Ad Code

BUKIT BATU BELUBANG MERCU TANDA KEPULAUAN RIAU INDONESIA

HARI KEDUA - BATU BELUBANG HILL


Good Morning Batu Belubang!

Pagi di Batu Belubang di sambut dengan udara yang nyaman, bunyi ombak yang menyenangkan. Bangun pagi terus ke pantai di belakang rumah. bermain di gigi air. I always love beaches. Berpagian di pantai merupakan 'travel bucket list' setiap tahun.

Pagi di hari kedua ini merupakan hari yang penting untuk FAM Trip Lingga kerana ia merupakan Upacara rasmi untuk Nongsa Neptune Regatta Sail to Lingga 2019 dimana sambutan untuk para pelayar yang bertanding untuk tahun ke-4, Nongsa Marina sebagai penganjur utama. Boleh baca selanjutnya di sini.


Memandangkan upacara akan bermula pukul 11 pagi, kami masih ada masa sekitar 3jam. Jadi kami berlima iaitu aku, Nurul, kak Tasha dari Muar, Ika dan Kak Eton dari Batam pusing kampung dengan niat untuk ke Gua Batu Belubang sebagau mercu tanda kampung ini. Kami bertanya pada orang kampung yang sangat mesra arah tuju ke gua tersebut dan terjumpa dengan budak-budak sekolah yang baik sudi bawakan kami ke sana.


First pit stop adalah Bukit Batu Belubang. View dari  puncak bukit ini teramat indah. Untuk sampai ke puncak hanya perlu mendaki kurang dari 5 minit. Lihatlah sendiri pemandangan dari puncak.


Keindahannya membuatkan kami terkesima dan tanpa henti memuji Pemilik Segala Keindahan.
Turun dari Bukit Batu Belubang, kami ke gua yang dikatakan sebagai mercu tanda kampung ini namun hampa sebab air laut pasang pada wakty ini jadi gua kecil tersebut di penuhi air. tak dapat nak bergambar di dalam gua tersebut. setelah bergambar di sekitar pantai kami menyusul pulang ke rumah untuk menghadiri upacara #Nongsaneptuneregatta2019.


Upacara tamat sekitar 2 petang waktu tempatan kami di arah untuk bersiap-siap ke Daik, iaitu salah satu daerah di Lingga. Perjalanan dari Batu Belubang ke Daik mengambil masa selama 2jam menaiki speed boat.


Setiba di Daik, kami di bawa melawat ke Air Terjun Resun yang sangat indah. Seronok dapat main air di sini. Air terjun yang sejuk sangat menyegarkan. Lihat sendiri keindahan Air Terjun Resun ini.
Setelah itu kami di bawa ke Pancur untuk menginap di sini. Pada malamnya, setelah makan malam, kami semua di bawa ke Pesta Imlek iaitu Pesta untuk kaum Tionghua di sini atau di Malaysia lebih dikenali sebagai Sambutan Tahun Baru Cina. Suatu acara yang menarik di Pancur, yang dapat di jadikan sebagai suatu pesta buday untuk tarikan pelancong ke sini.  Kampung Pancur begitu indah di hiasi dengan tanglung di sepanjang jalan.

Perjalanan ke tempat bersejarah bersambung di entry berikut...

Post a Comment

0 Comments