CARA APPLY PERMIT ONLINE HIKING GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN I BAEROSLAN

Image
Assalamualaikum semua Trip hiking Gunung Angsi ni trip sebelum covid sebenarnya haha Baru ada masa nak bercerita kat sini. Gunung Angsi terletak di Ulu Bendul, Negeri Sembilan dengan ketinggian 2702ft atau 824 meter dari aras laut. Ia adalah gunung ke-3 tertinggi di Negeri Sembilan. Gunung ni memang antara gunung pilihan para pendaki sebab jaraknya yang tak jauh dari KL/Selangor Untuk hiking Gunung Angsi ada dua starting point. Korang boleh naik dari Bukit Putus atau Ulu Bendul. Trail dari Bukit Putus lebih pendek dan lebih mudah berbanding trail dari Ulu Bendul. Kebanyakkan hikers yang otai akan buat trans Angsi iaitu Ulu Bendul - Bukit Putus - Ulu Bendul, kiranya naik dari Ulu Bendul sampai ke peak, turun ke Bukit Putus, kemudian naik semula ke peak dan turun ke Ulu Bendul. Ia menjadi satu kepuasan untuk hikers kalau dapat buat Trans Angsi ni. Trip kali ni kami adalah training fitness untuk sebagai persediaan untuk hiking Gunung Tahan. kononnya nak buat Trans Angsi, tapi malam sebel

HOTEL PREMIERE KLANG PERKENALKAN LAKSA FIESTA, PROMOSI BULAN SEPTEMBER & OKTOBER 2021

Assalamualaikum semua

Saya pernah kongsikan makanan yang sedap-sedap di Hotel Premiere Klang sebelum ini, dan untuk promosi bulan September dan Oktober, Hotel Premiere Klang sekali lagi ada promosi di Restoran The Buzz yang menawarkan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa, Hotel Premiere Klang adalah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Mereka mempunyai 3 jenis restoran iaitu The Buzz, Royal Gourmet menyajikan hidangan asli Cina yang unik sedangkan Ichi Pool Bar adalah restoran-bar yang mudah menyajikan makanan ringan, burger dan pizza yang menghadap ke kolam renang.

Promosi di restoran The Buzz kali ini menampilkan dua jenis hidangan iaitu SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO dan juga LAKSA FEAST


SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO

Set chicken wings ini dilengkapi dengan beberapa kentang wedges dan coleslaw berkrim dalam kombo. Ia juga didatangkan bersama 2 pilihan sos pedas dan tak pedas sesuai untuk seisi keluarga. Mak ayah boleh makan sos pedas, anak-anak boleh makan sos tak pedas, perfect combo!

Ayam goreng yang dihidangkan ini disalutkan dengan rempah cajun yang berperisa yang yang terdiri daripada campuran garam dengan pelbagairempah, lada cayenne dan bawang putih. Ia kemudian digoreng coklat keemasan. Ratah ayam tanpa sos pun dah sedap tau.


Tengok gambar pun korang boleh nampak petapa ranggupnya salutan pada ayam. Kombo ini berharga RM22+ setiap set. Harga sangatlah berpatutan dengan pelbagai sos yang dihidangkan bersama. Kombo yang wajib korang cuba.


LAKSA FEAST - LAKSA PENANG, LAKSA JOHOR & KARI LAKSA

Set bagi laksa feast menampilkan 3 jenis hidangan laksa yang sedap. Ketiga-tiga jenis hidangan ini adalah hidangan tempatan laksa yang memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Pilih je mana-mana 2 jenis laksa dari kombo ini dengan harga RM29+ setiap set.


LAKSA PENANG
Dihidangkan dengan kuah yang sangat pekat dan penuh dengan ikan serta sayur-sayuran, telur rebus dan limau. Kalau laksa penang wajib ada limau tu kalau tak macam tak lengkap je. Oh ya tak lupa juga pes otak udang pasti melengkapkan menu laksa penang ini.


LAKSA JOHOR
Walaupun saya bukan orang Johor, tapi laksa johor ni adalah antara makanan kegemaran saya. Lasa Johor ini memang sedapp, kuah yang berkrim dan penuh dengan rasa ikan memang mebangkitkan selera. Dihidangkan pula bersama sambal belacan, memang terangkat rasa laksa Johor ni. Peminat laksa Johor rugi tak cuba menu ni.


KARI LAKSA
Kari laksa atau mee kari ini dihidangkan bersama udang, telur rebus, limau, sayur-sayuran dan lain-lain. Hidangan ini memang lengkap dengan kuah yang sangat pekat dan sedap sangat. Udang pun besar, memang cukup rasa semua. Kari laksa ni pun wajib korang cuba, saya jamin korang akan jatuh cinta.

Cajun Chicken Wings & Laksa Feast

Review penuh saya di Youtube


Promosi ini akan bermula bulan September dan Oktober ini. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan yang sedap lazat enak di Hotel Premiere Klang. Korang order je, pihak hotel akan delivery di depan pintu rumah korang. Untuk tempahan boleh hubungi:

Telefon:
03 3325 6828/ 03 3325 6800

Email:
fnb@premiere-hotels.wct.my

Whatsapp:

Comments

  1. Aduihhh terliur tengok laksa tu kemudian sis tengok ayam pulak....memang nampak menyelerakan la....

    ReplyDelete
  2. Looks so yummy! I want to try this too! Didn't know that premier hotel also have these kind of promotion! Since I am in Klang also, will them support.

    ReplyDelete
  3. Sis peminat laksa so akan cuba daptkn tawaran menarik yg disajikan. Tak sabar nak cuba, tak jauh dr rumah

    ReplyDelete
  4. Where is Laksa Sarawak? Hahaha. Makin rajin Hotel Premiere Klang nie promote kan. Good job.

    ReplyDelete
  5. Kari Laksa tu menarik hati betul lama x makan. Lepas ni dah tau nak order kat mana dah, moga dia hantar sampai ke rumah ni..haha

    ReplyDelete
  6. woahhh sedapnya! pernah jugak makan dkt hotel premiere klang ni tapi sebelum covid lah..

    ReplyDelete
  7. Spicy Cajun Fried Chicken combo tu banyak nye sos dia :)
    Menarik menu..tapi kalau ada asam laksa lagi best hehe

    ReplyDelete
  8. sedapnya laksa..dahla lama x makan.. memang sedap kalau pekena sekali sekala.. harga yg ditawarkan juga agak berbaloi kan takdelah mahal sangat heheh

    ReplyDelete
  9. Alamak, terbaca entri ni dah mula lapar pula dah, anyway, terima kasih untuk perkongsian hehehe...

    ReplyDelete
  10. Laksa! Omaigod faveret ruby ni. Rasa nak masak laksa pula. Sebab bleh jilat skrin je tengok menu ni. Klang jauhnyaaaaa. Why why whyyyy

    ReplyDelete
  11. Menarik juga ye offering kali ni from Hotel Premiere Klang ni.,. if dekat sure nak try them out dah... ada chance ke sana nak try ni juga la... Spicy Cajun Wings dia yang menarik my attention.. :)

    ReplyDelete
  12. omg best giler combo laksa-laksa dia. nk order xpi kenapa lah jauh sgt :( thanks for sharing this with us foodies :)

    ReplyDelete
  13. Wahhh nampak pekat dan sedap kuah laksa dan kuah kari tu . Walaupun dah lama tak balik Klang tapi memang tahu yang Hotel Premier punya hidangan memang sedap dan selalu jadi bualan orang ramai.

    ReplyDelete
  14. Aduuuh semua nampak sedaaap. Saya kangen makan mie kari laksa. Pernah cicip yang sedap di Melaka dan saya tak lupa rasanya hingga sekarang.

    ReplyDelete
  15. ok sangat ni. janji puas hati makan semua sedap.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers