SAFI SHAYLA TONIK RAMBUT BERKESAN UNTUK RAMBUT GUGUR

Image
Assalamualaikum semua Kecantikan bermula dari kulit yang sihat, bagi rambut sebagai mahkota wanita, ia bermula dari kulit kepala yang sihat. Sama ada rambut korang menipis, pecah di hujung atau gugur lebih daripada biasa, kemungkinan besar berpunca dari kulit kepala yang tidak sihat. Menggunakan produk rambut seperti syampu, perapi, mask atau serum, sudah tentu akan memberi kesan kepada penipisan rambut. Tetapi untuk menjadikan produk tersebut seefektif mungkin, kita harus bermula dari asas dahulu. Kita perlu konsisten di dalam penjagaan rambut dan produk penjagaan kulit kepala seperti tonik kulit kepala atau serum akan mewujudkan persekitaran yang sihat untuk rambut korang tumbuh. Secara umum, jika kulit kepala korang tersumbat, kering, meradang, atau gatal, ia menjadi punca kepada banyak masalah yang lebih besar seperti kelemumur dan keguguran rambut. Keguguran rambut pada wanita boleh disebabkan oleh tekanan, diet tidak seimbang, perubahan hormon dan lain-lain. Keguguran rambut bagi

TRIP COMPRESS 75 JAM TRANS CUS, HIKING GUNUNG CHAMAH & GUNUNG ULU SEPAT

Assalamualaikum semua

Bagi menamatkan ekspedisi G7 saya, pendakian diteruskan bagi menawan puncak Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat. Gunung Chamah (G5) merupakan gunung kelima tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2,171m. Ia adalah salah satu daripada G7 Semenanjung (gunung di atas 7,000 kaki/2,134m). Gunung Ulu Sepat dengan ketinggian 2161 m terletak di Hutan Belum, Perak. Ia antara gunung yang tidak diketahui ramai.


Trans CUS (Chamah-Ulu Sepat), adalah misi menawan 2 puncak gunung di dalam satu ekspedisi. Kebiasaanya pendaki akan mendaki untuk 6 hari bagi menawan kedua-dua gunung atau 3 hari untuk trip single (salah satu gunung). Tapi untuk trip kali ini, disebabkan masing-masing tak banyak cuti, kami pendekkan ekspedisi untuk 3 hari saja. Berdebar sebenarnya sebab Trans CUS treknya bukan calang-calang. Dari cerita kawan-kawan yang dah hiking ke sini, ada yang pernah jumpa harimau belang, harimau bintang, gajah dan binatang liar yang lain. Kecut perut wehhhh

Masa ni siap boleh posing dekat powil, sebab belum tau hazab yang sebenar menanti haha

Asalnya team kami hanya 10 orang, last minit ada team pelajar IPG nak join sebab diorang tak ada guide. Syukur jugak diorang ni join team kitorang, kalau tak sapalah yang nak tolak powil (4WD) haha Pendakian Trans CUS bermula dari Pos Rekom, tapi perjalanan ke Pos Rekom mengambil masa 4 jam menaiki powil (ini kalau tak hujan ye, jadi jalan tak licin). Cabaran hiking Trans CUS bermula dari powil ni sangatlah mencabar duduk dalam powil tu terhoyong hayang ye. Trek powil ke pos rekom tu ya ampunnnn teruk yakmatttt, kena upah driver powil yang biasa dengan trek sini. There is no turning back once dah naik powil ya, sebab kita naik dari chamah dan turun di ulu sepat, naik dari kelantan turun di perak, begitulah perumpamaannya.

Powil akan turunkan di jambatan (atau sebelum bergantung pada driver powil) lebih kurang 6km ke pos rekom. Dari pos rekom kami tinggalkan load, cuma bawak keperluan untuk dayhike dan terus hiking ke puncak chamah. Berhenti hanya untuk solat dan makan je. Disebabkan plan hanya untuk hiking 3 hari, jadi kami perlu tamatkan misi hiking Gunung Chamah dalam 24jam sahaja. Kami sampai di puncak lebih kurang 2 pagi. Masa ni dah macam zombi masing-masing, makan pun tak lalu, bila guide kata kita rehat 30 minit, masing-masing terus tidur atas tanah punya lah penat, nak sangat hiking, rasain lohhh hahaha Dipuncak Chamah walaupun bukan view 360 tapi sejuknya terasa sampai ke tulang. Pastikan bawak kelengkapan seperti emergency blanket ya.

Sampai puncak chamah

Kami tidur sekejap kat puncak, kemudian terus gerak turun ke pos rekom untuk teruskan perjalanan ke ulu sepat. Chamah ni treknya pacak tau sampai ke atas, trek memang takdak diskaun, memang mencanak je. So, masa turun tu nak kejarkan masa pun ye jugak, turun laju-laju seakan berlari anak la, sekali dengar bunyi meletop "poppp" hah sudah tersalah step agaknya, meletup urat kat pergelangan kaki, makanya terhencot-hencot la turun gunung.

Q, Diy, Kak Inor, Akma

On the way turun tu jumpa dengan Naz dan Kak Inor, diorang dari team lain, baru nak naik ke puncak chamah pagi tu. Baiknya Naz, dia bagi ubat tahan sakit yang agak power untuk kaki tu. Serius power tau ubat tu, tak sampai setengah jam kaki dah rasa okay, kembali berlari pelan-pelan turun. Kenapa perlu berlari? sebabnya trip ni 3 hari je, jadi kena kejar masa, kesian orang lain menunggu kita kan.

Kalau guide bagi rehat 30 minit macam ni la kami bersidai.

Trek menuju ke Ulu Sepat

Kami semua selamat sampai di pos rekom sebelum 12 tengahari, ini bermakna kami berjaya mendaki gunung chamah dalam 24jam. Berehat di simpang ulu sepat untuk solat dan makan sekitar 2jam, kemudian meneruskan perjalanan ke Kem Sungai Retak lebih kurang 40km. Sepanjang pendakian, korang dinasihatkan untuk berada dalam kumpulan ya, sebab jalan ke ulu sepat ni lah yang banyak binatang liar. Kami sampai di Kem Sungai Retak around 9 malam. Terus pasang fly ground (khemah diy) bersihkan diri, makan malam terus tidur. Rasa happy dapat mandi air sungai, dah 2 hari bermandikan peluh je haha

Sampai di Puncak Ulu Sepat

Q, Akma, Diy, Que

Keesokkan pagi misi diteruskan seawal 7.30 pagi, baru je memulakan perjalanan nampak kelibat tapir, mencicit dia berlari nampak kami hehe Misi harini adalah untuk sampai puncak ulu sepat dan terus ke pos lelar, kat sini powil akan datang pick up kami untuk keluar ke Masjid bawong semula. Dari pagi berjalan masih tak rehat panjang, berhenti sekejap je supaya tak ada gap dengan line up belakang. Dah tengahari guide tak bagi berhenti lagi katanya "dah dekat, kita makan kat puncak je", dia punya dekat adalah 1 jam lagi perjalanan nak sampai ke puncak tu. hampehhhhh punya Farid haha masing-masing dah tak tahan, energy pun dah takdak nak berjalan. Terus kami berhenti je dan masing-masing bukak dapur masak air panas, ada yang masak megi, makan nasi. Seronoknya time ni, berkongsi makanan, buat lawak hilangkan penat.

Cantik kan bonsai kat sini

Pokok elephant jadi tempat bergambar. Farid si pemandu arah

Kami sampai di puncak ulu sepat pukul 4 petang, apalagi sesi bergambar lah sebab ni ulu sepat merupakan puncak terakhir saya dan beberapa kawan untuk misi kami menawan G7. Dari simpang Y ke puncak ulu sepat tu standby lah hadap selut. Sepanjang trek rasa macam monyet je, nak elak selut terpaksa berpaut dari 1 pokok ke pokok lain haha Tapi selut dia bukan biasa-biasa ya.Beg semua kami tinggalkan kat simpang Y, memang bawak diri je ke puncak ulu sepat. Pukul 5 lebih kami gerak turun ke kem sungai leper. Dari puncak ke sungai leper tak ada sumber air ye. Masa kat kem sungai retak tadi memang kena ambil air siap-siap. Perjalanan turun agak curam, tapi sebab malam kan tak nampak sangat so okay je la. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sampai je kem sungai leper, guide bagi masa 1 jam untuk berehat kat sini, kemudian kami akan terus keluar ke pos leper.

Kita ciwi la sikit kat sini

Kat sini sejuk yang teramat ye, dah berpelukan dengan kawan-kawan, kononnya nak buat keseimbangan termal, tapi sejuknya masih terasa sampai ketar-ketar tangan. Mana tak sejuk, masa turun tu hujan, kami semua dah basah kuyup haha Team lain yang bermalam di kem sungai leper bagi lah kat kami lebihan makanan yang diorang masak malam tu, diorang semua pun dah nak tidur kan. Punya la kelaparan tak sampai 30 saat licin 1 periuk ahahaha masing-masing macam pirana punyalah lapar. Tak cukup masak lagi guna ration sendiri je la. Bila semua dah siap-siap nak bergerak, boleh pulak budak-budak IPG tu tidur, payah pulak nak kejut suruh bangun. Lama kami menunggu, dah la mengantuk, sejuk lagi, last guide kata kita bermalam je la di rumah orang asli. Bayar RM10/seorang. Apalagi terus masuk, rumah setup tempat tidur, bersihkan diri terus tidur tak sedar apa dah.

Inilah tempat tiduq terakhir yang tak dirancang

Masa ni naik ke puncak chamah

Esoknya bangun santai-santai je sebab nak pos lelar dah tak jauh, kami masak cucuq dulu untuk sarapan. Dalam 10 pagi kami gerak untuk keluar. Trek ke pos lelar landai je cuma jauh la jugak. Perjalanan dalam 2 jam lebih kami sampai kat sungai besar untuk berehat, mandi manda. Dah puas berendam, kami gerak ke pos lelar. Kalau malas, boleh je naik moto dengan orang asli. Akan ada beberapa motor orang asli tunggu kat situ, kalau taknak berjalan, kena bayar RM40/seorang. Boleh la kalau dah tak larat or injured ke sangat membantu. Kami semua jalan ke pos lelar tu sebab tak jauh, lebih kurang 20 minit je, trek pun landai je.

Ini antara gambar yang sempat dirakam, powil kami yang depan tu stuck

Happy dalam powil tak kena tolak haha
Diy, Q, Akma, Qhaelang

Trail Trans CUS ni best, kebanyakkan pacak dan curam, yang paling mencabar masa naik powil. Perjalanan kami nai powil masa datang haritu Alhamdulillah sangat mudah. Masa nak balik, hujan renyai-renyai je, sangkut dalam powil 7 jam. Mujur lah ramai lelaki dalam team kami, depa semua turun tolak powil. Kami antara yang awal keluar haritu syukur la stuck 7 jam je, team lain yang kat belakang lebih 12jam sangkut duduk dalam powil. Ration, air semua dah habiskan di pos lelar, coklat-coklat semua dah bagi kat anak orang asli. 7jam tu terasa amat panjang tanpa makan minum, nak membuang lagi lah, tahan la sampai ke masjid kang haha.

Misi 75jam selesai, siap masak spagheti kat sini

TIPS : Jangan habiskan ration untuk anak orang asli, perjalan powil tu sangat tak dijangka. Boleh jadi stuck lama, and powil tak boleh gerak, terpaksa tunggu powil lain sampai untuk beri bantuan. Maknanya kena bukak khemah lah disekitar situ bersama abang powil hehe

JARAK & MASA PERJALANAN TRANS CUS

Rekom - Chamah - Rekom (38Km)
Rekom - Puncak Ulu Sepat (23++Km)
Puncak Ulu Sepat - Pos Lelar (19km)
Jumlah Jarak Trek (80++Km)

Total masa tracking -74jam 45 minit
Powil masa pergi - 4jam powil
Powil masa balik - 7jam powil

HIKING LOG TRANS CUS

DAY 1 - Dayhike ke Gunung Chamah

1110am - Sampai di starting point
1200pm - Gerak dari starting point ke pos rekom 6km
1310pm - 1st water point, take 5
1415pm - Pos Rekom, take 5
1530pm Gerak ke Kem Tengah
1700pm - Kem Tengah
1810pm - Kem Tongkat Ali, rehat
2045pm - Kem Anak Chamah
2320pm - Kem Cinderella, rehat 30 min
0130am - Puncak tipu
0220am - Puncak Chamah, tidur 1.5jam
0440am - Descending down
0640am - Kem Cinderella, rehat 1jam
0820am - Kem Anak Chamah
0900am - Kem Tongkat Ali, take 5
1000am - Kem Tengah
1200pm - Pos Rekom

DAY 2 - Hiking ke Gunung Ulu Sepat

1440pm - Simpang Ulu Sepat
1700pm - Kem sungai Peres
1900pm - Kem Megi, rehat 30 mnit
2120pm - Kem sungai retak (bermalam)

DAY 3

0730am - Ascending to Puncal ulu sepat
0800am - Kem Sempadan
0910am - View point
0950am - Kem orkid
1210pm - Kem siam
**(rehat 1jam in between Kem Siam & Simpang Y)

1530pm - Simpang Y
1600pm - Puncak Ulu Sepat, rehat 2jam
1830pm - Simpang Y
1900pm - rehat 30 minit
2000pm - Permatang
2110pm - Kem sungai leper
** Last minit decide tidur rumah orang asli

DAY 4

1020am - Descending to Pos Lelar
1130am - Kem Kulim
1300pm - Sungai Besar, rehat 1jam
1430pm - Pos Lelar
1630pm - Powil pick up
2345pm - Sampai Masjid Bawong

Alhamdulillah tamat juga misi Trans CUS. Walaupun tak mencapai target untuk buat 72 jam, yang penting semua selamat naik dan turun. Kami dapat tamatkan kurang 75 jam, lebih 3 jam dari target. Trip paling barai (penat) sepanjang menceburi dunia hiking tapi paling puas hati. Jangan ambil ringan dengan kelengkapan yang perlu di bawa ye. Jangan culas walaupun load berat, sebab kita tak tau apa akan berlaku, jadi biarlah bawak kelengkapan yang sepatutnya. Moga posting ni bermanfaat untuk korang yang nak hiking Gunung Chamah & Ulu Sepat.

Comments

  1. Wow! Kagum membaca perjalanan tu. Even Rawlins pun mengah bila membaca your trip nie. Best gak tapi Rawlins tak fit untuk aktiviti sebegini hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. last trip untuk tamatkan g7, betul2 baraiiii trip ni haha

      Delete
  2. Wow!!!!!!!! Congratulations kerana berjaya menawan Gunuh Chamah dan Ulu Sepat. This is a good achievement, girl! Thank you for sharing your experience with me. Good post and beautiful pictures.

    ReplyDelete
  3. Tudiaaaa, baca pun dah penat. Seriusss kagum dengan kaki2 hiking ni. Sis setakat bukit broga pun dah semput dah. Ahakkk ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah minat tu sanggup jadi zombi dalam hutan hehe

      Delete
  4. Honestly speaking, I am impressed that you actually included a log that can be used as reference when others wan to go hiking there as well.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, all my hiking post i will include hiking log for reference

      Delete
  5. Perghhh hebatnya ko Bae.. ni bukan gigih lagi ni, ni betul-betul mendaki dengan penuh semangat dan keyakinan.. bestnya laa.. Bonsai tu memang uni, kalau Sis tu mata dah fikir lain dah hohohohoh

    ReplyDelete
  6. Betul-betul kena fit la kalau nak join trip macam ni,, beginner like me sure tak mampu buat in single trip bah.. banyak training dan preparation kena buat.. baca pun rasa excited..

    ReplyDelete
    Replies
    1. of course kena training hard, or else sure tak dapat nak completekan the trip

      Delete
  7. fuhhh betul2 mencabar tapi menyeronokkan.. pengalaman yg sangat bermakna.. semangat untuk survive tu yang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, dalam otak tu pikir nak tamatkan misi je haha

      Delete
  8. 75 jam terbaiklah kak. Memang best tengok aktiviti akak. Gambar tu lawa-lawa. Rasa nak pergi. Tapi takpelah. Tengok gambar akak aje. Hehehe. Akak teruskan mengembara k. Update more lg. Saya seronok baca!

    ReplyDelete
  9. Very complete write up... thinking of nak try ke tak CUS nie... haha x kot haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah, trek CUS best, tapi tak perlu buat compress trip, santai biasa 6 hari, so tak penat sangat hehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

CARA APPLY PERMIT ONLINE HIKING GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN I BAEROSLAN

Followers