TIPS RANCANG BERSARA AWAL DENGAN ILEARNFROMCLOUD.COM

Image
Assalamualaikum semua Situasi Covid19 yang melanda kini telah menghadkan pelbagai aktiviti kita diseluruh dunia termasuklah menimba ilmu. Namun, dengan bantuan teknologi, kita masih dapat belajar, semuanya bergantung pada diri sendiri. Luasnya ilmu tidak hanya terhad pada pembelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai platform eLearning yang boleh kita pilih bagi meningkatkan kemahiran diri. Memperkenalkn ILearnFromCloud.com adalah platform pembelajaran sosial yang direka untuk membantu korang bagi memperoleh kemahiran yang akan mendapat permintaan tinggi pada masa akan datang. Setiap orang mempunyai kemampuan belajar yang berbeza-beza, terutama di bidang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang terhad. Tidak seperti laman web eLearning lain yang menyediakan kursus dalam talian, pembelajaran melalui ILearnFromCloud.com membawa kaedah yang paling berkesan untuk belajar, iaitu adalah dengan memiliki seseorang di sisi, membimbing kita di setiap langkah, dan mengarahkan ke arah yang betul

MASAK NASI MINYAK DENGAN CHEF ADU AMRAN

Assalamualaikum semua

Kalau korang pernah baca blog ni, mesti korang tau saya pernah live masak bersama peserta Masterchef Abang Brian. Masa tu dah seronok sangat, ia suatu pengalaman yang baru buat saya. Dan kalini, lebih menarik, Sabtu lepas saya berpeluang untuk join Zoom Cookout bersama juri Masterchef iaitu Chef Adu Amran. Ini memang pengalaman yang sangat-sangat best. Rasa bangga dapat masak bersama chef yang terkenal. Walaupun hanya secara maya, tapi perasaan tu rasa macam ada dalam satu dapur je.


Seramai 100 orang peserta di undang untuk masak secara live bersama Chef Adu Amran. Dalam kesemua peserta tu, ada juga beberapa selebriti seperti Atilia Haron, Hunny Madu, dan Linora Low (ini paling favourite, suka tengok badan sasa Linora, idaman sangat badan macam tu). Ada jugak kawan blog Sunshine Kelly, Auntie Lily, dan Racheal Loh. Rasa sangat-sangat excited bila nampak diorang, maklumlah tak pernah lagi join mana-mana program yang macam ni haha


Selepas masak, kami semua bergambar bersama dengan Chef Adu. Walaupun hanya masak di zoom, tapi sangatlah meriah. Program ni dianjurkan oleh Sime Darby sempena produk terbaru iaitu Minyak Sawit Elaiese


Sebelum masak saya bagi teaser dulu di Facebook dan Instagram. Ramai yang teka menu nasi minyak, tapi tak ada seorang pun dapat teka semua menu dengan betul. Sebab menu ni bukan kombinasi kebiasaan pada kita semua, kalau saya sendiri pun tak dapat nak teka.

Kami semua diminta untuk masak 3 menu bersama Chef Adu. Bahan-bahan telah di berikan pada kami sebelum hari sabtu, supaya kami semua dapat sediakan bahan-bahan. Kalau tak sediakan memang tak sempat nak masak. Chef Adu masak laju yakmat, memang terpinga-pinga kita dibuatnya haha Bayangkan kita baru nak tumis nasi, chef dah nak masak menu kedua. Itulah bezanya bila orang berpengalaman masak kan, ini baru betul definisi masak campak-campak. Terasa macam masuk program masterchef, tangan dah macam sotong nak masak dengan cepat. Alhamdulillah dapat juga siapkan semua menu dalam 1 jam waktu yang diberikan.

Okay, resepi yang kami masak haritu adalah NASI MINYAK, GRILLED CHASHEW CHICKEN DAN CARAMELISED FRUIT WITH ELAIESE MASCARPONE. Ada yang minta resepi yang dimasak. Jom saya kongsikan resepi Chef Adu.

Inilah hasil masakan saya. Nasi minyak ni memang sedap, rasa lain dari nasi minyak yang biasa kita makan. Grilled chashew chicke tu sedap jugak, rasa berlemak, kalau buat kuah tu cair sikit lagi sedap.

RESEPI NASI MINYAK CHEF ADU AMRAN

3 sudu minyak elaiese
200g beras basmathi (rendam 30 minit dan tapis)
200ml air
100ml susu cair
*9 biji bawang kecil -racik halus
*1 inci halia - disagat
75ml nenas yang di blend
*daun pandan
1 sudu gula
kismis - goreng dengan minyak elaiese sehingga kembang
daun ketumbar - cincang halus
garam
*1 kulit kayu manis
*3 buah pelaga
*3 bunga cengkih
*3 buanga lawang

CARA MASAK NASI MINYAK

Panaskan minyak, dan tumis semua bahan bertanda * sehingga naik bau

Masukan beras, air, susu cair , nenas, gula, garam,  dan kismis, masak seketika sehingga ramuan sebati dan masukkan dalam rice booker

Bila dah masak, masukkan daun ketumbar dan gaulkan dengan nasi. Nasi akan bau harum sangat.

RESEPI AYAM BAKAR GAJUS (GRILLED CHICKEN CASHEW)

1 sudu minyak elaiese
1 bawang besar
7 ulas bawang putih
segenggam kacang gajus/ chashew nut
sepokok daun ketumbar
3 biji cili hijau
2 tangkai daun kari
1 sudu halia
garam dan serbuk lada putih secukupnya

(Semua bahan di blend sehingga halus)

2 sudu minyak elaiese
2 sudu serbuk kurma
1/2 bahan yang telah diblend tadi
1 keping asam gelugor
250ml santan
garam dan lada hitam secukupnya

CARA MASAK

Perap dada ayam dengan bahan yang telah diblend, sekurangnya 1 jam atau lebih sedap jika diperap semalaman. Gunakan separuh saja, lagi separuh untuk tumis. Bakar ayam bersama perapan sehingga masak.

Untuk kuah/sos, panaskan minyak dan tumis 1/2 bahan perapan sehingga naik bau.

Masukkan serbuk kurma dan biar sehingga masak. Boleh masukkan sedikit air jika pekat sangat.

Bila dah masak, masukkan santan dan asam gelugor/keping sehingga masak. Kena selalu kacau ye, supaya santan tak pecah minyak. Masak dengan api perlahan je. Bila dah masak, tuang atas ayam yang dah di bakar.

Perasakan dengan garam dan lada hitam. Taburkan kacang gajus yang telah di goreng dengan minyak elaiese dan taburkan di atas ayam. Siap!

Ini hasil menu ketiga saya, tak pandai nak dekorasi, boleh lah untuk cubaan pertama

RESEPI KARAMEL BUAH BERSAMA KRIM MASCARPONE (CARAMELISED FRUIT WITH MASCARPONE CREAM)

Nenas - dipotong berbentuk ring
Buah Fig segar - potong dua
Pisang - potong dua (yang separuh masak)
Rasberry - di potong dua
Strawberry - potong dua
(Buah terpulang nak pilih buah apa, saya pilih pisang dan nenas)

1 sudu minyak elaiese
1 sudu air gula / maple syrup / madu
serbuk lada hitam

250g mascarpone (boleh guna full fat yogurt kalau tak ada mascarpone)
2 sudu minyak elaiese
2 sudu air gula
Daun mint atau daun selasih

CARA MASAK

Panaskan minyak, masukkan air gula/ maple syrup / madu dan karamelkan buah sehingga sebati. Bila dah sebati terus angkat, taknak buah terlalu masak dan lembik.

Campurkan mascarpone, minyak dan air gula, gaul sehingga sebati, Tesktur akan jadi likat dan warna kuning yang cantik.

Letak krim mascarpone pada buah ikut citarasa korang dan taburkan daun mint atau daun selasih dan hiaskan pada buah. Siap!

Mudah je kan? Korang boleh la cuba nanti tiga menu yang saya kongsikan ni. Yang penting guna minyak sihat elaiese tau. Selamat mencuba!

Pengalaman masak bersama Chef Adu adalah pengalaman berharga buat saya. Lepas ni nak berangan masak dengan Chef Zubir, Chef wan, dan Chef Ammar. Ini antara Chef favourite saya. Doakan ye. aamiin 

#Elaieseoil #EatHealthyWithElaiese #SimeDarby #PalmOil

Comments

  1. Wow menarik la event ni walaupun melalui aplikasi Zoom. Masak secara live pulak tu dengan Chef Adu. Lama dah tak nampak Chef Adu kat rancangan TV.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan walaupun online tapi rasa macam depan chef adu je

      Delete
  2. This looks fun right? Cooking together using live teleconferencing. It must have been a privilege to be able to cook with Chef Adu.

    ReplyDelete
  3. omg nampak sedap gilos especially ayam tu! macam ayam percik je? betul lah dia kena kuah banyak baru umpph!! untung korang dapat buat gn chef selebriti

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapp ayam tu. next time nak bagi cair sikit

      Delete
  4. Bestnye masak-masak live dengan chef adu. Menaeiknya menu yang ketiga tu

    ReplyDelete
  5. Wah. Tahniah la dapat masak dengan Chef. Dekorasi untuk makanan mata kan, bagi Rawlins rasa hahaha

    ReplyDelete
  6. Wahh... Chef Adu! Beruntungnya dapat masak sesama walaupun secara maya. Menarik resipi nya, nanti nak cuba!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la kak. nasi minyak tu rasa dia tak sama macam nasi minyak biasa

      Delete
  7. Wahh... Chef Adu! Beruntungnya dapat masak sesama walaupun secara maya. Menarik resipi nya, nanti nak cuba!

    ReplyDelete
  8. Best juga ye event macam ni walaupun dibuat secara maya sahaja,,, terlepas peluang untuk learn masak menu2 ni.. hopefully next time boleh join.. thanks for the recipe boleh masak2 juga nanti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers