HOTEL PREMIERE KLANG PERKENALKAN LAKSA FIESTA, PROMOSI BULAN SEPTEMBER & OKTOBER 2021

Image
Assalamualaikum semua Saya pernah kongsikan makanan yang sedap-sedap di Hotel Premiere Klang sebelum ini, dan untuk promosi bulan September dan Oktober, Hotel Premiere Klang sekali lagi ada promosi di Restoran The Buzz yang menawarkan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa, Hotel Premiere Klang adalah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Mereka mempunyai 3 jenis restoran iaitu The Buzz, Royal Gourmet menyajikan hidangan asli Cina yang unik sedangkan Ichi Pool Bar adalah restoran-bar yang mudah menyajikan makanan ringan, burger dan pizza yang menghadap ke kolam renang. Promosi di restoran The Buzz kali ini menampilkan dua jenis hidangan iaitu SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO dan juga LAKSA FEAST SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO Set chicken wings ini dilengkapi dengan beberapa kentang wedges dan coleslaw berkrim dalam kombo. Ia juga didatangkan bersama 2 pilihan sos pedas dan tak pedas sesuai untuk seisi keluarga. Mak ayah boleh makan so

NUKILANBAE - KULEPASKANMU SEIKHLAS HATIKU

Mendung awan pagi ini,
Seakan mengerti,
Betapa mendungnya hati,

Keputusan ini menghenyak rasa,
Remuk redam menghimpit jiwa,
Namun, haluan kita berbeza,
Walau destinasinya sama,
Bertemu yang Maha Esa.

Terpisah kerana syariat,
Walau hati berat,
Akal sentiasa mengingat,
Agar tak tersesat.

Namamu sentiasa dalam doaku,
Moga kembali bertemu,
Di negeri nan satu,
Kulepaskanmu seikhlas hatiku.

bae@19102018


Bukit Batu Belubang, Lingga, Indonesia

DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

Comments

  1. Alahai... Sedihnya, sis.
    Apapun, kalau perpisahan krn Allah, pasti ok. Ada hikmahnya tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja la perasaan dan terhasillah puisi ni haha

      Delete
  2. It sounds sad. But be grateful what God planned for you! God bless you sister.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya gambar tu. Biru air laut tu. Tak pernah sampai ke Lingga, Indonesia. Luahan hati yang sedih la sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. batu belubang ni adalah satu pulau yang kecik. penduduk pun sikit je, tapi view superb

      Delete
  4. Wah puitis subgguh boleh jadi pelirik lagu ni... cer hantar pd penyanyi kut mrk suka haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam belum level tu je kak hehe. suka2 je menulis puisi

      Delete
  5. Menyimpan segala peritnya luka jauh di sudut hati. Hanya pemandangan yang jadi saksi akan segalaNya.
    Terus kuat dan tabah. Insyaallah. Bahagia juga nanti.

    ReplyDelete
  6. Memang sedih bila org yg kita sayang telah tiada di dunia. Hanya Allah shj yg tahu perasaan itu tapi kita yg hidup ini kena teruskan kehidupan dn doa moga mereka bersama org2 yg soleh

    ReplyDelete
  7. Sedih dan sebak sungguh rasa baca puisi bae kali ni. Dgn gambar merenung jauh tu.. Terkesan hati kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkesan maknanya sampai la maksud puisinya hehe.

      Delete
  8. Sedihnya baca, bilatengok gambar mesti hati sejuk sikit dengan pemandangan air laut.

    ReplyDelete
  9. Mommy ni bae bab puisi otak mommy ni tak boleh nak beroperasi. Bila baca terasa kesedihannya. Tp jangan terlalu bawak sampai lupa segalanya.

    ReplyDelete
  10. Cantik view laut tu. Kena pula gambar dengan puisi tu. Terasa kesedihan itu 😊

    ReplyDelete
  11. Jika ia diciptakan untuk kita, pergilah jauh mana pun, ceruk mana pun pastikan akan bertemu juga. Lepaskanlah jika itu pilihan yang ada. Yang penting bahagia kan hati sendiri.

    ReplyDelete
  12. Sayu je baca puisi ni. Pula tu bila tengok gambar pemandangan laut, sesuai sangat dengan puisi ni. Bestnya kalau dapat pergi duduk tepi pantai jap, tapi musim PKP ok kena batalkan niat tu

    ReplyDelete
  13. Jangan sedih-sedih nanti nak nages pulak... sayu rasa hati time PKP ni lain macam, view pic tu cantik sekali...

    ReplyDelete
  14. Siapakah gerangannya itu ya..moga kamu bertemu juga satu hari nanti..

    ReplyDelete
  15. Sayu I baca puisi ni... Tpi I suka sgt, sebab I jgk suka tulis puisi!
    https://rachelstruth.home.blog

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers