SIRI MI GORENG ITALI VIT PASTI MENYERLAHKAN HARI NATAL ANDA

Image
Rawang, 10 December 2021 - Hai, Pencinta Mi Vit! Ayuh sambut bulan Disember dengan meriah kerana kita pasti merasai semangat percutian! Krismas akan datang dan tidak ada kaedah yang lebih hebat untuk menikmati musim riang ini selain dengan beberapa makanan dan pastri Krismas. Tambahan pula, tiada apa-apa yang terngiang-ngiang dalam sorakan yang meriah seperti hadiah dan makanan Krismas, jelas sekali! Tahukah anda Vit Makanan (Kuala Lumpur) Sdn Bhd bermula sebagai syarikat perdagangan makanan pada tahun 1975 dan secara beransur-ansur menceburi industri mi segera. Sejak pengembangan dan dengan orang yang terbaik dalam tangan, keupayaan dan sumber kami telah memperkasakan kami lebih dekat untuk menjadi pakar mi pilihan dunia yang menandakan piawaian global dalam nilai pemakanan, kualiti dan perkhidmatan. Krismas ialah musim yang ajaib dan dengan membeli produk Vit, anda benar-benar dapat merasakan jiwa Krismas! Vit's Noodles dengan sukacitanya akan memperkenalkan kepada anda tentang s

NUKILANBAE - ALLAH LEBIH TAHU

Assalamualaikum semua



Hadirmu, Menyenangkan,
Nasihat Mu, Menenangkan,
Sungguh, Tiada Yang Mampu Menggantikan,
Namun.. Allah Lebih Tahu.

Tanpa Sedar,
Kau Sentiasa Ada,
Saat Diri Berduka,
Tak Putus Berdoa,
Namun..Allah Lebih Tahu.

Terima Kasih, Kerna Tak Pernah Lupa,
Moga Aku Juga,
Bertemu Bahagia,
Kerana....Aturan Allah Adalah Luar biasa.

bae@04062018


Pertemuan dan perpisahan semuanya adalah hikmah Tuhan. Hadirnya seseorang yang sentiasa mendoakan kita sangatlah berharga. Walaupun tiada jodoh antara kami, tapi keikhlasan masing-masing membuatkan saya rasa amat bersyukur dipertemukan suatu ketika dahulu. Kisah ini membuatkan saya sangat yakin dengan istikharah dan redha atas semua ketentuanNya. Keyakinan itu tak hanya pada gerak hati namun, sesungguhnya benarlah tiada suatu kebetulan dalam dunia ini, semuanya adalah aturan Allah. Redha saja atas apa yang berlaku, kita akan merasa suatu ketenangan yang dicari-cari.

DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

Comments

  1. Cantik susun atur ayat puisi ni. Betul la. Jika kita Redha, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang tak kita jangka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kerana aturan Allah MahA Bijaksana

      Delete
  2. Every cloud has its silver lining and more often than not He will be arranging something better for you granted that you have done your part.

    ReplyDelete
  3. Nice write up. Our destiny or life journey, God has better arrangement for us. Just be positive with our life.

    ReplyDelete
  4. "kalau satu saat nanti kita lost contact, aku cuma mau bilang sama kamu , terima kasih kerana sudah temani aku selama ini. Aku beruntung sangat kerana bertemu kamu , tapi jika menurut kamu aku orang yang terburuk pernah kamu temui , aku minta maaf yer.."

    ReplyDelete
  5. Allah dah susun cantik perjalanan hidup kite semuanya telah terulis untuk kita... apa yang berlaku kite kena sentiasa belajar untuk tabah, sabar dan redha... Doa yangbaik-baik InsyaAllah Allah sentiasa ada ....Huggggggsss

    ReplyDelete
  6. Ada masanya Rawlins terasa diri tak dihargai tetapi bila imbas semula kurniaan Ilahi dan limpah kurniaNya, terus insaf dan ingat kembali fungsi hidup sebagai hambaNya. Dalam gelap insyaAllah akan ada terangnya

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan puisi Allah lebih tahu. Setiap yang berlaku dalam hidup kita hanya Allah saja yang tahu kenapa dan memgapa dia hadirkan seseorang dalam hidup kita. Sebagai hambaNya kita harus berdoa dan redha andai ditakdirkan tidak dapat bersama

    ReplyDelete
  8. Betul. apa jadi ada hikmahnya dan sebabnya yang masih lagi ditahap rahsia Allah. Kita tak kan tahu selagi tak dibenarkan tahu. Sebab tu kena terus sabar, doa banyak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. cuma manusia penuh dengan kelemahan kak

      Delete
  9. Jodoh ajal maut semua di tangan Tuhan.. kita ni masnusia yang dah dikurniakan segalanya bersyukurlah seadaanya.. bahagia tu bermula dari kita.. setuju tak? Hehehehe

    ReplyDelete
  10. Betul, tiada yang kebetulan. Ajal maut jodoh pertemuan telah ditentukan-Nya. Semoga kita dapat ambil iktibar dari apa yang berlaku dalam hidup, inshaAllah..

    ReplyDelete
  11. Percaya pada Qada & Qadar. Jika rasa sedih atau ada doubt in anything. Ingat rukun iman ke enam. Sebab sebagai umat Islam. Kita dah ada guidelines untuk mencari penyelesaian tiap apa yang kita ingin lakukan. Jika ada masalah, juga ada guidelines. Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  12. betul Allah lebih tahu.. Moga kita lebih optimis dan positive dalam mengatur hal dalam hidup

    ReplyDelete
  13. Cant agree more on this statement... apa yang berlaku memang ada hikmahnya dan sudah tertulis kan.. i love reading your masterpiece..

    ReplyDelete
  14. Setiap pertemuan dan perpisahanitu pasti ada hikmahnya.. pandai betul tulis puisi. tiap baik kata penuh makna

    ReplyDelete
  15. syahdu je baca puisi ini. banyak maksud yang tersirat. teruskan berkarya ya btw nak minta maaf sebab baru komen. gmail tak boleh login baru2 ni sebb malware issue.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers