SAFI SHAYLA TONIK RAMBUT BERKESAN UNTUK RAMBUT GUGUR

Image
Assalamualaikum semua Kecantikan bermula dari kulit yang sihat, bagi rambut sebagai mahkota wanita, ia bermula dari kulit kepala yang sihat. Sama ada rambut korang menipis, pecah di hujung atau gugur lebih daripada biasa, kemungkinan besar berpunca dari kulit kepala yang tidak sihat. Menggunakan produk rambut seperti syampu, perapi, mask atau serum, sudah tentu akan memberi kesan kepada penipisan rambut. Tetapi untuk menjadikan produk tersebut seefektif mungkin, kita harus bermula dari asas dahulu. Kita perlu konsisten di dalam penjagaan rambut dan produk penjagaan kulit kepala seperti tonik kulit kepala atau serum akan mewujudkan persekitaran yang sihat untuk rambut korang tumbuh. Secara umum, jika kulit kepala korang tersumbat, kering, meradang, atau gatal, ia menjadi punca kepada banyak masalah yang lebih besar seperti kelemumur dan keguguran rambut. Keguguran rambut pada wanita boleh disebabkan oleh tekanan, diet tidak seimbang, perubahan hormon dan lain-lain. Keguguran rambut bagi

JANGAN KESAL, BISNES TAK BUAT SUNGGUH-SUNGGUH

Assalamualaikum semua

Ubah Ini Dahulu, Buat Bisnes Sungguh-Sungguh!

“Jangan Kesal, Bisnes Tak Buat Sungguh-Sungguh”

Semua orang ada peluang untuk berjaya termasuk dalam perniagaan yang kita usahakan. Apabila kita buat keputusan untuk berbisnes, ia adalah komitmen yang perlu berikan dan buat sampai jadi.

Biarpun pelbagai onak duri halangan bisnes yang datang, akan tetap ditempuh jua. Jika tak bersungguh-sungguh, manakan dapat hasilnya. ‘Man Jada Wajadda’, siapa bersungguh-sungguh pasti berhasil.
Semua Jenis Bisnes Ada Cabaran


Apa nak buat jika bisnes ada cabaran?

Sis nak bagitahu, semua jenis bisnes yang dilakukan memang akan ada cabaran, apatah lagi saingan. Itu adalah normal. Beza sesebuah bisnes dengan bisnes yang lain adalah bagaimana mereka melalui proses itu dan menyelesaikannya.

Kita tanya diri sendiri, sebagai usahawan, kita nak buat sungguh-sungguh atau tidak? Jika tidak, maka itu bukan kerjaya kita. Maka kita sangat banyak kelemahan seperti tak cukup ilmu dan sebagainya.

Apa nak buat jika tak pandai berniaga?

Belajar, Gali ilmu dalam-dalam

Cari mentor atau guru

Mula dari bawah (Proses)

Percaya pada proses, sabar dan jangan terburu-buru

Mulakan dengan buat kajian tentang bisnes anda

Rangka cara untuk anda pasarkan produk

Fikirkan idea pemasaran untuk bisnes

Terus bersama circle positif

Berdamping Dengan RichWorks Dan Dr Azizan Osman

Para usahawan yang nak buat sesuatu, tidak mahu duduk pada level yang sama kena bertindak. Cari orang yang sesuai untuk belajar. Tidak semestinya kena bayar harga mahal-mahal, sekarang banyak program percuma yang dianjurkan oleh syarikat latihan bimbingan usahawan. Salah satunya adalah RichWorks dan pengasasnya Datuk Wira Dr Azizan Osman.


Richworks banyak kelas percuma dan aktiviti live session buat para usahawan sejak beberapa tahun PKP yang lalu. Richworks bertapak dalam industri selama lebih 13 tahun, pengalaman mereka juga sangat besar. Richworks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri telah melahirkan ramai usahawan jutawan yang berjaya.

Kejayaan RichWorks Membantu Usahawan (2021)

RichWorks telah berjaya membantu usahawan dalam semua jenis program mereka. Hasilnya, usahawan telah berjaya mencapai kehidupan yang lebih baik dari segi individu dan jualan dalam perniagaan. Selain itu, bisnes juga turut dikenali ramai.


Peserta Kelas Mentoring Richworks iaitu ahli Titanium, Spire dan Elite X seramai 1,855 orang telah mengumpulkan jualan RM 3.7 Bilion.

Jumlah jualan terkumpul bagi 312 ahli titanium (RM 3.2 Bilion), Spire (RM 495 Juta) dan Elite X (RM 46.9 Juta)

Program Spire telah menghasilkan seramai 72 orang capai jutawan.

Perniagaan usahawan bawah bimbingan RichWorks telah mencapai jualan lebih 10 juta (77 Bisnes), RM 50 juta ke atas (5 Bisnes) dan RM 100 juta ke atas (5 Bisnes) pada tahun lalu.

Cabaran Bisnes Menjadi-Jadi, Usahawan Perlu Kuat
Datuk Wira Dr Azizan Osman telah berkongsi akan cabaran dan situasi usahawan yang telah berlaku dalam dunia nyata.



“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.

Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.

Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.

Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.

Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.

Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.”

DWD Azizan Osman
Nak Atasi Cabaran Bisnes 2022? Sertai Sesi Live Telegram Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman

Datuk Wira Dr Azizan Osman akan mengadakan Live Session Telegram Voice chat setiap hari Ahad (8 Pagi). Cabaran perniagaan selepas pandemik Covid19 dan pada tahun 2022 ini juga akan dibincangkan.

Jom sertai Sesi live telegram ini! Bukan senang nak dapat sesi percuma bersama Pakar Pemasaran dan Mentor Usahawan No. 1 di Malaysia ni.

Comments

  1. Berguru pada yang ada good track record memang sangat digalakkan dan betul, jika kita tak berubah, kita akan ketinggalan, especially dalam perniagaan

    ReplyDelete
  2. Good course. Datuk Wira sounds like a genius in business. Thank you for sharing about this program and him.

    ReplyDelete
  3. berguru dengan org ada ilmu mmg hasilnya sangat bagus.. dan richworks antara yg terbaik dan sangat direkomen

    ReplyDelete
  4. Founder Richworks sapa tak kenal kannn? Sifu Dunia bangsa usahawan tersohor. Nak berjaya memang kena ada ilmu baru sukses di atas landasan yang betul

    ReplyDelete
  5. Wowo....he is an inspiring Malaysian entrepreneur, thanks for sharing this inspiration here & surely lots of people will be benefited from his sharing. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Love the quotes ya! Macam nak belajar lebih lanjut tentang ilmu berbisnes la! Sebab ada niat nak start a business too! This is good to lay the foundation kan!

    ReplyDelete
  7. Nak buat apa-apapun kita mesti berguru. Inikan pulak nak buat bisnes kan. At least bila dah ada guidance tu takdelah kita tersalah arah. Nak maintain momentum dan hala tuju tu sebenarnya yang penting kan. Terbaiklah Richworks bantu usahawan macam ni. Teruskan to inspire others too ya.

    ReplyDelete
  8. Bagus session macam ni, banyak tips dan informasi yang practical for para usahawan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

CARA APPLY PERMIT ONLINE HIKING GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN I BAEROSLAN

Followers