Ad Code

TRIP HIKING GUNUNG TAHAN via MERAPOH M2M & CARA APPLY PERMIT GUNUNG TAHAN

Assalamualaikum semua

Dah lama nak story pengalaman saya hiking Gunung Tahan via Merapoh-Merapoh atau biasanya kena gunakan singkatan M2M. Hiking di Gunung Tahan ni ada dua trail iaitu M2M iaitu Merapoh- Puncak Tahan-Merapoh maksudnya kita naik ikut Merapoh dan turun semula di Merapoh. Trip M2M ni hanya mengambil masa 4 hari 3 malam (paling singkat sebab dah ditetapkan oleh pihak Taman Negara Pahang) atau kita boleh hiking santai 5 hari 4 malam.



Trail lagi satu yang lebih susah iaitu M2K (Merapoh-Puncak Tahan-Kuala Tahan) ataupun K2M (Kuala Tahan- Puncak Tahan - Merapoh) akan mengambil masa 7 hari 6 malam (minimum). Kalau korang tengok peta kat bawah korang akan lebih faham trail M2M & M2K yang saya maksudkan. Trail ini adalah trip idaman saya, inshaaAllah ada rezeki memang nak join trip M2K. Doakan ya....


okay berbalik pada trip M2M saya tadi, trip ni di kelola oleh saya sendiri sebabnya susah nak mencari trip yang sesuai dengan waktu cuti saya, jadi saya cari guide sendiri dan apply permit sendiri. Korang yang boleh gunakan guide yang berdaftar dengan Taman Negara Pahang saja ye, tak boleh suka-suka upah guide lain. Bayaran untuk guide ni dah ditetapkan oleh Taman Negara, jadi mana-mana guide yang korang upah lebih kurang je harganya. Dan adalah wajib ye untuk upah guide, gunung tahan ni bukan macam gunung lain, pendaftaran pendaki pun terhad untuk setiap hari.

Sunrise di Gunung Tahan

Gunung Tahan merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2187meter, permit hanya dibuka untuk sesi pendakian sekitar Mac hingga Ogos setiap tahun atas faktor cuaca. Pada saya trek gunung tahan ni agak mencabar, dan agak teknikal tapi lebih teknikal trek di Gunung Korbu Gayong (my favourite mountain). Cabaran trek gunung tahan ni adalah trek yang panjang, dengan jarak 32KM sehala memang akan lebih mencabar jika cuaca hujan. Sejuk kat atas tu tak tau nak cakap, suhu sekitar 4 °C hingga 18 °C , bayangkan la sejuknya.

CARA APPLY PERMIT GUNUNG TAHAN 2019

Semasa saya mendaki dulu, pendaki boleh mohon permit melalui jabatan hutan pahang secara online sahaja. Tapi untuk saya adalah exceptional, sebabnya guide yang saya upah uruskan semua proses selepas kebenaran diberikan, saya hanya menguruskan surat permohonan dan duit sahaja. Mana-mana negeri pun lebih kurang je prosesnya, nak apply permit perlu melalui jabatan hutan negeri masing-masing. Untuk memohon kebenaran korang boleh ikut step dibawah:
  1. Email kepada pihak Taman Negara (butiran seperti dibawah) mohon kebenaran untuk mendaki. Jangan lupa details penting seperti route pendakian, tarikh, jumlah pendaki, guide yang telah dipilih.
  2. Lampirkan maklumat semua pendaki bersama email
  3. Tunggu kebenaran dari pihak jabatan.
  4. Bila dah dapat kebenaran baru buat bayaran pada guide.


Guide paling sayangggg. Sempoi Mat Besi ni, hati tisu takleh join haha Terima kasih Abang Mat, sudi guide kitorang, tak berkira lansung, siap masakkan, pasang fly ground. Memang terbaik, service tip top, sapa nak contact guide boleh email saya 

Kos yang dibayar termasuk:
  • Entry Permit
  • Mountain Guide
  • Campsite Fee
  • 4WD transfer from Sg Relau to Kuala Juram
  • 4WD transfer from Kuala Juram to Sg Relau
Korang boleh memohon permit di Jabatan Perhutanan Pahang dan buat surat rasmi untuk permohonan pendakian pada Pihak Taman Negara. Surat rasmi tu mestilah ada details setiap pendaki di bahagian lampiran. Contoh surat rasmi yang saya emailkan :

Kalau korang nak contoh surat rasmi memohon kebenaran mendaki Gunung Tahan, boleh email saya, nanti saya forward kan ya. Dalam 7 hari bekerja korang akan dapat email sama ada dibenarkan atau tidak ya. Contoh macam email di bawah. 


Mudah je nak mohon kebenaran mendaki, yang penting dah ada line up (senarai pendaki) yang cukup. Maksimum 10 orang pendaki. Kalau kurang boleh ke? Ya boleh cuma kos akan jadi mahal ya. Sebab kos guide tu dah ditetapkan untuk 1 trip RM1200 ( kalau tak silap dulu) jadi bahagi lah dengan berapa orang pendaki. Belum termasuk kos lain yang kita nak guide buatkan. Macam team kami siap upahkan guide untuk sediakan ration (makanan) sepanjang trip. hehe

Alhamdulillah dapat guide yang tak berkira, kami semua siap tumpang tidur di rumah mak Mat Besi sehari sebelum pendakian tau, siap dijamu makan, disediakan tempat tidur. Allah baik betul, moga Allah memberi balasan yang baik buat Mat Besi sekeluarga. aamiin

KENANGAN DENGAN LINE UP

Guide: Mat Besi
Line up: Lieya, Ejam, Edi, Bae, Diy, Aqem, Farah, Jenna, Medan, Abil

Terima kasih team, sebab sudi join trip Q. Semua best, experience hikers, jadi trip pun tak ada masalah. Smooth je dari mula sampai tamat trip. Alhamdulillah.

Rindunyaaa team Tahan.

Trademark Mat Besi, dia akan hiking dengan baju batik. rare!

Trail Gunung Tahan pada saya mencabar dari segi endurance. Trek Tahan ni sangat panjang, dah jalan berjam-jam pun masih belum sampai lagi kat check point. haha Layan je lah trail tu. Satu lagu cabaran trek ni adalah sungai. Nak meredah sungai tu kadang rasa lemah betul sebab bukan yang cetek ye, ada sungai yang kami lalui separuh pinggang, jadi kena junjung beg atas kepala. Kalau nak hiking Gunung Tahan jangan pilih musim hujan, memang rezeki la air sungai naik.

Gunung tahan ni sejuk tau, walaupun kita masih di bahagian bawah gunung, dekat kem site pun dah sejuk. Jadi bawaklah keperluan yang secukupnya. Jangan nak jimat beg, sweater taknak bawak pulak. Memang menggigil kesejukan lah korang nanti. Di Bukit Botak lagi sejuk kalau tahan sejuk boleh layan stargazing kat sini. Time saya pi haritu banyak bintang memang dah plan nak Stargaze, tapi tak menahan sejuknya, end up kami semua dok dalam khemah je la haha

Untuk lebih jelas keadaan trek, boleh baca hiking log kat bawah ye. Pada saya sebelum hiking Gunung Tahan, training load dan endurance paling penting. Teknikal trek Gunung Tahan level moderate. Kalau korang pernah mendaki Korga, gunung Korga lebih teknikal berbanding Tahan.

Ladies only. Kenangan sungguh trip ni..rinduuu

Jumpa geng hiking dari team lain. Kami dah turun, diorang baru nak naik. Hai Acap! haha

Itu saja kenangan di Gunung Tahan via M2M. Macam biasa hiking log untuk panduan bersama. Jika korang rasa manfaat boleh jadikan hiking log ini panduan ya.

Hiking log Gunung Tahan 4H3M

Hike difficulty level: Very Hard
Hike Pace: Moderate
Kanak- kanak bawah 12y : Tidak sesuai

DAY 1

0830am Pendaftaran pendaki di Pejabat Hidupan Liar, Sg Relau

0900am Barangan disemak oleh pegawai hutan

1000am Taklimat keselamatan oleh pegawai hutan

1030am Pemindahan dari Sg Relau ke Kuala Juram dengan 4WD (13km)

1100am Mula mendaki dari Kuala Juram ke Kem Kor (13.5km)

Note: Ada 4 sungai yang korang akan lalu, kami berehat di Kuala Luis untuk lunch.

  • Kuala Juram to Kuala Luis (306m asl, 5km)
  • Kuala Luis ke Lata Luis (558m asl, 6km)
  • Lata Luis ke Kem Kor (750m asl, 2.5km)
0400pm Berkhemah di Kem Kor. Pasang khemah dan masak makan malam.

DAY 2

0700am Masak untuk breakfast dan lunch (bungkus) dan kemas khemah untuk teruskan pendakian

1000am Start hiking Kem Kor to Kem Permatang (874m asl, 2.5km)

1130am Kem Permatang to Kem Kubang (1406m asl, 3.5km)

0130pm Kem Kubang to Kem Berlumut (1433m asl, 1.5km)

0215pm Kem Berlumut to Bonsai (1705m asl, 5.5km)

0430pm Bonsai ke Kem Botak (1943m asl, 3km)

0630pm Bermalam di Kem Botak

DAY 3

0500am Bangun dan bersiap untuk mendaki ke Puncak

0700am Sunrise di Puncak Tahan

0900am Descending Kem Botak. Masak breakfast dan lunch (bungkus)

1200pm Descending to Kem Kor

0400pm Sampai Kem Kor. Pasang khemah untuk bermalam

DAY 4

0800am Masak breakfast dan lunch (bungkus), Mandi sungai buat terakhir kali

1100am Bergerak ke starting point semula

0400pm Misi Gunung Tahan berjaya! 

View di Gunung Tahan





CHECKLIST UNTUK HIKING GUNUNG TAHAN

Peralatan peribadi dan perkhemahan yang perlu dibawa. Ini hanyalah panduan sahaja, korang boleh sesuaikan dengan diri sendiri. Contoh kalau ada alahan ke, bawalah ubat yang mungkin diperlukan sepanjang trip. 
  • Ankle guard
  • Cleanser
  • Cup
  • First Aid Kit
  • Fork
  • Gas
  • Gas stove
  • Headlight
  • Insect repellent
  • Knee guard
  • Lighter
  • Mess Can
  • Muscle pain relief
  • Pocketknife
  • Rain cover
  • Sleeping bag
  • Spoon
  • Strain relief
  • Tent
  • Torchlight
  • Waste bag
  • Chocolate (Energy Bar)
  • Dried Food (Kekacang)
  • Drinking/Mineral water (walaupun boleh minum air sungai, tapi bawak jugak ye, kadang air sungai keruh)
  • Ubat-ubatan yang berkaitan (panadol,pain killer,wajib bawa ye)
  • Oral rehydration salt
  • Ration (beras,gula, roti, minyak,maggi, etc)
  • Gloves
  • Hiking boots
  • Raincoat
  • Toiletries
  • Slippers
  • Spare socks
  • Sweater
  • Tuala (bawak 2 size, besar untuk mandi, tuala kecil untuk spare)
  • Track bottom
  • Walking pole ( jika perlu)
**Hanya sebagai panduan

Dengan adik-adik paling sayangggg

Sebelum balik KL, jommm makan ice cream hehe Kami balik hari yang sama keluar hutan, sebab esoknya kerja, walaupun dah malam, dan masing-masing penat, tetap kena balik ye. Tanggungjawab hakiki menunggu. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Penolong Penguasa
Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh
27210 Kuala Lipis, Pahang
Tel/ Faks: 09-915 0214

ATAU

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Post a Comment

12 Comments

  1. Akak bestnya! Bagus lah akak share jadual program dan surat permohonan. Efisien juga mereka reply balik. Well done akak! Next gunung mana akan di tawan? Hehe

    ReplyDelete
  2. wow bestnya! khai memang suka hiking tapi Kawan2 sekeliling tak ramai yang suka hahahaa korang kat sana malam2 membuang kt mana tu haahaha

    ReplyDelete
  3. Bestnya hiking..i dah lama pencen hiking sejak badan semakin membesar ni haha sekali sekala teringin nak berhiking semula

    ReplyDelete
  4. lawa ye permandangan atas Gunung Tahan ni. Dulu membesar di felda dekat area Jerantur. dekat sgt dgn Taman Negara tp tak pernah pegi sampailah dah pindah KL.. Masa tu sanctuari ikan n tak ley nak gunung sb lepas banjir. Next time ada rezeki nak jugak naik puncak Tahan.

    ReplyDelete
  5. Tak sangka hiking pun macam staycation gak ittenery dia, seronok juga yaa.. Kalau kena kaki hiking memang best layan.. penat pun tak rasa kan...

    ReplyDelete
  6. love reading about all your adventures and your love for hiking. gotta visit this place soon!

    ReplyDelete
  7. fuhh seronoknya, dpt hiking, buat apa yg kita suka. saya pun dh lama x hiking.

    kalau ada geng mesti best. btw entri ni mmg lengkap. 👏

    ReplyDelete
  8. cantek gunung tahan ni.. suka tgk keindahannnya.. lps ni dah tahu camana nak mohon lesen

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing your experience, i will take note on the checklist barang yang kena bawa time nak ke hiking.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.. Saya nak contoh surat rasmi memohon kebenaran mendaki gunung tahan.

    ReplyDelete
  11. soalan basic, mcm mana hiker buang air besar?

    ReplyDelete