Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah

Image
 Assalamualaikum semua Jom join another giveaway. Saja suka-suka join meramaikan kawan-kawan blogger hehe Details giveaway seperti dibawah: Rules: Follow my blog Copy and paste banner diatas and make an entry with title "Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah"  Backlink your post entry to my blog Comment your url post entry in the comment section Done!  Date: 06 March - 31 March 2021 Winner: 1 x Mouthgasm crunchy mocha 1 x Mouthgasm crunchy macchiato Pemenang akan ditentukan melalui  random.org

RESEPI AIR GARAM MAKANAN TRADISI PATTANI GUNA TEMPOYAK

Assalamualaikum semua,

Kalau sebut tempoyak semua pun dah tau diperbuat dari durian. Bukan nak cerita pasal tempoyak tapi nak kongsikan resepi yang gunakan tempoyak ni Tempoyak ni kira all time favourite lah, especially ikan patin masak tempoyak. Paling suka bahagian ekor, sedapnyaaaa, menaip ni pun jadi teringin nak makan patin haha Sejak kahwin ni tak pernah masak patin tempoyak dah sebabnya roomate tak minat masak ikan yang tak goreng, lagipun dia tak makan ikan patin. Malas la pulak nak masak seketul dua je kan, so beli je lah. Ikan patin sangkar murah je, tapi kalau makan kat kedai kemain mahal kan? Makan patin tempoyak ni dekat pahang jugak yang sedap.

Berbalik pada resepi air garam ni, ini adalah versi sambal tempoyak Pattani style. Kenapa saya cakap Pattani, sebabnya resepi ni dari opah saya sebelah suami, dia orang Pattani dan air garam ni memang jadi kegemaran turun temurun. Masa mula-mula cucu-cucu opah dok mintak buatkan air garam saya ingatkan nasi letak air dan garam haha Tekaan meleset sama sekali. Jom saya kongsikan mana tau korang pernah makan tapi taktau nama ke kan. Letsegooo, jom masak air garam

Bahan-bahan:

Ikan sardin/Temenung
Cili padi
Garam
Belacan
Tempoyak
Air

Cara-cara memasak:

1. Bakar ikan sampai masak lepas tu  ambil isi saja. Kalau nak rebus boleh juga tapi rasa dia takkan sama dengan bakar. Sebab isi ikan akan jadi terlalu lembut. Kalau goreng pulak nanti berminyak lagilah tak sedap. Jangan derhaka resepi, korang grill je.

2. Ambil isi ikan saja da tumbuk halus. Kalau nak blender boleh tapi jangan lama sangat, kita nak isi ikan tu berketul-ketul baru terasa ikannya.

3. Tumbuk sekali dengan belacan dan cili padi. Elok guna cili kampung, kena pedas baru sedap air garam ni.

4. Dah hancur semua di atas, masukkan tempoyak dan gaul sebati

5. Bila dah gaul semua dia akan jadi macam ni, warna ikan dah jadi sedikit pudar. Lepas tu boleh la masukkan air sedikit demi sedikit sampai semua sebati. Tekstur dia tak terllau pekat dan tak terlalu cair. Kira just nice je hehe


Bahan-bahan tu korang agak-agak je la ye. Terpulang pada citarasa masing-masing. Apa bahan yang korang suka lebihkan, tak suka kurangkan. Air garam ni kira pengganti sambal belacan atau sambal tempoyak, jadi haruslah di makan bersama ulam-ulaman. Memang terangkat kalau makan dengan ulam, tak tipu memang sedap, saya menambah-nambah nasi masa first time makan haha Kalau suka pedas letak cili banyak, ish laaaa sedapnya.

 

Nampak tak ulam tu? Sekali dua talam mak mertua buat sebab nak makan dengan air garam je haha Lepas tu buat singgang ikan dan goreng ikan/ayam. Ayam tu kena goreng sebab adik ipar jenis tak makan ikan. Jangan tak percaya, menu simple je ni tapi berselra masing-masing. Jadi rindu pulak nak makan dengan mak sendiri. 

Senang je kan nak buat air garam ni. Korang boleh la cuba nanti, pada yang suka tempoyak confirm korang suka air garam ni. Selamat mencuba!


Comments

  1. Wah menarik resepi ni. Pertama kali tahu. Bahan2 pun mudah. Kebetulan tempoyak pun ada, boleh Kak Bell cuba!

    ReplyDelete
  2. pertama kali ni jumpa resepi air garam, kalu tempoyaklah cerita dia, memang saya suka sangat tak kisahla apapun masakannya, nak cuba juga ni, memang berselera makan dengan ulam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh sangat. Tempoyak makan dengan ulam terbaik

      Delete
  3. Sedapnyaaa...kena cari tempoyak la ni, nak cuba buat 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari tempoyak asli tau. Lani banyak jual yang campur pisang

      Delete
  4. macam sedap la pulak.. pehh cicah dgn jantung pisang pulak tu.. cam ni bertambah-tambah la nasi.. tq share resepi.. nanti nak try.. eh tapi kenapa namanya air garam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti. Dah tanya tapi mak mertua pun kata dari dulu panggil gitu

      Delete
  5. wow belajar resipi baru hari ni. suka sangat makan menu yang relate dengan tempoyak ni. Nyummm!!

    ReplyDelete
  6. Asalkan ada tempoyak mesti sedap ni haha i memang suka tempoyak

    ReplyDelete
  7. tengok resipi pun dah tau sedap ni. Thanks tau sebab sharing. Nak buat resipi ni nanti. Senang ya amat. Dah terbayang-bayang bau ikan bakar bersama tempoyak. Yummy.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah tau pun resipi ni. Serius baca tajuk ingat garam yg dilarut dlm air. Hihi.. Btw nak try la nanti. Bahan pun mudah je tu 😍

    ReplyDelete
  9. love traditional food. this is a great recipe cant wait to try it soon :)

    ReplyDelete
  10. Saya pun mula2 dengar ingatkan air garam. Orang Pattani pun makan tempoyak ya?

    ReplyDelete
  11. Ya rabbbi kenapalah terliur nengoknya oii.. nak buatlah sebab Sis ni pencinta tempoyak okay!...

    ReplyDelete
  12. Nell tak pernah try lagi kot air garam ni... rupanya that dish dinamakan air garam.. ingatkan air campur garam bah.. menarik ni boleh try buat tapi better next time boleh makan yang ori di Pattani.. :)

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya makanan kampung macam ni lah yang sangat menyelerakan dan sangat sedap kalau dapat makan sihat dan juga semua nutrisi ada memang best lah rindu nak balik kg makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann makan pulak dengan ulam..sangat berkhasiat

      Delete
  14. Ohhh nama dia Air Garam. Macam sambal yang kita biasa makan tu ada nama sambal belacan, sambal kelapa ikan bilis, sambal tempoyak kacau, sambal Kuini, pastu air asam makan dengan ikan bakar. Sedap. Air Garam ni masin kot? Sebab tu panggil air garam? Nak cuba lah buat. Curious nak tau. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah dia macam sambal tempoyak je cuma ada belacan dan ikan

      Delete
  15. mati2 ingat minum air garam. hahaha.rupanya sambal dari Patani.wahh nampak sedap betul jadi terliur dibuatnya.mudah juga nak sediakan, i mean bahan2 dia tak lah rumit. boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  16. Allah... lamanya xmakan sambal nihh... boleh tambah2 nasi nihh..

    ReplyDelete

  17. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete

Post a comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN