APA PERLU BUAT SETELAH KEMASKINI APLIKASI MY SEJAHTERA UNTUK PENDAFTARAN VAKSIN COVID 19

Image
Assalamualaikum semua Harini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang lebih dikenali sebagai Abah Din menerima suntikan pertama Vaksin Covid 19 Pfizer-BioNTech menjadikan beliau rakyat pertama menerika suntikan itu. Kita sebagai rakyat Malaysia, sudahkah kita menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat dengan mendaftar menerima vaksin? Kredit gambar : Berita Harian Untuk menerimna vaksin covid 19 korang perlu mengemaskini aplikasi my sejahtera di telefon pintar korang. Hanya dengan 10 langkah mudah, pengguna aplikasi my sejahtera boleh membuat permohonan vaksin covid 19. Saya sediakan 10 langkah mudah untuk pengguna Android. LANGKAH 1 Langkah pertama buka aplikasi My Sejahtera korang kemudian tekan butang "CLOSE" dibahagian atas sebelah kanan. Kemudian satu tetingkap kemaskini "UPDATE" muncul pada screen. Tekan butang UPDATE. LANGKAH 2 Setelah proses kemaskini "UPDATE" selesai. ulang langkah satu (1) kemudian ikon "Covid-19 Vaccination&quo

HIKING BUKIT KUTU KUALA KUBU BARU, MACAM NAIK GUNUNG

Permulaan 2019 di mulai dengan ekpedesi pendakian ke Bukit Kutu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Puchong. (Yes, I'm staying at Puchong). Bukit Kutu  terletak di daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang  berhampiran Kampung Pertak, Selangor.

Untuk trip kali ini kami berlima, Gee, kawan hiking  di Gunung Irau dan 3 orang kawan yang kenal di trip Gunung Silipat. Kami semua join trip Kak Liza dari Siput Trackers Adventure dengan line up seramai 33 orang.

Kami sampai di starting point 7am dan mula mendaki pukul 7.30am. Track pada permulaan agak landai dan perlu melintasi duah buah jambatan besi. Selepas jambatan besi yang kedua, pendaki akan melalui sungai. Kalau awal pagi air sungai masih cetek jadi boleh melangkah melalui batu-batu jika taknak basah hehe

Lebih kurang 30minit melalui track landai, track mula pacak dan dirasakan sukar sehingga ke chekpoint batu tedung dan lebih pacak untuk ke puncak. Perjalanan secara santai (moderate pace) mengambil masa 3jam setengah untuk sampai ke puncak. Terdapat juga dua buah gua yang dikenali sebagai Gua Air dan Gua Kambing sebelum sampai ke puncak.

Track Bukit Kutu sangat clear, cuma terdapat persimpangan Y yang memisahkan laluan ke bukit Kutu dan Lata Medang. Laluan ke kirir menuju ke lata medang, pendaki ke bukit kutu perlu ambil laluan ke kanan.

Selepas persimpangan Y ni, track akar yang mencanak bermula yang sangat menguji mental dan stamina. Sepanjang perjalanan juga terdapat pohon-pohon buluh yang patah, jadi berhati-hati dengan duri dari pohon buluh ye.

Puncak Bukit Kutu terdapat sebuang bongkah batu yang besar. Kat situ perlu beratur untuk ambik gambar yang cun. Tak sanggup nak beratur dengan panaih lit lit, so kita ber gambar kat batu ni je lah hehe

Bukit kuti mempunyai ketinggian  di paras 3456 kaki ataupun 1053 meter daripada aras laut setaraf sebuah gunung. Tracknya juga agak mencabar. Pendakian turun mengambil masa 2 ja setengah. Namun perlu lebih berhati-hati waktu turun sebab track sangat pacak.
Apapun syukur dah sampai bukit kutu. Dah lama mengidam nak naik bukit kutu. Lepas turun terus terjun tiruk di sungai pertak sebelum balik. air sungai sangat sejuk dan arusnya deras, jadi mandi di tepian je kalau tak pandai berenang. kah!

View dari peak Bukit Kutu

Cantik sangat. #naturelover

View dari peak

Ini view dari salah satu batu selepas check point Batu Tedung


Sedikit sejarah hasil dari Google

Bukit Kutu ataupun dahulunya dikenali sebagai Treacher’s Hill sememangnya mempunyai pelbagai kesan peninggalan sejarah sewaktu era pemerintahan British dahulu. Nama Treacher’s Hill adalah sempena Sir William Hood Treacher yang menemui tempat ini pada tahun 1893 dan menurut sejarah, Sir WH Treacher, telah berkhidmat sebagai Residen British di Selangor dari 1892 hingga 1896.

Bukit Kutu banyak menyimpan seribu satu khazanah alam semulajadi yang belum diterokai. Selain kaya dengan kepelbagaian spesies flora dan fauna, terdapat juga beberapa kesan peninggalan sejarah semasa era pemerintahan British suatu ketika dahulu yang belum diketahui umum. Bukit kutu ini juga adalah merupakan tempat peranginan bangsawan-bangsawan British suatu ketika dahulu.

Sebuah dataran tinggal yang amat luas dan di sekitarnya kelihatan monumen lama kesan peninggalan British satu ketika dahulu. Antaranya ialah bekas cerobong asap,dua buah perigi lama yang salah satunya masih boleh digunakan dan masih terdapat sumber air di dalamnya. Kira-kira 50 meter dari puncak terdapat sebuah bekas lot bangunan lama tinggalan tentera British. Bagaimanapun, sebahagian binaannya telah rosak dan runtuh serta ditumbuhi semak-samun dan pohon rimba. Kini, yang masih kekal hanyalah bahagian tiang, lantai, rangka bangunan dan tangga. Ketika zaman kolonial British, puncak Bukit Kutu adalah stesen pemantauan tentera British. Namun ia terbengkalai setelah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
credit : http://nadzirahata.blogspot.com

Tips hiking bukit kutu

1. Lakukan fitness sebelum hiking sekurangnya 2 minggu sebelum

2.Pakai kasut kalis air. Senang pakai kasut getah je. Tapi pastikan kasut grip sebab track pacak akan lebih sukar kalau hujan.

3.Pakai knee guard untuk keselamatan lutut

4.Bawa hiking stick jika perlu. Bergantung pada keselesaan.

5.Bawak air secukupnya. Awas! Jangan minum banyak air semasa pendakian. akan lebih menyukarkan pendakian.

6.Jangan ikut pace orang lain. Biar lambat asal sampai.

7.Jika tak biasa mendaki dengan ration, bawak makanan seadanya sahaja. Dengan keadaan pewai di puncak akan hilang selera makan.

8.Jangan lupa bawa baju persalinan untuk mandi di sungai pertak. Rugi kalau tak terjun tirum di situ.
Itu je tips dari pendaki untuk pendaki


Bae Roslan
Bukit Kutu
5 Januari 2019

Comments

  1. cantik view bila dh smp puncak tu ye..betapa besarnya ciptaan yg maha esa..oh bole mandi kt sungai pertak..syok juga tu kn..dh penat2 mendaki lpstu berendam

    ReplyDelete
    Replies
    1. view kat sini memang cantik sebab 360 darjah

      Delete
  2. Hiking ni satu yang bestnya kann, bila sampai puncak, dapat nikmai pemandangan yang indah dan hati rasa mesti puas gile berbaloi daki kannnn...ingin gak nak hiking, tapi apakan daya...

    ReplyDelete
  3. Keindahan alam memang tidak dapat disangkal jika berjaya mendaki. Rawlins lebih kepada indoor person - tak sanggup mendaki hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sekali terjebak hiking tak nak stop nanti haha

      Delete
  4. Beruntung betul berpeluang dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Sis tgok gambar2 je lah..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Lah ada rupanya satu bukit yang cantik dan indah di Selangor ni kita tak tahu pun selalu dengan Pasal Broga jer hehehe Bukit Kutu bolehlah hiking sana lepas habis PKP ni tempat cantik dan tenang jer hehehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai tak pergi bukit kuti sebab bukit ni kategori gunung kesusahan mendaki

      Delete
  6. Subhanallah... Indahnya pemandangan kat nun atas tuu.. Beruntungnya dapat naik sampai atas. Tahniah!

    ReplyDelete
  7. satu kepuasan bila kita sampai ke puncak. mommy pernah jugak hiking, sampai pertengahan rasa macam dah tak larat. tapi kawan support akhirnya sampai jugak

    ReplyDelete
  8. Baca entri ni teringat zaman uni dulu yg mana selalu join geng2 hiking. Kepuasan bila sampai di puncak kan

    ReplyDelete
  9. Cantiknya...saya pun nak pergi sini lepas mco nanti

    ReplyDelete
  10. aida tak pernah sampai sini. asben da gi. dia gi dgn adik aida.
    adik pancit gak la separuh jalan :)
    takde exercise sebelum tu kan. asben ajak, dia belasah jer nak ikut hi hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak training memang pancit. pacak takda diskaun kutu ni

      Delete
  11. Ya Allah seronok memang dapat pergi hiking dan dapat tengok nature, feel tenang tenang gitu.

    ReplyDelete
  12. Bestnya dapat tengok orang yang jenis hiking ni. Rindu rasa nak hiking lagi. Harap pas pkp ni dptla buat cmni lg.. Cntik pmndgn kt sini

    ReplyDelete
  13. seronok dapat mendaki. bila dapat naik ke puncak, perasaan dia lain. Hehe. Puas. Akak dah dua tahun stop mendaki. Nanti nak naik bukit balik. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  14. Cantiknya view dekat Bukit Kutu ni.. Nama Bukit pun Comel je.. huhu.. TB tak pernah lagi join mana-mana aktiviti hiking.. Minat tu tak terbit mungkin sebab takde peluang lagi.. cewah..

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas good tips.

    Boleh tahu macamana nak apply permit mendaki Bukit Kutu?

    Dan adakah kita perlu bantuan guide untuk daki atau boleh naik sendiri je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. permit boleh mohon di pejabat hutan kuala kubu.

      Trek ke Bukit kutu single trek, boleh je naik ikut group lain yang naik hari sama. kalau ada guide lebih baik untuk elakkan sesat. boleh je ajak kawan2 yang dah pernah mendaki bukit kutu.

      Delete

Post a comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN