SIRI MI GORENG ITALI VIT PASTI MENYERLAHKAN HARI NATAL ANDA

Image
Rawang, 10 December 2021 - Hai, Pencinta Mi Vit! Ayuh sambut bulan Disember dengan meriah kerana kita pasti merasai semangat percutian! Krismas akan datang dan tidak ada kaedah yang lebih hebat untuk menikmati musim riang ini selain dengan beberapa makanan dan pastri Krismas. Tambahan pula, tiada apa-apa yang terngiang-ngiang dalam sorakan yang meriah seperti hadiah dan makanan Krismas, jelas sekali! Tahukah anda Vit Makanan (Kuala Lumpur) Sdn Bhd bermula sebagai syarikat perdagangan makanan pada tahun 1975 dan secara beransur-ansur menceburi industri mi segera. Sejak pengembangan dan dengan orang yang terbaik dalam tangan, keupayaan dan sumber kami telah memperkasakan kami lebih dekat untuk menjadi pakar mi pilihan dunia yang menandakan piawaian global dalam nilai pemakanan, kualiti dan perkhidmatan. Krismas ialah musim yang ajaib dan dengan membeli produk Vit, anda benar-benar dapat merasakan jiwa Krismas! Vit's Noodles dengan sukacitanya akan memperkenalkan kepada anda tentang s

BUKIT DAN GUNUNG SESUAI UNTUK HIKING DI KEDAH

Assalamualaikum semua

Di Malaysia terdapat banyak bukit dan gunung yang sesuai untuk aktiviti mendaki. Saya akan cuba compilekan tempat-tempat hiking mengikut negeri. Haritu dah plan nak list kan dan posting masa tak boleh rentas negeri tapi masa tidak mengizinkan. Untuk korang yang berdasa di kedai, kalini saya kongsikan tempat-tempat hiking di negeri Kedah Darul Aman. Kalau korang plan nak bercuti di Kedah, mungkin boleh masukkan aktiviti hiking hehe

SENARAI BUKIT DI KEDAH

Bukit H

Bukit Hash terletak di Sungai Petani lebih dikenali dengan Bukit H oleh penduduk setempat mempunyai ketinggian 200m dari paras laut. Laluan untuk kepuncak menyusur mengikut laluan yang tidak terlalu curam. Korang boleh memilih untuk mendaki dari Taman Semarak, Sungai Petani atau Taman Seri Jenaris, Tikam Batu. Jarak dari starting point ke puncak lebih kurang 5KM.


Bukit Kodiang/Mok Cun

Bukit Kodiang atau lebih dikenali sebagai Bukit Mok Cun mempunyai ketinggian 140 meter. Walaupun tak tinggi tapi agar mencabar nak hiking di bukit ni sebab laluannya berbatu dan agak curam. Ada laluan berbatu yang memerlukan korang naik tangga besi. View kat sini memang ohsemmmm.


Bukit Hijau

Terletak di Alor Setar dengan jarak 3 KM ke puncak, sesuai untuk jadikan port hiking korang. Dengan ketinggian 1.454 meter, keindahan Bukit Hijau akan memikat hati para pendaki untuk menikmati kehijauan Bukit Hijau. Pastikan pakai kasut yang sesuai untuk hiking disini.


Bukit Perak

Bukit Perak merupakan Taman Rimba Rekreasi yang terletak di Pendang. Ketinggian 865 meter, bukit ini terdapat 3 tingkat air terjun. Selepas turun dari puncak korang boleh mandi manda di bawah. Bestnyaaaa..


Bukit Enggang

Mempunyai ketinggian 452 meter, Bukit Enggang terletak di Sik. Ia terletak di Hutan simpan Bukit Enggang, mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke puncak. Be prepared kerana laluan ke puncak juga akan melalui batuan di waterfall.


SENARAI GUNUNG DI KEDAH

Gunung Baling

Gunung ini mempunyai ketinggian 420 meter dari aras laut terletak di daerah Baling. Gunung ini terkenal di kalangan pendaki dan biasanya hikers akan mendaki Gunung Pulai yang terletak berdekatan Gunung Baling. Hiking di sini korang akan melalui laluan hutan sebelum melalui laluan berbatu yang mencabar kerana gunung ini adalah kategori gunung batu kapur.


Gunung Bintang

Ini adalah gunung tertinggi di Kedah dan merupakan sempadan antara negeri Kedah dan Perak. Dengan ketinggian 1,862 meter dari aras laut, gunung ini adalah sebahagian dari Banjaran Bintang yang terkenal dengan trek yang mencabar. Starting point di Lata Sedim, biasanya mengambil masa 12 jam untuk ke puncak dengan jarak 13-14 KM ke puncak. Jadi, selalunya gogo akan buat trip bermalam iaitu 2 hari 1 malam agar trip hiking lebih santai.


Gunung Jerai

Gunung ini adalah gunung kedua tertinggi di kedah iaitu 1,380 meter dari aras laut. Korang akan melalui Tangga Kenari seribu tahun di Titi Ayun sebagai starting point. Selepas mendaki 1,000 anak tangga baru akan bermula pendakian sebenar. View haruslah ohsemmmm


Gunung Keriang

Terletak di Alor Setar, gunung ini juga terkenal sebagai Bukit Gajah oleh masyarakat cina. Ketinggiannya melebihi 714 kaki, hiking di sini korang akan melalui laluan berbatu yang agak curam. View dari puncak sangat indah kerana gunung ini dikelililingi oleh sawah padi yang indah.


Gunung Kemerlong

Gunung ini terletak di Kampung Bendang Man, Sik dengan ketinggian 706 meter. Difficulty rate untuk trail di sini adalah moderate. Berbaloi dengan laluan yang curam dan sukar tu sebab jika beruntung korang akan dapat awan karpet di puncak.


Gunung Mat Chinchang

Jika korang ke Langkawi, korang boleh hiking Gunung Mat Chinchang yang berketinggian 850 meter. View dari puncak gunung ini memang tidak dinafikan, sangatlah indah. Ia terletak bersebelahan Gunung Mat Raya. Laluan hutan dan berbatu ke puncak akan memberi kepuasan bagi para pendaki.


Gunung Pulai

Ini adalah gunung yang terletak bersebelahan dengan Gunung Baling. Dengan ketinggian 620 meter, gunung ini merupakan gunung batu kapur yang menjadi tumpuan para hikers untuk hiking di sini. Gunung ini dikelilingi oleh empat kampung iaitu Kampung Paya, Kampung Tanjung Merbau, Kampung Sungai Limau dan Kampung Dalam Wang. Laluan ke puncak agak curam dengan kecondongan 70 darjah memang sesuai untuk aktiviti hiking.


Ini antara senarai bukit dan gunung yang korang boleh hiking di negeri Kedah. Nanti saya akan list kan untuk negeri lain pulak ye. Misi untuk posting G7 pun belum tercapai, tengah cari balik semua gambar-gambar hiking tu yang jadi lambat hehe Best kan semua bukit dan gunung ni, ada lagi sebenarnya tempat hiking di Kedah, kalau korang tau boleh senaraikan di komen ya.

Sumber gambar: Google

Comments

  1. Memsng byk gunung ganang di malaysia, kak pun pernah hiking jgk tapi xlah setinggi mana, tapi tetap rasa letih

    ReplyDelete
  2. Banyak juga bukit dan gunung di negeri Kedah ye. Kalau kaki hiking memang semua tempat kena panjat kan. Lamanya tak naik bukit. Huhu.

    ReplyDelete
  3. banyak juga ye tempat hiking di kedah ni. View pun cantik-cantik. Teringin nak aktif macam dulu tapi tak tau la bila.

    ReplyDelete
  4. cantekkk semuanya paling terasa nak pergi bukit mok cun.. unik

    ReplyDelete
  5. Asslaamualaikum, sebagai rakyat negeri Kedah bersetuju semua tempat ini adalah terbaik untuk hiking. Tapi mai musim hujan better tak mai lagi takut ada kepala air macam baru-baru ini hehe

    ReplyDelete
  6. boleh rujuk entri blog awak nanti.. sbb memang plan nak organize trip utk geng hiking ke utara.. terima kasih atas informasi ini yea

    ReplyDelete
  7. Oh wow...... looks like Kedah has a lot of beautiful mountains and hills for hiking. I miss hiking. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  8. Semua Rawlins tak pernah sampai. Rawlins tau pasal Mat Chincang pun sebab pergi Langkawi. Tapi dengar citer, gunung ganang di Kedah helok na?

    ReplyDelete
  9. Dalam banyak2 tu kak ana pernah naik Gunung Jerai je. Tu pun naik kereta sebab check in resort atas tu. Hehe. Tp view dia memang awesome sgt.

    ReplyDelete
  10. Semua bukit & gunung tu bae dah naik lah ya? Btw, Nur kenan betul nak naik Bukit Kodiang tu sbb kawan Nur dah pergi. Tengok gambar2 dia, menawan betul :)

    ReplyDelete
  11. Wowo....miss my hiking old old days while reading your list here. The views on most of the tops so so beautiful. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  12. i cannot agree with you more! kedah is so blessed with many beautiful mountains and hills. thanks for sharing the list :)

    ReplyDelete
  13. bestnya !!!!!!!!!!!! terliur tengok, kaki pun ikut gatal2.. ada rezeki memang saya nak try hiking lebih banyak puncak.. hee~

    ReplyDelete
  14. terima kasih share info. baru tahu ada banyak tempat nak hiking dekat kedah rupanya. Masa saya duduk kulim selalu pergi hiking dekat bukit mertajam kalau tak silap area cherok tokun.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers