12 IDEA REKAAN ROTI JALA JELITA VIRAL

Image
Assalamualaikum semua Saya suka tengok hiasan untuk roti jala jelita yang viral sangat sekarang menggantikan kek di hari jadi atau apa-apa sambutan keraian. Posting facebook ini di kongsi oleh Puan Fairus Yus , yang mana semuanya adalah hasil air tangan beliau. Bukan mudah nak cari idea kan, pembuat roti jala mesti kreatif dalam hiasan dan gabungan warna roti jala agar tampak lebih menarik. Saya kongsikan 10 rekaan roti jala jelita untuk korang, mana tau ada yang nak cuba buat kan. Boleh juga dapat kan ilham dari hasil karya orang lain. Tapi bukan tiru bulat-bulat lepas tu claim pulak rekaan sendiri. NO... NO.....NO...... Jangan buat macam tu tau. Kesian tuan punya idea mengerah otak untuk hasilkan rekaan yang kebabom. Gittewww Cantik kan semua rekaan roti jala ni? Tak nampak macam roti jala, nak makan pun macam rasa sayang pulak hehe. Sangat-sangat kreatif pada mereka yang hasilkan roti jala ni, yang menariknya, tulisan ucapan Happy Birthday, semuanya dari roti jala tau. Pada yang be

KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ UNTUK KURUS

Assalamualaikum semua

Dah lama tak berceloteh kat sini, padahal banyak nak cerita. Almaklumlah semenjak covid ni, terkurung dalam rumah, dah dua tahun tak hiking, tengok pulak badan yang semakin hari semakin comel, haiiiiihhh kadang kan tak percaya itu adalah diri sendiri kat cermin. Saya tak tau la kan orang lain, tapi saya sendiri berat bagai di pam-pam haha Bila BMI badan tak seimbang ni, kita akan mudah jadi lesu, tak bersemangat nak buat sesuatu. Social media pun kadang jadi malas nak jenguk, dahhh takdak topik makcik bawang haha


Okay bukan nak cerita pasal tu, sebenarnya nak kongsikan produk yang saya gunakan untuk kuruskan badan. Kan tadi ada bagitau BMI berat badan saya tak seimbang, memang kurang bersenam semenjak covid ni. Disebabkan berat badan ni dah tak boleh bawak bincang, saya cari lah produk yang dapat bantu saya untuk kuruskan badan. Yang pastinya kriteria produk yang saya cari ni, mestilah berasaskan kopi. Sebabnya say ani penggemar kopi, sehari tak minum rasa macam tak lengkap je.


Kalau korang macam saya, ada niat untuk kuruskan badan, posting ni memang untuk korang. Untuk kurus, antara perkara penting yang korang perlu buat adalah pantang makanan tertentu. Salah satu yang korang perlu elakkan adalah kopi, sebabnya kopi mengandungi kafein. Sebenarnya kafein tidak memberi efek pada penambahan berat badan, cuma kebanyakkan kopi yang dijual di pasaran mengandungi gula dan kalori yang tinggi. Tetapi saya adalah penggemar kopi, setiap hari mesti kena minum kopi, tersangatlah susah untuk saya kalau nak diet tanpa kopi. Syukur jumpa KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ ni, dapatlah minum kopi tanpa perlu risau tentang kalori.


Produk ini diformulasikan dari Korea dan diperbuat dari bahan semulajadi. Kitsui Coffee Xslim Shapez bebas dari bahan-bahan berbahaya seperti hormon, pengawet, gluten, GMO, antibiotik dan bahan kimia lain. Jadi tak perlu risau untuk consume kopi ni ia dah disahkan halal dan sesuai untuk vegan. Yeayyy!! Antara ramuan hebat yang digunakan ialah Ginseng Korea yang banyak manfaat pada kesihatan tubuh badan. Bahan-bahan lain yang terdapat dalam kopi ini adalah Hoodia, Kopi Hijau, L-Carnitine, dan Mangga Afrika.


Bila sebut produk penurunan berat badan, kebiasaanya pengguna mesti risau kalua ada bahan larangan seperti sibutramine. Sibutramine adalah bahan larangan dari pihak Kementerian Kesihatan dalam ubat kurus. Berdasarkan data daripada kajian Sibutaramine dan kardiovaskular, pengunaan sibutramine didapati mempertingkatkan risiko kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok terhadap pesakit obesiti yang mengambil ubat berkenaan. Kementerian Kesihatan (KKM) sudah memutuskan untuk menggantung pendaftaran ubat sibutramine. Korang boleh baca lebih lanjut disini >> https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/berita/24-mei-2018/kesan-negatif-sibutramine-kuruskan-badan.html


Terbukti kitsui tiada kandungan sibutramine selepas ujian makmal dilakukan. Kitsui diperbuat daripada 100% bahan halal semulajadi. TIADA BAHAN LARANGAN


Kitsui ini diformulasikan secara unik untuk anda dengan Ramuan Halal Semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian anda.


Kopi ini diperbuat bagi mengecilkan bahagian lemak di peha, lengan dan double chin. Bahagian inilah yang paling susah nak turun kan, dengan pengambila Kitsui Coffee Xslim Shapez secara konsisten, bahagian lemak degil ni dapat di kecilkan. Walaupun ianya kopi, tapi kandungan kalori sangatlah rendah ye, hanya 29 kalori sahaja untuk setiap paket. Jadi tak perlu risau, kopi ni sangat membantu diet korang.

Haaa, satu lagi, kopi ni sangat sesuai untuk orang yang kuat berdengkur, badan cepat letih dan lesu, tidak bersenam dan tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Banyak kriteria tu ada pada saya, sebab tu saya nak jadikan Kitsui Coffee Xslim Shapez makanan tambahan kesihatan untuk saya. Sejak saya amalkan Kitsui Coffee Xslim Shapez ni, selera makan tak macam dulu, lagi-lagi PKP ni kan, terkurung kat rumah asyik rasa lapar je. Setiap pagi saya akan minum kopi kitsui dulu, craving untuk kudap-kudapan tu kurang sangat. Badan pun dah tak cepat letih macam dulu, dapatlah siapkan projek kebun kecil saya. hehe


KEBAIKAN KITSUI COFFE XSLIM SHAPEZ

- Kenyang lebih lama selama 3-5 jam

- Membantu meningkatkan metabolisme untuk membakar lemak dengan lebih cepat

- Selamat diminum sebelum bersenam

- Membantu mengurangkan tahap kolesterol

- Membantu membakar lemak yang tidak diingini secara berlebihan

- Membantu penurunan berat badan

Cara pengambilan:

Masukkan 1 Sachet (15 Gram) ke 150ml air suam / sejuk. Goncang dan minum dengan segera. Minum air secukupnya sepanjang hari untuk hasil terbaik. Ataupun korang boleh tengok cara saya bancuh Kitsui Coffee Xslim Shapez ni di bawah.

TESTIMONI

Korang tengok lah sendiri semua testimoni ni, jeles je tengok orang lain dah slim dengan Kitsui Coffee Xslim Shapez, kita bila lagi kan..mudah-mudahan kuruslah badan ni tak lama lagi…Jom cantik secara semulajadi dengan Kitsui Coffee Xslim Shapez.

 

 

 

Untuk pembelian boleh klik je link di bawah:



Korang juga boleh tengok social media Kitsui di:





#produkkesihatan #makanankesihatan #kitsui #kurus #slim

Comments

  1. Menariknya kopi ni untuk menguruskan badan dan tiada bahan2 merbahaya. Paling penting ianya HALAL. Menarik ni kena cari juga la...

    ReplyDelete
  2. yeayyhh ada coffee flavour kali ni. ena suka produk kitsui

    ReplyDelete
  3. wah ada perisa coffee pula ye..tapi memang bagus produk kitsui ni

    ReplyDelete
  4. since ramai yg dh update positif coffee kitsui rasanya nak cuba jugalah..almaklum berat pon makin menjadi2 ni...

    ReplyDelete
  5. Wow.... awesome product for slimming. And everyone loves coffee right? Hehehe.... it's trendy. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  6. Bestnya kalau dapat kurangkan event 5 kg. Nie semua bahana takleh g gym sepanjang MCO (alasan je). I think I should check this one out too

    ReplyDelete
  7. Best kalau minum air yg kita suka dan dalam masa yg sama ia beri banyak benefit utk tubuh badan. Nampak menarik utk cuba minuman kopi kurus nie

    ReplyDelete
  8. Ishhhh yang untuk kulit belum try lagi ni, dah ada plak untuk kurus yaa.. ini lagi best, kita nak try arr...

    ReplyDelete
  9. Ini yang best nya produk kitsui ni. Memang dijamin kualiti dan bahan kandungan di dalam nya.

    ReplyDelete
  10. best betul... dahla kopi ni fav... boleh minum sambil kuruskan badan ❤️

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers