NUKILAN BAE - MY PIECES HEART

Image
Assalamualikum semua Nukilan kali ini adalah antara koleksi poems saya. Sebenarnya saya jarang menghasilkan puisi dalam bahasa english sebabnya penguasaan bahasa untuk saya berpuisi lebih kepada bahasa ibunda. Sesekali cuba untuk menghasilkan kelainan dalam berpuisi. Jika ada kesalahan tatabahasa harap dimaafkan hehe Sumber : Google My Pieces Heart ‘We are Just Friend’ Has Slide, Like I Expected It Would, Everything Is Just In Place, And Hits Me On Time. A Friend Of Mine Once Said, 'Delay Aren't Denials', I Can See Clearly Now, As An Expiry Never Wait, Separation Never Late, Karmic Cycle Keeps Changing, No Matter How Hard You Trying. My Pieces Heart, Just A Literal Separation, After A Lesson Plays Their Part, Makes Us Stronger And Wiser, A Blended You And Me, That Tie Us Forever, In Our Own Beautiful Way. bae@14062019 Puisi ini mengenai sebuah kekecewaan yang menggambarkan hati yang berderai. Lafaz perpisahan yang sudah dijangkakan namun hati selalu menidakkan. Manusia ni s

RESEPI SAMBAL JAWA PALING MUDAH

Assalamualaikum semua

Saya pernah belajar di Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Pengalaman tinggal Di Johor, saya belajar makanan jawa seperti nasi ambeng dan sambal jawa. Bila dah lama habis belajar ni sesekali memang rasa rindu dengan masakan jawa ni. Ada je orang yang jual tapi tak kena pulak dengan tekak manja ni hehe memang tak ada lagi yang saya belo kat sini (lembah klang) yang sama rasa macam saya beli depan hostel dulu. Entah makcik tu meniaga lagi atau tak kat depan hostel.

Bercerita pasal ni jadi rindu pulak masa zaman belajar dulu. Banyak yang dilalui, berpuasa di hostel tanpa keluarga disisi. Berjalan kaki ke pintu gate nak ke bengkel punyalah jauh, tapi masa tu tak rasa jauh sangat sebab jalan beramai-ramai. Waktu malam pi ke bandar dengan lecturer cari susu kambing fresh. Masa belajar tu Parit Raja bukan macam sekarang. Few years back saya ke Parit Raja atas urusan kerja, memang dah berubah dan sangat maju, dah tak kenal sangat jalannya.

Okay back to resepi, ini adalah resepi sambal jawa paling mudah dan bahan-bahannya sikit je. Boleh la buat untuk lepaskan rasa rindu kat sambal jawa ni. Saya senaraikan bahan-bahan, sukatan korang boleh ikut sendiri untuk makan berapa orang, kalau sikit kurangkan, kalau ramai nak makan lebihkan bahan tu ye.


BAHAN BAHAN

Tempe
Kacang buncis
Ubi kentang
Tauhu/tokua
Bawang merah
Bawang putih
Suhun
Ikan bilis
Cili giling
Kicap
Garam/perasa

CARA MASAK

1. Goreng ikan bilis, tauhu, ubi kentang dan tempe separuh masak. Kemudian ketepikan dulu.

2. Tumis bawang merah, bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan cili giling, dan biarkan sampai masak.

3. Kemudian, masukkan kicap, garam, perasa dan sedikit air dan biarkan mendidih. Lepas tu masukkan suhun, masak sehingga lembut.

4. Masukkan semua bahan yang dah goreng dan masak sehingga sebati. Siap!

Taraaa..dah siap simple sangat, tapi puas sangat dapat makan.

Selamat mencuba!

Comments

  1. Suka buat sambal jawa sebab suka sgt makan tempe haha..kak min kalo buat sambal jawa mesti masak byk2

    ReplyDelete
  2. nyummy sedapnya..iena suka makan sambal jawa kalau pergi kenduri kawen orang jawa ni tapi tak pandai masak..boleh la buat nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kenduri orang jawa mesti ada sambal ni. sedap

      Delete
  3. Wow.......yummy!!!!!!! Sedan nyer sambal jawa kalomdpt dimakan dgn nasi. Me love sambal jawa. Thank you for sharing your recipe with me.

    ReplyDelete
  4. Faveret saya ni kak. Dah la suka makan meratah gitu aje. Kadang masak ni, makan gitu je. Kenyang berbuka puasa. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Aduh. Bahaya nie. Nie buat rasa teringin nie. Ok. Disebabkan resipi ini mudah, Rawlins boleh try hehehe

    ReplyDelete
  6. ini menu wajib pagi raya belah suami, orang jowo memang suka sambal jawa ni, kalau akak masak memang wajib letak cili padi baru terangkat makannya

    ReplyDelete
  7. woow...this looks like a great sambal recipe to enjoy, have not tried this sambal jawa before, thanks for sharing

    ReplyDelete
  8. Ayiooo rindunya nak buat sambal Jawa hehehehe kita memang suka makan ni dengan nasi impit atau lontong kita memang suka gilerrr hehehehe nak buat lah raya ni wakakakaka..

    ReplyDelete
  9. nasi mana nasi ? ahahahaa....adoiii sedapnyaaa...ni regu biasa dia dengan nasi ambeng. Ada pulak ayam masak kicap jawa. Perghhhh memang makan bertambah-tambah jawabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn haritu buat sambal jawa pastu ikan masak kicap dapnyaaa

      Delete
  10. Kak pun suka masak samval jawa, anak2 pun suka mkn, memang mudah jer nak masak

    ReplyDelete
  11. Uishhh mcm sedap jer ni! Boleh la buat ni for last iftar nanti!

    ReplyDelete
  12. Tak pernah makan lagi ni. nampak macam sedap. Terima kasih untuk resepi ni, mana tau nanti2 boleh cuba.

    ReplyDelete
  13. Saya suka sambal jawa ni even saya bukan orang jawa. Boleh lah try masak sebab resipi pon memang mudah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah bukan orang jawa gak. penah stay parit rajam sesekali jadi teringin hehe

      Delete
  14. Memang plan nak buat nanti, nak masak menu raya sekali lagi.. rasa tak puas makan hartu hahahaha

    ReplyDelete
  15. Memang sedap and fav kalau makan dengan nasi panas hee. Rasa tak puas nak makan lagi resepi pun mudah kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN

Followers