Ad Code

TIPS DAPAT MAKANAN CEPAT DI IKAN BAKAR PARAMESWARA UMBAI MELAKA

Assalamualaikum semua

Kalau korang bercuti ke Melaka, tak lengkap kalau tak makan ikan bakar. Staycation saya ke Melaka memang nak jalan-jalan cari makan je sebenarnya. Seafood semestinya menu pilihan untuk makan malam, setiap kali ke Melaka. Short trip yang tidak dirancang semata-mata untuk hunting makanan yang sedap di Melaka. Saya kalau staycation suka cari makan yang best dan rehat je kat hotel, sejenis tak berapa suka berjalan kecuali memang trip yang dah plan nak ke tempat-tempat menarik lah.

Ada pelbagai ikan bakar yang sedap kat Melaka dan salah satunya adalah Ikan Bakar Parameswara Umbai. Di sekitar Umbai tu pun banyak kedai ikan bakar, tapi kali ni saya nak kongsikan tempat ikan bakar yang saya dah cuba. Jom tengok antara menu yang kami pilih malam tu. Semua makanan ni untuk tiga orang makan ye.

Bila korang masuk ke kedai ikan bakar ni, macam biasa kena scan apps My Sejahtera dan check suhu, ingat ye mesti patuh SOP tau. Jika korang pi makan kat sini lebih dari seorang pastikan ikut tips dibawah sebab kedai ni agak popular dan dah tentulah ramai orang.

TIPS SUPAYA MAKANAN SAMPAI CEPAT
  • Terus beratur untuk pilih lauk yang korang nak, dan pastikan seorang lagi cari meja makan. Sebelum beratur, pekerja kedai akan tanya sama ada korang dah ada nombor meja makan atau belum. Jawab je dah ada meja sementara tu seorang yang lain pi cari meja.
  • Dekat bahagian ni, hanya untuk pilih lauk, bincangkan lauk pilihan tu nak masak apa nanti, kalau tidak kesian orang belakang kena tunggu lama kalau korang baru nak fikir apa menu masakan pilihan korang. Ada pelbagai masakan yang korang boleh pilih. Haaaa dan satu lagi, anggaran berat lauk yang korang nak pilih.
  • Yang tunggu di meja makan nanti, boleh tolong orderkan air untuk semua. Sebabnya nasi dan air ada pekerja yang akan datang ke meja untuk ambil order.


Nampak panjang barisannya sebab tu kena siap-siap fikir apa nak masak, berapa anggaran berat lauk yang korang nak pilih

Nampak udang pun saiz besar

Ketam ni baru je pekerja tambahkan

Ikan siakap saiz sedang dan besar. Saiz kecik tak ada hehe


Menu utama semestinya ikan bakar, kami pilih ikan siakap masak sambal. Saiz ikan sederhana je, tapi memang cukup untuk tiga orang. Ikan siakap ni rasa segar cuma sambal tu tak begitu menyengat pada saya.

Udang kami pilih untuk masak butter prawn. Udang ni tak seperti style masakan yang saya nak tapi sedap jugak, di masak denga enestum jadi macam ada rasa manis. Udang ni pada saya okay la, tapi macam ada beberapa ekor yang macam tak berapa segar.

Kerang bakar cicah air asam memang padu tapi bukan rezeki kami malam tu, kerang ni tak berapa segar. Jadi tak berapa puas nak makan.

Untuk pilihan sayur, kami pilih kailan ikan masin dan rasa masakan ni biasa saja pada saya.

Sotong goreng tepung, yang ni sedap, sotong pun sangat fresh. Antara masakan paling puas makan malam tu sotong ni la. Menu wajib tau kalau korang pi sini. Memang sedap tepung pun ranggup.

Jeli kelapa ni dijual kat kaunter yang sama korang pilih lauk tu, kira lepas korang timbang lauk, pekerja akan tanya korang nak tambah jeli kelapa tak? kalau nak cakap je nak berapa, nanti dia akan tulis siap-siap dalam bil dan boleh ambil kat sebelah tu je. Jeli ni sedap, tak berapa manis dan teksturnya tak makan agar-agar. 

Sotong kangkung ni akan ada pekerja datang ke setiap meja, so kalau korang nak, bagitau je nanti dia akan bagi. Yang ni terus bayar tau, dia tak masuk dalam bil.

Kalau korang nak cuba makan kat sini, kedai dia macam tersorok sikit, kalau korang jumpa medan selera umbai-pernu, ambik kanan dan terus je sampai ke hujung, lokasi kedai ni macam tersorok sikit, dan memang betul-betul tepi laut. Tapi bukan nampak air pun kalau pi makan malam, gelap je haha 


Kalau nak pi sini, korang waze je: 

Ikan Bakar Parameswara,
Medan Ikan Bakar,
Pengkalan Pernu Umbai,
75460, Melaka

Harga yang untuk semua lauk yang kami pilih termasuk nasi 3 pinggan, jeli dan sotong kangkung adalah RM136.30. Pada saya harga tu berpatutan, korang boleh tengok resit untuk tengok berat ikan, sotong, udang. Untuk kerang tu tak diberi pilihan berapa, diorang kira sepinggan RM10. 


Secara keseluruhan makanan kat sini sedap je untuk dicuba, keadaan kedai pun besar dan selesa. Cuma setiap kaunter tu jauh dan kalau pertama kali ke sini akan jadi blur sebab tak tau nak ke kaunter mana. Kalau korang baca entry ni, lepas ni dah tau la nak buat apa kan, makanan pun cepat lah sampai. Share kat komen tempat ikan bakar best di Melaka, next trip saya nak cuba.

Stay safe korang!

Post a Comment

23 Comments

  1. Visited this restaurant before to enjoy the seafood. I must say that everything is fresh and most importantly the price is still affordable.

    ReplyDelete
  2. Meh mai umah mak mertua aku..lagi padu...hehehe

    ReplyDelete
  3. Tak pernah visit, but looks so yummy! Nak try juga ni, will drop by when I have chance.

    ReplyDelete
  4. Nampak fresh semua ikan kat sini. Bagus tips yg dikongsikan nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  5. Fuh lama tak pergi makan kat sini. nampak sedap. thanks share tips yang sangat berguna.

    ReplyDelete
  6. Dah berapa kali pergi Melaka, sini juga payah nauu nak sampaiii.. ada je halangannyaaa huhuhu one day nak kena juga pergi...

    ReplyDelete
  7. Saya tak pernah pergi Umbai. Biasa kalau seafood, saya prefer Chinese cooking. Tapi nak kena try juga ni nanti. Thanks for the tips untuk elak tunggu lama.

    ReplyDelete
  8. huu~ sedapnya siakap sambal tu !!! esok nak try lah masak harap sebijik lah macam dalam gambar bae ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha nanti bagitau eh dapat sama atau tak

      Delete
  9. strategi tu penting kan,,mmg pack la orang kat sana selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tau takpa. aku pun kalau taktau memang terkial2. ni sebab pi dengan kawan yang dah biasa makan sini

      Delete
  10. That is why I memang suka makan masakan melayu! Cheap! I am so going

    ReplyDelete
  11. Tak ingat pergi yang mana satu tapi kami pun gunakan taktik ehh silap tips yang sama hahahaha
    Ada yang berbaris dan ada yang cari meja.

    Uwaaa! Nak travel!!!

    ReplyDelete
  12. tempat makan nie selalu keluar dekat google kalau search tmpt makan dekat melaka. tp tak pernah sampai sbb tak sanggup nak menunggu. katanya sedap dan harganya pon okay2. tp xpernah sampai lg

    ReplyDelete
  13. omg everything here is my favourite. the kerang bakar looks so delicious and fresh. need to visit this place after pkp for sure!

    ReplyDelete
  14. Baru makan kat sini semalam dengan sedara. Memang crowded tapi puas hati la sebab semuanya sedap.

    ReplyDelete