Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah

Image
 Assalamualaikum semua Jom join another giveaway. Saja suka-suka join meramaikan kawan-kawan blogger hehe Details giveaway seperti dibawah: Rules: Follow my blog Copy and paste banner diatas and make an entry with title "Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah"  Backlink your post entry to my blog Comment your url post entry in the comment section Done!  Date: 06 March - 31 March 2021 Winner: 1 x Mouthgasm crunchy mocha 1 x Mouthgasm crunchy macchiato Pemenang akan ditentukan melalui  random.org

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAR SYURGA MAKANAN

Assalamualaikum semua

Kalau korang datang ke Puchong atau tinggal berdekatan Puchong, korang wajib singgah Puchong Night Bazaar, syurga makanan di Puchong. Saya selalu makan kat sini, selain untuk makan, boleh shopping pelbagai barangan especially tudung memang murah. Kalau yang hisap vape/pod, haaaa kat sini ada banyak kedai untuk korang pilih,. Saya suka shopping tudung dan urut kaki kat sini. 1/2 jam RM20 je, hilang sikit sakit kaki ni, maklumlah kaki kecik tapi terlebih muatan haha jadi selalu sakit kaki (tanda-tanda penuaan)

Sumber Google

Entry ni nak cerita pasal makanan je. Puchong Night Bazaar ni ada lebih dari 40 gerai makanan untuk korang pilih. Pelbagai kenis makanan ada dan saya akan kongsikan beberapa menu makanan yang wajib korang try!




Nak masuk ke Puchong Night Bazaar ni ada dua entrance, bahagian depan (menghadap jalan) dan belakang (bahagian HERO Market). Korang masuk ikut mana-mana entrance pun korang akan jumpa gerai makanan dulu, bahagian tengah baru ada kedai jualan. Jom tengok antara menu kat uptown ni. Saya cuba kongsikan makanan yang pernah saya cuba ye.

MAKANAN KOREA

Nasi goreng Kimchi dan ayam RM14 + Kimchi RM2. Ada set ramen jugak, belum pernah cuba, nanti dah try saya update tau.

SHELLOUT

Shellout untuk 2 orang makan RM35 + Nasi RM2. Ada pelbagai jenis masakan shellout, yang ni saya pilih original

PROJEK BAKAR-BAKAR

Sotong bakar paling marbeles. Sotong sangat fresh, dan besar dan murah, cuma RM15.90 untuk 300gram, memang puas hati makan. Paling recommended. 

WARUNG NASI LEMAK PANAS

Nasi lemak ni RM1 sebungkus, ambik terus 2 bungkus, sebab antara gerai paling ramai orang beratur. Ada lauk-lauk lain untuk korang pilih untuk makan dengan nasi lemak ni.

MASAKAN SARAWAK

Laksa sarawak RM8. Sedap dan udang pun besar dan fresh. Gerai Sarawak ni ada jual mee kolok jugak, yang ni pun sedap harga RM8

MASAKAN WESTERN
Kalau teringin makan Spagetti Oglio memang saya akan ke Uptown sebab portion banyak, makanan sedap harga pun murah. Set Spagetti dan chicken grill cuma RM12.90 je.

Ada banyak lagi pilihan makanan, tapi gambar pulak tak jumpa haha, Nasi arab, masakan sup, makanan Johor, satay, eh macam-macam lah ada. Korang kena mai sini dan cuba sendiri.

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR
Dibuka setiap hari 6 Petang - 12 Malam

Comments

  1. Fuhh meriah dengan makanan dekat sini ye. Macam2 pilihan ada. Harga pun reasonable. Kalau dekat lama dah saya terjah.

    ReplyDelete
  2. Harus di singgah nih..menariknya semua jenis makanan ada kat sini..bestt

    ReplyDelete
  3. Aiii lain macam menu2 dia.. Nak kena terjah nmpknya bila balik melaka nnt. Huhuh berlipat kilo la kita.. Haha

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak mai puchong. Dulu opis kat bandar puteri kt Mazda tu. Sampai la ni blom pi Night Bazar satu. Nnti nk pi lah. Rasa blogger Shamiera Osmet ada niaga situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke. kalau tau ada blogger niaga sini boleh singgah kedai dia

      Delete
  5. Alaaa rindunya nak pi bazar gini.. lama giler tak pi pasar malam.. Sis kalau pergi tempat gini, jahatt sikit nafsu, semau nak di beli dan makan kang hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kann dah la murahhh makanann kat sini

      Delete
  6. Wah murah2 ya harga makanan kat sini. Nampak portion boleh tahan banyak. Sotong bakar tu tempting betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib cuba sotong tu. sotong fresh, murah plak tu

      Delete
  7. This looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy hunting for food here when we visit puchong!

    ReplyDelete
  8. Ini betul2 syurga makanan. Banyaknya makanan sedap dan menarik jat sini. Teruja tengok

    ReplyDelete
  9. Kak min pernah gi sini masa mula2 buka dulu. Time tu tak meriah macam ni lg

    ReplyDelete
  10. Fuhhhh mengancam sangat shell out dengan bakar2 dia. Makan seafood fresh memang naikkan selera kan hihi

    ReplyDelete

Post a comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN