12 IDEA REKAAN ROTI JALA JELITA VIRAL

Image
Assalamualaikum semua Saya suka tengok hiasan untuk roti jala jelita yang viral sangat sekarang menggantikan kek di hari jadi atau apa-apa sambutan keraian. Posting facebook ini di kongsi oleh Puan Fairus Yus , yang mana semuanya adalah hasil air tangan beliau. Bukan mudah nak cari idea kan, pembuat roti jala mesti kreatif dalam hiasan dan gabungan warna roti jala agar tampak lebih menarik. Saya kongsikan 10 rekaan roti jala jelita untuk korang, mana tau ada yang nak cuba buat kan. Boleh juga dapat kan ilham dari hasil karya orang lain. Tapi bukan tiru bulat-bulat lepas tu claim pulak rekaan sendiri. NO... NO.....NO...... Jangan buat macam tu tau. Kesian tuan punya idea mengerah otak untuk hasilkan rekaan yang kebabom. Gittewww Cantik kan semua rekaan roti jala ni? Tak nampak macam roti jala, nak makan pun macam rasa sayang pulak hehe. Sangat-sangat kreatif pada mereka yang hasilkan roti jala ni, yang menariknya, tulisan ucapan Happy Birthday, semuanya dari roti jala tau. Pada yang be

6 TEMPAT HIKING DI SELANGOR SESUAI UNTUK BEGINNER

Assalamualaikum semua

Kalau korang suka bersukan dan mungkin nak mencuba sukan pendakian, di Lembah Klang ada banyak bukit untuk pendaki beginner. Saya sangat suka hiking, tapi asbab covid saya simpan dulu kerinduan nak hiking. Saya sendiri takut kalau tak dapat kekalkan SOP semasa/selepas pendakian. Yelah kan, dah lama pulak tak jumpa kawan-kawan hiking, risau pulak kang terlebih teruja, jadi baiklah simpan je dulu hasrat nak hiking. Tak lari bukit/gunung tu, lepas covid kita hiking balik inshaaAllah

Bukit yang saya kongsikan ni yang pernah saya naik dan ada beberapa trail yang suka dan selalu mendaki untuk training load. Training load tu kira latihan mendaki dengan berat 5-15kg, adalah training penting sebelum mendaki gunung yang hardcore. Jom kita tengok bukit-bukit yang sesuai untuk korang.

BUKIT WAWASAN

Terletak di Puchong, Bukit Wawasan dengan ketinggian 233m sesuai untuk beginner yang nak mencuba aktiviti hiking. Bukit wawasan ni sangat best untuk training, dan ada pelbagai route untuk kita pilih, boleh hiking ikut route yang pendek atau panjang sesuai stamina korang. Tapi di sebabkan oleh covid, pihak berwajib hanya membenarkan untuk pendaki melalui route A untuk naik dan route B untuk turun. Jadi kalau perlukan lebih kilometer boleh buat beberapa loop.

Sebelum covid dulu, saya selalu training di bukit wawasan, mencuba pelbagai route untuk lebihkan kilometer, dan pernah juga sampai di bukit kumbang. Kalau korang nak mendaki bukit wawasan, boleh terus ke trailhead wawasan, register mysejahtera dan boleh terus mendaki. Pendakian terakhir 6 petang dan perlu turun sebelum 7 malam. Ikut route yang dibenarkan sahaja tau, kerana bukit wawasan adalah hutan simpan, ada banyak track best boleh ke blue pool dan waterfall, tapi ia adalah kawasan larangan.


BUKIT SAGA

Dulu saya suka mendaki dan training di bukit saga. Bukit Saga terletak di daerah Ampang / Cheras, Kuala Lumpur, Selangor. Di puncak bukit saga mempunyai kemudahan seperti ayunan, hammock, ada juga beberapa alat untuk senaman ringan.

Trailhead untuk mendaki bukit saga ni, few years back boleh melalui persimpangan T Jalan Saga 22. Tapi laluan ini dah di tutup dengan sepanduk. Jadi kalau korang nak naik, menghadap laluan lama tu, jalan ke sebelah kanan lebih kurang 100m, akan aada tangga kecil. Naik je tangga tu, nanti ambil arah kiri.

Korang akan melalui papan kenyataan di sebelah kiri dan air terjun kecil di sebelah kanan. Dulu kalau lalu sini, masa dah turun mesti akan main air haha Korang naik terus ke arah lencongan jalan. Di check point 1 - tempat rehat dengan meja dan kerusi (kira-kira 500 meter dari trailhead). Terdapat 2 laluan untuk mendaki ke puncak bukit iaitu route A dan route C.

Route C - Laluan ini sedikit panjang tapi tak berapa curam. Kiranya lebih santai walaupun ambil masa lebih lama dengan jarak 1km, laluan ini akan melalui beirut (penanda segitiga yang selalu dijadikan tempat untuk bergambar). Akan ada 2 persimpangan ke kanan untuk ke puncak dan ke kiri untuk ke air terjun.

Route A - Laluan ni lebih pendek tapi lebih curam. Kecuraman trek ni memang boleh buat hilang nafas haha Jarak pendakian kurang 600m ini ada tali tambahan di laluan yang curam, dan ada laluan berbatu juga.

Air terjun bukit saga memang terkenal untuk sesiapa yang mendaki ke sini. Walaupun air terjunna sikit je kat atas tu, tapi arusnya kuat, jadi best jugak main air kat sini. Untuk ke air terjun, dari laluan C, ambil simpang ke kiri dengan jarak lebih kurang 400m. Laluan ini tak curam, cuma bila nak sampai ke air terjun sedikit curam untuk turun ke bawah.

Laluan A - baru sikit je ni. Route A ni memang curam tu tak bagi diskaun, dari bawah ke atas ye

Air terjun Bukit Saga - Memang best main air kat sini

BUKIT DUA RINGGIT

Terletak di Bukit Beruntung, Bukit Dua Ringgit dengan ketinggian 250 meter, hiking ke puncak akan mengambil masa sekitar 30-45 minit mengikut pace masing-masing. Walaupun bukit ni tak tinggi, tapi trail berbatu masa mula nak mendaki mungkin agak mencabar pada mereka yang baru mencuba nak hiking. Korang tak akan sesat mendaki Bukit Dua Ringgit, sebab single track yang jelas, jadi boleh ikut je jalan tu sampai ke puncak.

Untuk mereka yang nak track yang sedikit mencabar, boleh lalu ikut belakang, tapi yang tu saya buat post asing la. Trek ni best, melalui bukit lain, laluan panjang dan mencabar. Puncak Bukit 2 Ringgit, sangatlah sesuai untuk korang cari sunrise dan sunset sebab view kat sini memang ohsem.

View sunset di Bukit 2 Ringgit

Semangat hiking dengan robe ye. Sebelum ke UPSI untuk pulangkan robe, kita singgah la dulu Bukit ni ambil gambar kenangan

DENAI TIGA PUTERI

Bukit Denai Tiga Puteri terletak di Damansara ini memang menjadi pilihan bukan saja untuk para pendaki tetapi geng mountain bike tau. Laluan trek agak santai cuma trek agak panjang. Terdapat beberapa trailhead untuk sampai ke puncak dan terdapat tempat duduk untuk berehat di permulaan trek.

Denai Tiga Puteri yang panjangnya kira-kira 1.5 km diakses dari Unity Trail. Keduanya berdekatan dengan persimpangan Sahabat Trail. Terdapat sebatang pokok yang mengagumkan di sepanjang jejak ini yang tidak pernah gagal memikat pengunjung. Pada peninjauan Di puncak Denai Tiga Puteri korang dapat tengok highway utara dan selatan di sepanjang NKVE dengan bandar Kota Damansara di kejauhan. Kalau malam view memang cantik sebab penuh dengan lampu kereta di highway.

Gambar kat bawah ni, saya mendaki masa tengah malam di bulan puasa dengan tujuan nak bersahur di atas puncak. Memang feeling sangat sahur kat atas tu. Masa turun, sempat lagi cik lang ajak kami bermain. Nanti lah kita buat posting cerita mistik masa hiking. hehe

Cantik kan view di puncak

BUKIT KUTU

Ini adalah antara bukit favourite yang saya suka daki.

Bukit Kutu terletak di Kuala Kubu Baru dengan ketinggian 1053m. Walaupun namanya 'bukit' tapi trek di sini boleh dikategorikan sebagai gunung. Level difficultynya tidak sesuai untuk beginner. Bukit Kutu dahulunya bukit kolonial yang di tinggalkan semalam perang. Kalau korang naik di atas, tak jauh dari puncak, ada peninggalan banglo lama dan dinding batu yang selalu dijadikan tempat bergambar para pendaki.

Trailhead bermula dari tempat letak kereta yang memiliki ketinggian 250 meter, laluan mendaki sejauh 6km ke puncak Bukit Kutu (ketinggian 1053 meter) mengambil masa kira-kira 3-4 jam (bergantung pada pace), mendaki ketinggian 800 meter.

Trek Bukit kutu akan melalui jalan berturap dan sungai yang treknya santai saja. Selepas trek sungai, pendakian sebenar bermula. Awal-awal trek pun terus pacak ye. Jadi bersiap sedia lah. Bila sampai di puncak memang sangat berbaloi, view 360 darjah dari atas tak pernah mengecewakan.

Untuk mendaki bukit kutu, korang perlu beli permit di Jabatan Hutan Kuala Kubu ya. Lepas tu hantar nama ke Balai Polis. Jangan terus ke trailhead, kena saman kang hehe

Di banglo lama

Puncak bukit kutu. Hati-hati kalau nak bergambar atas ni, takda apa-apa penghadang, silap langkah memang ke gaung la jawabnya

BUKIT BESI

Bukit Besi Alam Damai adalah bukit setinggi 291 m (955 kaki) di kawasan Sungai Besi / Alam Damai di tenggara Kuala Lumpur, tepat di dalam had bandar Wilayah Persekutuan. Bukit adalah sempadan dengan kem tentera Sungai Besi, jadi di sebelah barat khas untuk askar je, untuk orang awam boleh mendaki di sebelah timur.

Trek untuk naik ke puncak adalah single trek, jadi inshaaAllah takkan sesat. Trek ini hanya mengambil masa kurang 30 minit, kalau berlari mungkin 10 minit dah sampai hehe. Di atas puncak view cantik bila waktu malam boleh layan lampu-lampu dari atas.

Hiking di bulan puasa, berbuka kat atas puncak bukit besi. Gigihlah siap bawak telekung, makanan berbuka naik ke atas. Nasib trek pendek je hehe

Itu saja perkongsian kali ini. Sebenarnya banyak lagi tempat hiking di Lembah Klang ni, ada masa saya kongsikan lagi ye. Selamat berhiking!

Comments

  1. Hiking ni sememangnya menguji fizikal dan mental tapi kepuasan memang terbaik..

    ReplyDelete
  2. Bestnya buat semua yang suka hiking. I bet my hiker friends dah layan semua nie. But I'll share with them, just in case ada yang diorang nak try kan

    ReplyDelete
  3. seronok sebenarnya pg hiking selain drpd dpt hilangkan stress bagus juga utk kesihatan

    ReplyDelete
  4. Bertahun dah kak ana tak hiking. Teringin juga nak start semula. Boleh lah try mana2 lokasi ni nanti utk permulaan kan.

    ReplyDelete
  5. Lama betul tak hiking. Semenjak ada anak kecil ni stop jap. InsyaAllah tggu besar sikit nak bawak hiking skali.

    ReplyDelete
  6. Last hiking sebelum kawen hahhaha gila lama x start enjin. Mesti pancit dah kalau nak start balik. Heee

    ReplyDelete
  7. Ruby ada plan nak hiking. Tapi, selalu macam nantilah nantilah. Rindu hiking sebab proses nak sampai ke puncak tu sangat beremosi. Tambahan dengan berat badan naik mendadak. Struggle betul.

    ReplyDelete
  8. Bagus ni, now dah ramai mencari tempat nak hiking ni.. Sis di JB ni paling dekat tasek biru tu, tu pun tak pergi gak hahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers