VIT'S KAN ADA, MERIAHNYA RAYA

Image
Assalamualaikum semua Bulan Ramadan sudah tiba dan umat Islam di seluruh dunia pasti teruja nak sambut bulan mulia walaupun kita semua masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) dan masih belum dapat merentas negeri. Syukur kita semua masih dapat menunaikan ibadah terawih di masjid dan surau dengan SOP yang ketat berbanding tahun lepas kita semua hanya di rumah. Bazaar Ramadan pun boleh beroperasi macam biasa dengan SOP yang sewajarnya demi menjaga keselamatan semua. Walaupun masih tak boleh merentas negeri untuk balik ke kampung masing-masing untuk menyambutAidilfitri bersama keluarga tercinta, tapi kita tetap bersyukur sebab pihak kerajaandah bagi sedikit kelonggaran dan wajib mematuhi segala perintah yang kerajaan Malaysia dah tetapkan. So harap-harap kita tak langgarlah peraturan yang telah ditetapkan ye. Disebabkan itu, Vit’s jenama mi segera dan mi kering Halal yang telah bertapak di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu ingin menjemput anda semua sempena menyambut Ramad

KEK PISANG MANGKUK KAYANGAN PUJAAN HATI DINDA

Assalamualaikum semua

Sejak dah makin berusia ni, minat pun dah agak beralih angin, kalau dulu suka sangat beli kasut. Sampai tak terpakai haha Lani (sekarang) dok suka beli barang kitchenware. Kalau dulu lalu depan kedai kitchenware buat nahu (taktau) je, lani pantang nampak kitchenware ada sales memang borong. Saya memang suka baking, kalau pernah baca saya pernah buat roti ala gardenia tanpa bread maker ye. Nak resepi baca kat sini >>  Resepi Roti Ala Gardenia

Jom tengok jenis pisang yang sesuai buat kek, kena tau kalau guna pisang yang tak sesuai, rasa tak sedap dan tekstur kek pisang tu tak cantik.

JENIS-JENIS PISANG 

Pisang Tanduk
Pisang ni jenis panjang dan sikit je dalam sesikat. Pisang tanduk sangat sesuai buat kerepek atau goreng tepung. Memang ramai pun yang jual kerepek pisang tanduk. Kalau nak rasa kerepek pisang tanduk fresh dari Tanjung Karang, ada satu makcik ni jual, memang sedap sangat kerepek pisang dia.

Pisang Emas
Pisang ni jenis kecik-kecik, kalau pisang muda sedap buat gulai pisang. Kalau dah masak, makan mentah pun sedap. Tak sesuai kalau nak buat goreng pisang. Pisang ni kalau dah masak sesuai buat kek atau cekodok.

Pisang Abu
Sesuai sangat kalau buat goreng pisang, nak buat kerepek pun sedap jugak. Jantung pisang abu ni selalunya orang buat kerabu jantung pisang. Kalau rebus buat ulam, jantung dia jadi hitam dan pahit sikit.

Pisang Rastali
Jenis ni sesuai buat pencuci mulut sebab pisang ni manis tapi biasanya orang makan mentah je bila dah masak, jarang orang buat pisang goreng.

Pisang Berangan
Pisang ni manis dan wangi, memang sesuai sangat kalau nak buat kek. Nak makan mentah pun sedap bila pisang dah masak.

Itu je jenis-jenis yang saya tau untuk kongsikan dengan korang, tapi ada lagi pisang jenis lain, yang jarang kita dengar macam pisang udang. Ok cukup pasal jenis pisang, jom kita tengok resepi kek pisang yang paling senang, tutup mata pun boleh buat haha

Kek pisang antara kek yang selalu buat sebab senang yakmat. Lagi mudah bila kita ada mangkuk kayangan dari #mycookingstory yang sangat best guna. Kalau dulu buat kek guna cake mold tapi susah nak cuci lepas guna selain nak kena lapik dengan baking paper. Kalini testing guna 2.5L Ovenware with lid, beli kat MCS, RM39.88 je siap bagi FREE POSTAGE, memang berbaloi beli. 

Paling best, kek tak melekat dekat mangkuk, cantik je kejadian, nak basuh mangkuk pun senang. Resepi ni kawan ni dari kawan saya Lysa, sebab tu saya namakan KEK PISANG LYSA haha


RESEPI KEK PISANG PALING MUDAH

2 Cawan Tepung Gandum
1 Sudu Teh Baking Powder
1 Sudu Teh Soda Bikarbonat

4 Biji Pisang Berangan
1 Cawan Minyak Jagung
1 Cawan Gula Putih @ Gula Perang
3 Biji Telur
Asen Vanilla

Adunan separuh dari kek siap

Cara-cara

1. Tepung yang diayak dengan baking powder, soda bikarbonat disatukan dlm satu mangkuk besar

2. Lecek pisang dan mixer/blender dengan minyak jagung, gula, telur dan asen vanilla. Kemudian campurkan dengan bahan ayak.

3. Sapu minyak pada bahagian dalam mangkuk, pastikan selapis je, taknak nanti kek tu berminyak.

4. Bakar suhu 170° selama sejam atau sampai masak. Cucuk dgn lidi kalau tak melekat masak la tu

Adunan ni memang just nice guna 2.5L

TIPS 1: Jangan lecek/blend pisang lama sangat, nanti warna kek tak menarik. Tujuan kita lecek sekejap je, sebab nak warna kek jadi lebih gelap, dia macam ada jalur-jalur pada kek.

TIPS 2: Kalau nak pisang hiasan tu cantik kat atas, masak kek tu separuh masak, keluarkan dan susun pisang yang dah di potong, lepas tu masuk oven semula, sehingga masak. 

Senang je kan? Nak mudah lagi guna ke ovenware dari #mycooking story. Lepas kek dah sejuk boleh tutup je sebab ovenware ni ada penutup. Boleh beli kat sini >> MCSBAE

Selamat mencuba!

Credit resepi & gambar : Lysa @ Wan Zeala

Comments

  1. thanks for sharing. Nampak sedap kek pisang tu. bekas pun lawoooo gak hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mangkuk kayangan tu.. murah je meh la terjebak beli hahah

      Delete
  2. kenal pisang tanduk sebab kerepek pisang guna yang tu, pisang abu sedap kalau buat pisang goreng, pisang emas makan macam tu je tapi cepat beno lebam. Cantik lah kek pisang sis, kalau rumah dekat dah hulur piring dah ni kekeke

    ReplyDelete
  3. Saya kenal pisang tanduk, pisang montel, dgn pisang Dole/Cavendish yg selalu jual ke supermarket tu je. Resepi ni nampak mudah. Nanti start pkp 2.0 ni saya cuba.

    ReplyDelete
  4. ya ampun !! awal pagi akak baca entri ni.. lapar terus.. hahahaha~ gebu nya kejadian beliau ya.. tak sabar nak try resepi bae ni.. doakan kek akak pun jadi elok macam bae punya..

    ReplyDelete
  5. Senang nak buat kek pisang. Tak pernah bakar, dulu buat kukus he. Lepas ni boleh try bakar. Kitchenware tu tahan ye panas. Bagus betul

    ReplyDelete
  6. Kek pisang tu nampam sedap dan gebu je. Nak nak pakao kitchenware tu buat kek lagi elok kejadian kek pisang tu

    ReplyDelete
  7. Wah! This looks absolutely delicious! Thanks for sharing the easy recipe and cant wait to make it :)

    ReplyDelete
  8. saya suka makan kek pisang. pernah try beberapa kali tapi selalu tak perfect. kalau rasa ok, rupa tak cantik. kalau rupa cantik, rasanya mesti ada kurang. kena try resipe ini!

    ReplyDelete
  9. Rawlins pun dah start terpikat beli kitchenware. Bahaya sungguh la

    And yes, kek pisang paling senang nak buat. Kena pandai cari pisang yang cantik kan

    ReplyDelete
  10. wah thank you sis bagitahu jenis jenis pisang, i suka pisang emas kalau nak buat cekodok kalau pisang abu sesuai buat pisang goreng kan, heee banyak jenis pisang macam macam gaya masakannya

    ReplyDelete
  11. boleh jadi resipi PKP ni.. saya suka pisang tanduk.. puas dengan saiznya.. dulu kecil kecil suka tolong arwah atuk di kebun pisang..

    ReplyDelete
  12. wahhh boleh lah cuba time PKP nie. nampak mudah. cantik je kejadiannya.nak cuba jugaklah nanti. okay jom beli bahan2nya

    ReplyDelete
  13. Akakk bestnya pandai buat kek pisang. Saya bab banking ni slow skit lah. Nak order bleh tak? Hahaha

    ReplyDelete
  14. Cantiknya hasil kek pisang sis.. boleh try recipe ni la thanks for the tips untuk hasil yang lebih menarik... (Y)

    ReplyDelete
  15. nice sharing..nampak sedap tu.. serius la kita ni sampai sekarang tak tahu nak bezakan nama2 pisang ni.hahaha

    ReplyDelete
  16. Bolehlah cuba kek pisang ni sbb kak memang suka kek pisang ... tu sebab bila order toti canai mesti order roti canai pisang huhu.

    ReplyDelete
  17. saya memang suka sangat2 dengan kek pisang. tengok memang terliur

    ReplyDelete
  18. Ooo ni la resipinya..ok thanks Bae utk resipi ni nnt kak min try

    ReplyDelete
  19. Wah cantik sangat kek pisang ni. Buat dlm mangkuk mycooking.. Menarik. Boleh try resepi ni.. Tak pernh buat lagi.. Tapibtegroda tengok kek tu

    ReplyDelete
  20. Waaa gebunyaaa.. i pun ada ni magkuk ni, nak cuba jugalahh.. nampak gebu gileee...

    ReplyDelete
  21. wah menarik ni. mangkuk nya lawa gila! okay nak belikan lah untuk mak. sebab dia memang cari mangkuk macam ni pun :)

    ReplyDelete
  22. Sedapnya kek pisang! Kek favourite ni lagi-lagi kalau jumpa yang betul betul gebu and moist memang suka sangat

    ReplyDelete
  23. Aummm mangkuk kayangan tu best giller, nanti sis nak carikan juga. Now nak sedia pinggan mangkuk untuk CNY

    ReplyDelete

Post a comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN

Followers