Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah

Image
 Assalamualaikum semua Jom join another giveaway. Saja suka-suka join meramaikan kawan-kawan blogger hehe Details giveaway seperti dibawah: Rules: Follow my blog Copy and paste banner diatas and make an entry with title "Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah"  Backlink your post entry to my blog Comment your url post entry in the comment section Done!  Date: 06 March - 31 March 2021 Winner: 1 x Mouthgasm crunchy mocha 1 x Mouthgasm crunchy macchiato Pemenang akan ditentukan melalui  random.org

SUNRISE ATTACK DI GUNUNG GAP DAN GUNUNG ULU SEPAT

Trip hiking kali ini ke Gunung Gap dan Ulu Semangkuk atau famousnya Gunung GUS. Line up seramai 33orang di bawah pengurusan KPE Hikers. Untuk trip GUS, kita aim untuk sunrise attack. Gunung GUS terletak di Fraser Hill, Pahang lebih kurang setengah jam dari Fraser Hill, starting point di tepi jalan menuju ke Fraser.

Kami berkumpul di dataran Kuala Kubu Baru jam 1am dimana dataran ini merupakan station terakhir untuk persiapan mengosongkan perut dan pundi. haha. Perjalanan dari dataran KKB ke starting point memakan masa 1 jam dan jalan teramat bersimpang siur. Kemabukan yang teruk lalu jalan tu tapi itu je jalan yang ada terpaksa bertabah.

Dari arah KKB, starting point akan berada di sebelah kanan. Terdapat beberapa parking berbumbung di sebelah kanan jalan dan tandas yanh dah tak di selenggara.

Selepas briefing dan warm up, kami memulakan pendakian pada pukul 3.20am. Permulaan pendakian terus pacak, tapi jangan risau ada tali kat trek pacak tu.  Trek selepas tu tak terlalu pacak. Pendakian ke Gunung Gap mengambil masa kurang satu jam untuk moderate pace. Kalau padu rasanya setengah jam dah sampai.

Gunung Gap Checked at 4am

Setelah berehat dan bergambar sehingga semua dah sampai ke peak Gunung Gap, kami mula bergerak untul mendaki oe Gunung Ulu Semangkuk. Trek ke Ulu Semangkuk tidak pacak sepanjang trek, hanya di sebahagian tempat sahaja dan trek lebih banyak landai. Jadi sempat la hilangkan lelah masa melalui trek landai.

Jam 5.40am kami sampai ke peak Ulu Semangkuk, namun disebabkan masih awal dan gelap untuk sunrise attack, masing-masing ambil peluang untuk tidur sebentar. Tapi keadaan yang amat sejuk di peak tak dapat nak lelap. Bila dah mula cerah sedikit semua beransur ke peak Batu Besar dan pokok yang sangat viral untuk bergambar jika sampai ke peak Ulu Semangkuk.
Hot Spot di Peak Ulu Semangkuk. Kira tempat wajib bergambar kalau sampai peak.

Disebabkan kabus tebal, view pun tak nampak. View dari hot spot ni memang sangat cantik. Boleh nampak gunung ganang yang berdekatan. Trek dari Gap Ke Ulu Semangkuk ada naik turun tapi tak pacak sepanjang trek, hanya di beberapa tempat je pacak. Trek GUS adalah trek hutan di mana banyak akar pokok, jadi harus berhati-hati sewaktu naik dan turun. Ada line up kami yang tersadung, koyak kasut yang baru di beli. Jadi perlu berhati-hati bila mendaki terutama masa sunrise attack sebab masih gelap kan.
Gambar masa nak turun. Masa ni dah kurang sejuk.

Trek GUS sesuai untuk beginner, trek nya landai cuma pacak di beberapa tempat sahaja. Dan pendakian hanya mengambil masa kurang 3 jam. Tepat 8.30 kami mula mendaki turun dan sebab kan kami antara yang pertama turun sempat lah bergambar di Jambatan gantung berdekatan starting point. Jambatam tu sebelah kiri dan  perlu jalan ke arah Fraser Hill.


Bae Roslan
Gunung GUS
February 2019

Comments

  1. Gunung Ulu Semangkuk pernah juga dgr...gunung GAP 1st time dgr..seronok ada geng hiking kan

    ReplyDelete
  2. menarik.
    tiap kali baca content sis pasal hiking, tiap kali la rasa seronok.
    pernah skali je daki gunung - gunung datuk. tu pun rasa serik tau! :) ha ha ha...
    kalau la tenaga ni cukup, sure nak hiking jugak.
    bab pemandangan nyer tu yg memuaskan hati. back to nature.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenaga mesti ada, tapi jangan risau if ikut trip biasanya ada sweeper

      Delete
  3. Nama gunung-gunung yang Bae pergi seriuslaa pestime Sis dengar tau hahahaha...baru tau ada gunung puncak yang begitu cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa nanti bae kenalkan lagi lebih gunung2 kat Malaysia ye hehe

      Delete
  4. Pergh banyak gunung bae dh naik erk. Kebanyakn nad baca bae pergi gunung yang tak pernh dgr.. Bestla hiking macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunung2 ni biasa hikers memang akan naik, bukan pendaki maybe tak familiar kan

      Delete
  5. Bestnya tengok orang hiking.
    Kalau kita la, tak tau la boleh ke tidak. Haha
    Zaman sek pernah merasa sekali je. Best memang best.. Tapi sekali tu je la..

    ReplyDelete
  6. suka tengok orang hiking. saya ni penakut, memang takkan sertai program macam ni. hii

    ReplyDelete
  7. Seronoknya tengok dia hiking. Satu kepuasan bila hiking ni banyak tempat menarik dan unik ada di kawasan pergunungan.boleh lihat keindahan alam dan hirup udara segar.. Bestnya.

    ReplyDelete
  8. Banyak juga gunung yang dah berjaya Bae jejaki ya... tahniah... memang best apabila dapat menikmati keindahan alam-semulajadi ciptaan Illahi kan... saya belum pernah ke Gunung Gus dan Gunung Gap ni... insyaAllah, semoga ada rezeki nak ke sana nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an, semua orang boleh hiking.. ajomm

      Delete

Post a comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN