12 IDEA REKAAN ROTI JALA JELITA VIRAL

Image
Assalamualaikum semua Saya suka tengok hiasan untuk roti jala jelita yang viral sangat sekarang menggantikan kek di hari jadi atau apa-apa sambutan keraian. Posting facebook ini di kongsi oleh Puan Fairus Yus , yang mana semuanya adalah hasil air tangan beliau. Bukan mudah nak cari idea kan, pembuat roti jala mesti kreatif dalam hiasan dan gabungan warna roti jala agar tampak lebih menarik. Saya kongsikan 10 rekaan roti jala jelita untuk korang, mana tau ada yang nak cuba buat kan. Boleh juga dapat kan ilham dari hasil karya orang lain. Tapi bukan tiru bulat-bulat lepas tu claim pulak rekaan sendiri. NO... NO.....NO...... Jangan buat macam tu tau. Kesian tuan punya idea mengerah otak untuk hasilkan rekaan yang kebabom. Gittewww Cantik kan semua rekaan roti jala ni? Tak nampak macam roti jala, nak makan pun macam rasa sayang pulak hehe. Sangat-sangat kreatif pada mereka yang hasilkan roti jala ni, yang menariknya, tulisan ucapan Happy Birthday, semuanya dari roti jala tau. Pada yang be

BLOGGER SENDU TERSENARAI 100 BLOGGER MALAYSIA

Assalamualaikum semua

Menjadi blogger yang memberi manfaat pada pembaca memang niat saya dari awal berblog dulu. Asalnya memang niat nak kongsikan hiking log, boleh la dijadikan panduan untuk para pendaki. Sebabnya menjadi kebiasaan sebelum mendaki, hikers akan membuat sedikit rujukan di internet, untuk study trek, supaya boleh bersiap siaga dari segi fitness, kelengkapan hiking dan mental sebelum menawan puncak gunung. Lagipun ada la juga sedikit kenangan dan boleh buat comparation untuk personal best nanti. Bunyi macam otai hikers otai je kan padahal newbies je haha
Alhamdulillah niat untuk menjadi part time blogger, dari hanya untuk berkongsi kisah hiking dan resepi masakan (senang nak cari in future kan) tak sangka pula tersenarai dalam 100 SENARAI BLOGGER MALAYSIA yang ditulis oleh Kak Bella Jamal. Kak Bell ni kaegori otai tau, dah ada buku masakan sendiri, memang inspired sangat. InshaaAllah mudah-mudahan ada rezeki juga nak terbitkan buku sendiri. Kalau korang nak baca artikel yang Bell tulis tu boleh baca kat sini.

Sesungguhnya memang tak sangka tersenarai dan tak pernah tahu yang blog ni ada nilainya. Blog Bae Roslanranking ke-33 dan ada bernilai 1,787USD. Seriously I did not expect this, tapi bila tengok  ranking rasa berkobar-kobar nak berkongsi ilmu, pengalaman atau apa saja yang boleh bagi manfaat pada korang. 

Walaupun ranking ni mungkin bukan sesuatu yang tepat, tapi ia sangat memberi semangat, bukan hanya pada saya tapi semua blogger. Masing-masing jadi lebih bersemangat nak menulis. Apapun terima kasih Kak Bell, sebab masukkan saya dalam ranking 100 blogger ni. Usaha murni ni sangatlah saya hargai.


Saja letak sini, jadi boleh ingat in future untuk terus menulis dan perbaiki segala kelemahan dalam dunia blogging. Mula berblogging dulu, entah apa je la yang ditulis, rasanya orang pun takda yang baca agaknya haha. Lama jugak saya dah tak tulis blog sehinggalah dapat join satu event di Indonesia. Bermula dari situlah mula aktif balik menulis. Saya ni sejenis yang kalau tak ada duedate memang kelaut dalam lah kerajinan nak menaip tu. Tapi kalau ada dateline pandai pulak siapkan haha ilham pun kemain mencurah-curah bagai menuang air di dalam tempayan bocor )sorry takda kena mengena pun) haha Lama kelamaan rasa seronok menulis. Kalau bercerita, sebenarnya saya tak berapa pandai. dan forte menulis saya lebih kepada penulisan puisi. Dari dulu menulis puisi, rasanya lebih 50 puisi dah kot dalam simpanan. Memang ada file khas. Kalau rajin nanti saya akan buat satu entry yang link kan semua puisi hasil #nukilanbaeroslan.

Yang best dunia blogging kat Malaysia ni, kebanyakkan blogger yang saya jumpa tak kedekut ilmu dan saling membantu. Alhamdulillah ada circle dan support system yang baik. Rasa syukur sangat. Moga Allah pelihara kita semua dari menulis perkara yang tak baik. InshaaAllah Entry ni pendek je sebab nak share pasal 100 blogger ni je haha 

Stay safe everyone!


Comments

  1. Tahniah Bae.. Keep strong and semoga terus terinspirasi untuk memberi orang ramai maklumat yang bermanfaat

    ReplyDelete
  2. i ada baca this ranking then wahh tahniah you are in the list antara 100 tu ! keep blogging ya :)
    betul, dunia blogging ni best sbb ramai blogger yg ramah and tak sombong. beside info2 yg di sharing is fun to read :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann jadi seronok bila ada community yang best

      Delete
  3. tahniah sis tersenarai dalam list top 100 blogger di malaysia. Keep it up!

    ReplyDelete
  4. Tahniah Bae dapat tersenarai dalam 100 list blogger ni..good luck, semoga terus semangat menulis 🤩

    ReplyDelete
  5. Tahniah moga ini membakar semangat anda untuk terus berblogging dan berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Bae !! Harus la dapat sebab ada semangat dan kerajinan. Best sebenarnya dunia blogging ni. Banyak ilmu yang kita akan dapat termasuk insab bergelar sahabat !

    ReplyDelete
  7. Waa tahniah yeaa sebab tersenarai dalam 100 list blogger tu! Bagus bila dpt naikkan lagi semangat berblogging bila dpt mcm ni kan ❤️

    ReplyDelete
  8. Nice job to Kak Bella Jamal. Congrats to you and me also haha. So honoured to be featured!

    ReplyDelete
  9. Tahniah. Rajin Kak Bell nie kan. Rawlins pun ada tersenarai tapi nun jauh di selatan hahaha

    ReplyDelete
  10. Syabas, Bae. Ranking ke 33 daripada 100 dah dikira hebat tu. Saya jauh lagi la kot. Baru je berjinak2 dlm blogging ni tahun lepas. Itu pun tahun ni saya stop beberapa bulan sebab takde mood. Maklum lah, covid kan. Kita ni pulak niche travel. Sape je nk baca psl travel waktu pandemik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulis je. Ada je yang akan baca.macam saya dah lama tak hiking tapi tetap orang cari pasal hiking

      Delete
  11. Wowwww terbaiklah ranking no 33 tu. Powerlah.lagi bersemangat lah nak berblog lepas ni kan. Saya pon kene amek inspirasi laaa kadang jarang update hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan selalu malas nak update. Dalam draft banyak posting haha

      Delete
  12. Kan kan, rezeki memasing tu mana yang tersenarai.. Bella pun rajin blogwakling blog orang dan komen sana sini, tu baru seratus dia senaraikan, mana tau akan datang dia rajin, lagi ramai masuk senarai kan... tahniah juga buat Bae.. keep writing yaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis lin. Antara blogger paling rajin. Hari2 update blog.

      Delete
  13. Terbaik ahhh sis... yes betul ni sangat membantu untuk bakar semangat untuk terus berblogging kan... :) Not an easy start for me but slowly get use to it already.. Chaiyok2 ya...

    ReplyDelete
  14. Blogger sendu ni pon tersenarai walaupon di penghujung dah..hihi..jom teruskan ber blogging!

    ReplyDelete
  15. Keep on writing.. siapa sangka kannhehhe.. menulis dari hobi kini mendapat pengiktirafan

    ReplyDelete
  16. congratulations on your achievement. u are such an inspiration :)

    ReplyDelete
  17. Tahniah sis, wahhh tangga ke 33 tu handal seronok kan terasa bebaloi penah lelah memerah otak cari idea konten untuk ditulis diblog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Banyak lagi kena belajar kak su

      Delete

  18. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers