadi.


bae05102018


DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

Comments

  1. bila kucing kesayangan mati pasti terasa kehilangan dan kosong sbb slalu bermanja dgn kucing kn

    ReplyDelete
  2. Sedihnya. LH faham perasaan tu.

    ReplyDelete
  3. Comelnya kucing ni. Ala sedihnya. Anak tengok kucing ni pun kata comel. Moga ada rezeki dapat kucing yang lain pula buat peneman diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah adoptkan semua kucing. dulu ada 22 ekor. tapi kesian diorang sebab selalu takda rumah. travel and masuk hutan. so adopt semua.

      Delete
  4. Rindu plak pada bulu-bulu Sis dulu, semua mati dan sekor pergi tak balik-balik, memang kena curi le tu, sebab kembang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bae adoptkan. baka norwegian forest. sedih tapi no choice. sian depa selalu kena tinggal

      Delete
  5. Comelnya diaaaa. Ada jugak kenangan sama2. Hopefully one day nanti terubat sikit rasa sedih ya. Stay strong~

    ReplyDelete
  6. alahai sayang... comel sgt nih :)
    umpama kehilangan anak kalau hilang kucing. boleh menangis kesedihan beberapa hari.
    kenangan tu yg menghidupkan kita semula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pu. penah ada sekor mati, 3 hari tak pi keja huhu

      Delete
  7. mmg sedih bila kucing yang rapat kita tiada..seperti kehilangan ahli keluarga

    ReplyDelete
  8. sedih sgt bila kehilangan kucing tersayang, saya dah byk kali rasa dulu masa kecik2 mmg menangis lah, skrg dah tak sgt... tapi mmg tak pernah lupa walau sekor pun kucing2 yg pernah dipelihara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tum setiap nama kucing2 tu semua ingat dan tak pernah lupa

      Delete
  9. memang sedihla kalau kehilangan benda yang kita sayang, sabar ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, dah lama kucing ni mati. tapi sedih dan rindu bila ingat

      Delete
  10. comelnya kucing. saya suka kucing tapi tak boleh bela kucing sebab alergik dengan bulu kucing plus saya takut kalau bela kucing. kucing mati saya tak boleh tahan sedih.mesti teringat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai sekarang pun masih teringat. sebab tu lani tak bela dah.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers