12 IDEA REKAAN ROTI JALA JELITA VIRAL

Image
Assalamualaikum semua Saya suka tengok hiasan untuk roti jala jelita yang viral sangat sekarang menggantikan kek di hari jadi atau apa-apa sambutan keraian. Posting facebook ini di kongsi oleh Puan Fairus Yus , yang mana semuanya adalah hasil air tangan beliau. Bukan mudah nak cari idea kan, pembuat roti jala mesti kreatif dalam hiasan dan gabungan warna roti jala agar tampak lebih menarik. Saya kongsikan 10 rekaan roti jala jelita untuk korang, mana tau ada yang nak cuba buat kan. Boleh juga dapat kan ilham dari hasil karya orang lain. Tapi bukan tiru bulat-bulat lepas tu claim pulak rekaan sendiri. NO... NO.....NO...... Jangan buat macam tu tau. Kesian tuan punya idea mengerah otak untuk hasilkan rekaan yang kebabom. Gittewww Cantik kan semua rekaan roti jala ni? Tak nampak macam roti jala, nak makan pun macam rasa sayang pulak hehe. Sangat-sangat kreatif pada mereka yang hasilkan roti jala ni, yang menariknya, tulisan ucapan Happy Birthday, semuanya dari roti jala tau. Pada yang be

KEPULAUAN RIAU LINGGA DESTINASI FAMTRIP TERBAIK DI INDONESIA


Buat pertama kalinya di undang untuk menyertai FAM Trip ke Kepulauan Riau, Lingga. FAM Trip ni adalah kelolaan Tourism Indonesia. Trip selama 4 hari 3 malam ini merupakan pengalaman yang tak dapat sangat best!

Okay nak cerita dulu macam mana dapat join FAM Trip ni. Kisahnya, di ajak oleh seorang kawan untuk apply dengan Tourism Indonesia join FAM Trip ni sebagai kumpulan media dari Malaysia. Walaupun blog sendu, tetap nak apply sebab trip travel. Mana la boleh dengar bab-bab travel ni memang laju haha. Alhamdulillah, walaupun blog sendu masih terpilih. Jadinya, disinilah selama 4 hari 3 malam. Kepulauan Riau Lingga, here I come............

Perjalanan dari Puchong ke Stulang Laut mengambil masa lebih kurang 4jam. Kami gerak selasa malam secara carpool yang kebetulan ada lagi 2 orang nak join carpool, so kita ON je. Sampai Stulang laut lebih kurang pukul 5 pagi. Masing-masing mengantuk dan letih, sementara tunggu kaunter tiket feri ke batam buka, kami tidur dalam kereta sahaja. Kereta boleh parking di dalam mall berdekatan terminal di level 2 (parking khas untuk perempuan) rasa lebih selamat parking di sini. Bayaran pun murah, hanya RM3/day.

HARI PERTAMA - BATU BELUBANG, KEPRI, LINGGA

Ferry ke Batam
Dari Stulang Laut ke Batam mengambil masa kira-kira 2jam 30minit dan aktiviti yang paling afdal dalam ferry tentulah tidur. Harga tiket RM90 boleh beli secara walk in atau online. Kaunter di Stulang laut buka pukul 6pagi, Tipsnya, pergi ke kaunter sebelum 6pagi ye. By 5.30 dh ada orang start beratur depan kaunter.


Sesampainya kami di Batam Terminal, kami dijemput oleh Edi, wakil dari pihak Tourism Indonesia dan menaiki bas ke Terminal Telaga Pungur. Kemudian menaiki ferry ke Terminal Chempa Island dan menaiki speedboat ke Kampung Batu Belubang.

Transportation log:
Stulang Laut - Batam Terminal (2jam 30 minit)
Batam - Terminal Telaga Pungur (30 minit)
Telaga Pungur -  Chempa Island (4jam)
Chempa Island - Batu Belubang (1jam)




Kami tiba di Batu Belubang lebih kurang pukul 3pm waktu Indonesia. Perjalanan ke Batu Belubang memang terasa amat panjang, namun penat dan keletihan hilang bila tengok air laut yang biru dan sangat jernih. Keindahan pulau  Batu Belubang sangat indah seperti belum pulau yang masih 'dara'.

Makanan di sediakan oleh keluarga Pak Hasnan dan Ibu Dewi

Selepas menikmati hidangan tengahari dengan lauk pauk yang sedap, kami di bawa pusing kampung oleh orang tempatan. Orang kampung di pulau rata-ratanya berketurunan Melayu Riau yang sangat peramah. Kampung Batu Belubang ni kecil saja, hanya mengambil masa kurang 1jam untuk pusing keliling pulau. Terdapat banyak kedai runcit dalam kampung ni yang mana mereka hanya jual di depan rumah.

Banyak kedai runcit dalam kampung Batu Belubang

Satu-satunya surau dalam kampung ni



Salah sebuah rumah di Batu Belubang. Orang kampung sini semuanya kreatif.

Orang kampung tengah buat bubu. Kreatif sangat!

Santai petang main permainan ala-ala mahjung.

Inilah bubu yang dah siap untuk jualan.

Cili kering Batu Belubang

Comel je si kecil ni

Ramai budak-budak kampung ikut kami keliling pulau. Yang kat belakang tu Doni dan Ika, media dari Batam

Ketupat, untuk jualan

Orang tak pernah jumpa bot belum siap macam ni lah haha

Sebelah petang kami di bawa ke Sekeling Island untuk menikmati keindahan sunset. Subhanallah memang terpegun melihat keindahan pulau-pulau di sini. Ketenangan pun bertandang di hati, mulut zikir tak berhenti, memuji Sang Pencipta. Sungguh, sangat cantik.


Sunset at Sekeling Island.
Credit : Alfie Lee
Melihat pemandangan matahari terbenam yang indah begini, terus bertanya pada diri, 'Nikmat apakah lagi yang kau dustakan'. Sungguh terasa Allah Maha Baik, masih diberi peluang melihat kebesaran dan indahnya ciptaan walau mata ini sering melakukan dosa. Syukur sangat diberi peluang layan sunset atas bot. Suatu pengalaman yang amat berharga.

Disebelah malam hanyalah aktiviti bebas, jadi kami hanya ke 'uptown Batam' di dalam Kampung. Uptown Batam ni sebenarnya bukanlah uptown macam di Malaysia. Kami yang gelarkan uptown, lebih mudah nak sebut. Di sini, terdapat peniaga dari Batam membuat jualan seperti di uptown. Walaupun hanya terdapat tiga orang peniaga, sempat jugak shopping di situ. Dapat beli spek dengan harga 40 ribu rupiah sahaja. murah kan?
Inilah antara aktiviti bebas di sana. Makan ja kerjanya haha

Tak banyak aktiviti dapat di lakukan waktu malam ni, namun indahnya langit di Batu Belubang tak terasa kesunyian tanpa internet. Dengan keramahan penduduk tempatan, kita tak berasa asing. Bahasa juga tak jauh beza. Kita kan serumpun. Batu Belubang adalah tempat wajib dikunjungi sekiranya anda ke Lingga. Pasti puas hati dan rasa berbaloi walaupun melalui perjalanan yang panjang.

Keesokkannya aktiviti lebih menarik. Nantikan part 2 😊😎

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers