TIPS RANCANG BERSARA AWAL DENGAN ILEARNFROMCLOUD.COM

Image
Assalamualaikum semua Situasi Covid19 yang melanda kini telah menghadkan pelbagai aktiviti kita diseluruh dunia termasuklah menimba ilmu. Namun, dengan bantuan teknologi, kita masih dapat belajar, semuanya bergantung pada diri sendiri. Luasnya ilmu tidak hanya terhad pada pembelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai platform eLearning yang boleh kita pilih bagi meningkatkan kemahiran diri. Memperkenalkn ILearnFromCloud.com adalah platform pembelajaran sosial yang direka untuk membantu korang bagi memperoleh kemahiran yang akan mendapat permintaan tinggi pada masa akan datang. Setiap orang mempunyai kemampuan belajar yang berbeza-beza, terutama di bidang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang terhad. Tidak seperti laman web eLearning lain yang menyediakan kursus dalam talian, pembelajaran melalui ILearnFromCloud.com membawa kaedah yang paling berkesan untuk belajar, iaitu adalah dengan memiliki seseorang di sisi, membimbing kita di setiap langkah, dan mengarahkan ke arah yang betul

ROTI HOMEMADE ALA GARDENIA TANPA BREADMAKER

Assalamualaikum semua

Dah lama tak berkongsi resepi. Banyak je resepi tapi semua masih dalam draft. Jom kali ni saya nak kongsikan resepi roti ala gardenia. Ada yang panggil roti buku, roti potong, macam-macam nama, kalau sebut roti gardenia lagi mudah faham, semua orang tau roti macam mana kan.


Resepi ni pertama kali cuma, ini semua dek kebosanan kat rumah masa perintah kawalan pergerakan (PKP). Masa tu masih belum berkahwin dan tinggal seorang je, dan masa PKP tu kecoh orang berebut nak kan roti gardenia tu. Tak kuasa la nak berebut, memang tak keluar rumah lansung, 2 minggu sekali baru keluar untuk tambah barang dapur. Jadinya terhasillah roti yang sedap, lembut, mulus ni haha

Saya dapat resepi ni dari Jamie Oliver, seorang chef yang terkemuka. Suka follow video-video masakan Jamie sebab semuanya mudah je dan bahan pun tak banyak. Tapiiii, resepi roti ni saya tak ikut sepenuhnya dari Jamie, saya ada olah sedikit sebab yang pertama kali buat sepenuhnya ikut resepi Jamie, kejadian roti kurang lembut, jadi saya olah sedikit untuk mudahkan saya uli. Kalau pakai breadmaker mungkin guna resepi Jamie akan jadi lembut kot. Almaklumlah buat roti ni tak boleh malas uli nanti kurang lembut dan berongga. 

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung gandum 2 cawan
  • Susu segar setengah cawan
  • Yis mauripan 1 sudu kecil
  • Gula 1 sudu kecil
  • Sedikit minyak - untuk perapan

Sikit je bahan-bahannya

Cara-cara memasak:

Korang boleh tengok video dari Jamie Oliver ni. Saya guna resepi dari Jamie dan memang ikut semua seperti yang Jamie buat. Cumanya masa peram doh tu, saya sapu dengan minyak sedikit supaya lebih lembut dan senang nak uli bila doh mengembang.

Saya lupa pulak nak ambil gambar atau video proses menguli roti. Masa tu tak mengharap pun roti ni menjadi, sebab cubaan pertama gagal, jadi taknak confident melangit hehe Lepas dah siap roti ni, saya rasa bangga sangat dengan diri sendiri sebab saya rasa roti ni susah nak buat yang betul-betul lembut.





Kalau tengok gambar saya kat atas ni, boleh nampak ada sedikit rongga, itu menunjukkan masih belum cukup menguli. Mungkin kena tambah uli 5 minit lagi. Next time buat kena tambah masa menguli.


Gebu gebas roti ala gardenia ni. Dijamin sedap haha





Saja letak gambar banyak-banyak sebagai ingatan, in future boleh trobek pernah dapat kejadian roti yang membanggakan diri sendiri haha Korang boleh la try ye kat rumah, jadi dah tak perlu nak kejar lori roti Gardenia tu lagi lepas ni, boleh buat sendiri je kan.

Selamat mencuba!

Comments

  1. Wahh mudah je rupanya nak buat sendiri ya. Walaupun kali pertama, dari gambar nampak roti pun gebu juga. Sedap buah cicah dengan teh atau makan begitu saja pun boleh petang-petang ni kan. Woohoo!

    ReplyDelete
  2. Wah dah boleh buat Bisnes Bakeri ni sist bake at home (http://bit.ly/klikjerbizbakeri) Madam tabik mom at home rajin macam u all. Pernah try bake n pastry tapi tak ke mana sebab NO DNA baking in me. Sigh. Anyway that bread must be fluffy. I knew it.

    ReplyDelete
  3. wow, boleh buat sendiri mcm ni, tak penah tahu pun..selalunya roti ni la jadi main masakkan, tapi roti ni pun kita boleh homemade, thank you sharing

    ReplyDelete
  4. Akak senangnya buat roti. Saya nak cubalah nanti. Tak sangat satu loaf gitu, hanya 5 bahan je? Ni yang rasa nak keluarkan oven balik. Hahaha

    ReplyDelete
  5. Terbaik! Nampak macam mudah nak buat. Takut bila dah buat nanti, tershare dekat group FB masak apa tak jadi hari ini. hehehe

    ReplyDelete
  6. Powerlah boleh buat resipi roti cam Gardenia. Hehe.. kat rumah ni ada breadmaker tapi bersawang..haha..kena try juga la resipi terbaik ni nanti.

    ReplyDelete
  7. Wahhh..hebat la dia buat roti ala2 gardenia! Hahaha..kak min lom pernah try buat roti nnt leh la try

    ReplyDelete
  8. terliur pulak tengok roti malam-malam macam ni. nak buat bahan pulak xde. simpan la dulu. nnti boleh buat bila2 free nanti.

    ReplyDelete
  9. Aitt semudah itu aje kee..alahaii nak cubalah, Sis ko dah save book ark post ni hahahaha

    ReplyDelete
  10. Nampak sedapnyaaa roti homemade dia. Tapi bab menguli tu lahhhh paling termalas sekali!😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tau takpa. memang menguli paling malassss

      Delete
  11. Homemade bread is love. Suka bau lepas baking tu. nampak cantik kejadiannya. Jadi teringin nak cuba. Tp takut xjadi. Resepi dia mudah je rupanya

    ReplyDelete
  12. Breadmaker dah ada tp belum cuba buat sendiri lagi.
    Dah ada reelsepi ni, boleh la sisyat cuba 😊

    ReplyDelete
  13. Wow bagus kalau boleh bake your own bread, i m trying to practice to bake more too.

    ReplyDelete
  14. Wah.. rajinnya buat roti menjadi plk tu, kak dulu pun suka buat roti tp biasa2 jer

    ReplyDelete
  15. lahhhhhhhh.. senang je nak buat rupanya.. hee~ cantik naik gebu plak tu.. nanti boleh lah kakak cuba plak..

    ReplyDelete
  16. Wahh menarik juga belajar untuk buat roti sendiri kan.. lagi selamat sebab kita tak guna sebarang pengawet dan bahan2 sewaktu dengannya.. Nak try ni.. Bila start baking ni, asyik fikir nak bake apa seterusnya.. Kitkat baru belajar buat Cheddar Cheese Tart sendiri semalam :P since over masih panas, kena continue kalau tak, memang off terus lepas ni.. :P

    ReplyDelete
  17. simple je bahan-bahan dia. macam boleh try ni. tapi iza tak ada oven. agak2 dengan air fyer boleh jadi cantik macam tu jugak x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. air fryer tak pasti, tapi boleh guna dapur gas, caranya, just masukkan loyang dalam periuk dan tutup, bakar api perlahan. loyang tu letak atas jaring besi.

      Delete
  18. wah pandainya buat roti sendiri..nampak hasil kejadian cantik dan gebu sangat rotinya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers