Ad Code

4 KRITERIA MEMILIH BAJU UNTUK BERSUKAN

Assalamualaikum semua

Pembaca blog ni mungkin tau sebelum covid saya aktif mendaki gunung. Bila bersukan, tak kisah sama ada hiking, atau apa saja yang mengeluarkan peluh, pemilihan pakaian yang sesuai sangatlah penting. Malaysia ni bukan saja panas, tapi juga lembap. Kebiasaan kita lebih suka memakai pakaian jenis cotton sebab ia lebih mudah menyerap peluh, tetapi sebenarnya ia tak berapa bagus. Walaupun ia jenis kain yang lembut dan menyejukkan badan, jika digunakan semasa bersukan, penyerapan peluh ini akan membuatkan badan lebih panas. Harini saya nak kongsikan jenis pemilihan pakaian yang sesuai digunakan ketika bersukan.


4 kriteria terbaik untuk pemilihan pakaian sukan

1. Jenis sintetik

Pakaian jenis sintetik semulajadi tidak sesuai dipakai untuk bersukan kerana ia cenderung menyerap panas. Tapi jenis serat sintetik mempunyai kualiti penyerapan yang baik dan filamen halus yang memberikan mereka kualiti mengering dengan cepat. Oleh itu, semasa mencari fabrik sukan yang baik, pastikan untuk memeriksa kain yang dibuat dengan gentian sintetik. Di samping itu, bahan sintetik selalunya lebih tahan lama daripada bahan semula jadi, memberi anda jangka hayat yang panjang walaupun dengan penggunaan yang kerap. Oleh itu, penggunaan gentian sintetik adalah lebih baik dari serat semulajadi.

2. Stretchable

Mana-mana pakaian sukan boleh diregangkan tanpa memberi kesan memeri adalah terbaik. Daya regangan dari gentian sintetik menunjukkan daya regangan yang lebih tinggi daripada bahan yang dibuat dengan gentian semula jadi. Dengan bahan yang boleh diregangkan, anda tidak perlu risau tentang kain menjadi memeri.

3. Bernafas (Breathable)

Bahan yang mempunyai pengudaraan yang baik biasanya terbuat dari filamen kecil yang memberikan rasa ringan ketika dipakai namun tidak mengubah bentuk asal pakaian. Jenis seperti ini membantu pemakai untuk tetap merasa sejuk dan selesa kerana ia mempunyai pengudaraan yang baik. Jika korang jenis yang aktif, jenis yang breathable adalah sangat penting untuk di ambik kira.

4. Kalis air

Walaupun kita tidak mungkin bersukan di bawah hujan setiap hari, kualiti tahan air penting untuk pakaian sukan kerana jumlah peluh yang akan dihasilkan semasa bersukan akan memberi rasa panas. Baju sukan dengan kualiti tahan air dapat menolong mengeluarkan peluh sehingga kita dapat merasa lebih sejuk. Untuk seorang pendaki (hikers) kriteria ini adalah penting kerana kita berkemungkinan mendaki dalam keadaan hujan.


T-shirt Boxy Microfiber (dibuat dengan 100% Polyester) Seperti yang korang lihat gambar saya kat atas, baju microfiber ni sangat selesa dipakai, polyster adalah salah satu bahan sintetik yang paling tahan lama dan cepat kering. Sekiranya korang mencari tempat untuk membeli pakaian polyster berkualiti tapi menjimatkan poket korang, Boxy adalah jawaban untuk korang. Boxy adalah pengeluar t-shirt Malaysia yang khusus membuat baju berkualiti tinggi yang sesuai untuk cuaca dan orang Asia. T-shirt 100% polyster microfiber Boxy tidak akan mengecewakan korang.


Korang boleh dapatkan baju Boxy disini. Jom dapatkan Boxy sekarang!

Post a Comment

5 Comments

  1. Walaupun saya jarang bersukan, tapi niat nak bersukan tu ada 😆 tgh mencari baju sukan yg sesuai ni 😄 nak mula berjogging ❤️

    ReplyDelete
  2. Rawlins pun ada satu dari Boxy and masih pakai sampai sekarang - very comfy! I love!

    ReplyDelete
  3. Woww nice lah baju ni unisex. Fafa suka kain jenis macam ni utk buat aktiviti sukan

    ReplyDelete
  4. pentingkan cari material yg sesuai untuk bersukan. selain daripada serap peluh. kita pun akan rasa selesa

    ReplyDelete
  5. Memakai baju yang sesuai dan selesa ketika bersukan amat penting

    ReplyDelete