12 IDEA REKAAN ROTI JALA JELITA VIRAL

Image
Assalamualaikum semua Saya suka tengok hiasan untuk roti jala jelita yang viral sangat sekarang menggantikan kek di hari jadi atau apa-apa sambutan keraian. Posting facebook ini di kongsi oleh Puan Fairus Yus , yang mana semuanya adalah hasil air tangan beliau. Bukan mudah nak cari idea kan, pembuat roti jala mesti kreatif dalam hiasan dan gabungan warna roti jala agar tampak lebih menarik. Saya kongsikan 10 rekaan roti jala jelita untuk korang, mana tau ada yang nak cuba buat kan. Boleh juga dapat kan ilham dari hasil karya orang lain. Tapi bukan tiru bulat-bulat lepas tu claim pulak rekaan sendiri. NO... NO.....NO...... Jangan buat macam tu tau. Kesian tuan punya idea mengerah otak untuk hasilkan rekaan yang kebabom. Gittewww Cantik kan semua rekaan roti jala ni? Tak nampak macam roti jala, nak makan pun macam rasa sayang pulak hehe. Sangat-sangat kreatif pada mereka yang hasilkan roti jala ni, yang menariknya, tulisan ucapan Happy Birthday, semuanya dari roti jala tau. Pada yang be

GUNUNG LEDANG VIA SAGIL DAYHIKE

View dari puncak Gunung Ledang

Assalamualaikum semua

Trip hiking yang saya nak kongsikan kali ni adalah pendakian di salah satu gunung di selatan tanah air, Gunung Ledang. Trip gunung ledang ni best sebabnya hanya bertiga, saya dan dua orang kawan. Kami cuma hire seorang guide (pemandu arah). Untuk pengetahuan, kalau korang nak mendaki Gunung Ledang, korang hanya boleh pilih guide dari Taman Negara Johor, jadi yuran pendakian sedikit mahal, sebab harganya dah ditetapkan oleh pihak Taman Negara Johor. Mana-mana gunung yang dikelolakan/ dijaga oleh Taman Negara, yuran pendakian termasuk bayaran pada guide, dan pek kembara (makanan tengahari). Sama macam Gunung Tahan yang di kelolakan oleh Taman Negara Pahang. Gunung Tahan pun best, slow-slow saya cuba siapkan semua entry hiking, nanti lepas PKP, mudah-mudahan boleh rujuk hiking log di blog Bae Roslan hehe

Gunung Ledang merupakan gunung tertinggi di Johor dengan ketinggian 1276 meter (4186ft). Gunung Ledang adalah gunung ke-134 gunung tertinggi di Malaysia dan termasuk dalam gunung yang tersenarai antara gunung yang sukar untuk didaki. Terdapat pelbagai legenda berkaitan dengan gunung yang melibatkan puteri ajaib, simpanan emas dan perak, pejuang terkenal Hang Tuah dan banyak lagi. Ia juga sering dianggap sebagai tempat kerohanian. Salah satu asal usul terkenal untuk nama Ophir adalah kata Yunani iaitu ular dan ada yang mengatakan gunung itu dijaga oleh legenda ular. Gunung Ledang adalah hutan simpan yang dijaga, kalau rezeki korang dapat la jumpa haiwan liar atau ular lagenda yang diceritakan, selain di Gunung Ledang terdapat 160 spesis burung yang direkodkan.

Taman Negara Johor menghadkan pendaki setiap hari, jadi adalah lebih baik korang mohon permit sebulan atau sekurangnya 2 minggu lebih awal. Pendakian Gunung Ledang mengambil masa kira-kira 4 jam naik dan 3 jam turun (mengikut pace), kiranya naik turun lebih kurang 8 jam pendakian. Trail Gunung Ledang pada saya terdapat banyak teknikal trail yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal selain stamina yang mencukup. Ini kerana, pendaki akan melalui laluan berakar, bertali, celahan batu, batu hampar dan laluan tangga yang cukup panjang, 


Untuk hiking ke Gunung Ledang, ada dua laluan iaitu melalui Sagil, Muar dan Asahan, Melaka. Kedua-dua laluan ada cabaran yang tersendiri dan saya memilih laluan melalui Sagil, Muar. Untuk hiking ke Gunung Ledang, kalau rasa nak santai-santai boleh je pilih trip bermalam, sebab di Gunung Ledang ada tapak khemah untuk trip bermalam. Saya pilih trip dayhike je, sebab hiking pada hujung minggu, sayang cuti tahunan lagipun trail Gunung Ledang bukan trail yang panjang, boleh je buat dayhike (bergantung pada pace masing-masing). 

Saya pilih untuk hiking hari ahad, sebab sabtu ada trip hiking Trans Naning di Negeri Sembilan, boleh tengok balik posting saya sebelum ni kalau nak rujuk hiking log Trans Naning, trip menawan 7 puncak gunung di Negeri Sembilan. Masa pilih date untuk hiking Gunung Ledang, saya lansung terlupa minggu tu ada trip Trans Naning, jadi bila dah bayar, baru rasa cuak, boleh ke buat back to back hiking dalam dua hari. Redah je la kan, dah bayar trip pun, tapi korang jangan ikut macam saya ye, cari pasal betul, memang barai habis lah. 


Bila korang sampai je di Taman Negara Johor, terus ke pejabat dan bagitau je sapa guide korang, nanti pihak pejabat akan buat pemeriksaan barang. Disebabkan Gunung Ledang ni Hutan simpan Johor, jadi memang agak ketat la nak bawak barang masuk. Sebab tu pihak Taman Negara Johor menekankan "Leave No Trace" dimana pendaki tidak dibenarkan meninggal apa saja barang di Gunung Ledang. Semua pendaki kena declare setiap barang yang kita bawa, pakaian, plastik makanan ke, semua lah, kena tulis dalam borang yang disediakan. Nanti bila dah turun, kena pastikan bawak turun balik semua barang tu. Kalau kita bawak roti contohnya, plastik roti tu kena bawak turun dan declare semula. Prosedur yang sama untuk semua hutan simpan. Bagus Taman Negara buat macam ni untuk jaga hutan dari pencemaran.

Credit: Taman Negara Johor
Selepas kami bertiga dah declare barang yang dibawa, guide bagi sedikit briefing tentang Gunung Ledang, dan keadaan trail serta jangka waktu pendakian. Lepas sesi panaskan badan dan bacaan doa dan pendakian dimulakan. Starting point Gunung Ledang adalah dari Taman Negara, yang mana trail bermula dengan pendakian ratusan anak tangga, lebih kurang 700 lebih anak tangga. Baru nak mendaki dah semput haha Gunung Ledang ada 8 checkpoint untuk sampai ke puncak dan secara ringkasnya trail Gunung Ledang adalah pacak dari startintg point ke puncak. Trail Gunung Ledang adalah single trail, melalui banyak laluan berakar sepanjang trail dan hanya landai pada lebih kurang 50m nak sampai ke setiap checkpoint. Kiranya bile korang lalu trail yang landai ketahuilah dah nak sampai checkpoint hehe

Nampak tak basah lencun, senyuman acah-acah je tu haha

Memang mintak nyawa lah bila take 5 (berehat 5 minit) di setiap check point. Korang akan melalui trek berbatu, yang mana kena panjat tangga sebelum jumpa trek berbatu yang bertali. Checkpoint ni terkenal dengan nama KFC (Kiling Fitness Centre). Ingat bandar je ke ada KFC, dalam hutan pun ada ye haha 


Batu hampar

Tengok trail batu hampar, leguh tangan
Dan cabaran sebenar Gunung Ledang bermula selepas check point 6 iaitu melalui celahan batuan dan  laluan bertali di trek berbatu 90 darjah yang dikenali sebagai batu hampar selepas melalui check point KFC. Pada siapa yang gayat, memang mencabar la di batu hampar ni. Boleh saya katakan checkpoint ni paling mencabar sebab perlukan kekuatan tangan sebab trek berbatu ni agak jauh, tak macam trek berbatu di Gunung Pine Tree. Memang kena betul-betul pegang tali tu, dan agak azab nak sampai atas sebab tangan dah lenguh menampung kekuatan badan untuk naik ke atas. Melepasi batu hampar ada satu spot view menarik untuk ambil gambar iaitu Taman Bonsai. Tak jumpa pulak gambar nak masuk dalam ni.

Yeay dah lepas batu hampar
Selepas melalui batu hampar, korang akan melalui trek tangga, dan lebih kurang 9 tangga kalau tak silap (tangga diikat pada batuan yang besar), dan tangga ni sangatlah panjang, lebih kurang 2 tangga yang diikat menjadi 1 tangga. Letih jugak lah naik tangga ni sebab semua tangga 90 darjah jugak, memang kena pegang tangga kuat-kuat,dan sangat perlu berhati-hati, lagi-lagi kalau waktu hujan, sebab licin, untuk elak tergelincir, berhati-hatilah ya. Selepas Taman Bonsai, akan jumpa bukit botak dan Puncak Mahligai sebelum ke puncak Gunung Ledang. Di puncak Mahligai ni pun cantik untuk bergambar.

Mercu tanda Gunung Ledang
Kitorang sampai di puncak sebelum pukul satu tengari, dan di puncak Gunung Ledang tak ada pokok besar, viewnya adalah 360 darjah. Jadi boleh lah bayangkan betapa teriknya berada di puncak, mujur berangin jadi walaupun panas, masih terasa hembusan angin sepoi-sepoi bahasa. Kami ambil pelaung jemur stokin di atas batu, sementara rehat kat puncak. Stokin semua dah basah sebab sepanjang jalan hujan, tak lebat sangat tapi lencun lah jugak 1 badan haha Kat atas puncak ni, tak terasa nak makan, sebab panas haha jadi lepas bergambar lebih kurang, kami decide nak turun nak makan tengahari di check point kem senget, kurang 1 jam dari puncak sebab kat situ ada sungai dan pondok yang guide di situ dah buatkan, lebih selesa nak solat. 

Lepas solat dan makan, guide masakkan kopi untuk kami, hehe Sebab tu best kalau trip yang tak ramai orang, kita boleh sembang dengan guide yang penuh dengan ilmu hutan. Banyak perkara kita boleh belajar. Kalau yang tak biasa, air sungai di Gunung Ledang ni nampak je keruh, tapi jangan ragu-ragu nak minum, airnya memang natural, dan boleh minum terus tanpa masak. Jadi kami ambik sikit air sungai, isi semula beg air (water bladder), sebab jauh lagi nak turun ke bawah. Kalau korang pilih trip bermalam, tapak khemah di laluan yang lain ye, sebab saya trip dayhike, tak lalu jalan ke tapak perkhemahan, guide bagitau sungai di situ lagi best. Kalau masuk hutan ni saya paling suka sungai, tenang je rasa. Laluan turun dari puncak tak ikut laluan yang kita daki tadi ye, jadi, laluan turun ni korang takkan jumpa laluan berbatu tu, sebab tu akan jumpa sungai di pondok, masa naik korang akan jumpa satu sungai lain, cetek je airnya, tapi masih boleh tambah air kalau nak. Sebenarnya ini adalah laluan shortcut untuk pendaki yang tak nak lalu KFC, laluan mudah la kiranya, trail lebih santai bukan macam laluan yang saya naik tadi, lebih teknikal.

Selepas lebih kurang 3 jam pendakian turun, kami pun sampailah di starting point. Macam yang saya bagitau tadi, naik dan turun kena declare barang di pejabat Taman Negara. Pegawai disitu akan kira berapa plastik, botol, yang kita bawa tadi, kena tunjuk plastik kosong tu pada pegawai ye. Lepas declare barang, boleh lah bergerak cari tempat untuk bersihkan diri. Kat dalam Taman Negara ada toilet,so boleh mandi kat situ je. Alhamdulillah berjaya juga tamatkan misi mendaki Gunung Ledang, saya hampir-hampir nak give up asbab tak cukup rehat, yelah sabtu hiking Trans Naning, 12 jam mendaki, harini naik Gunung Ledang pulak, nasib bukan saya yang drive balik KL. hehe

Kot la korang rasa penat dan taknak terus balik, Taman Negara Johor ada sediakan penginapan, ada chalet, ada dorm, korang boleh berhubung dengan pihak Taman Negara Johor (saya sediakan contact dibawah). Taman Negara Johor ni agak ke dalam ye, tapi mudah je nak kesana, kalau korang memandu sendiri, ni ha GPS koordinat Taman Negara Johor: 2°20’27.6″N 102°37’03.0″E. Korang boleh jugak naik bas untuk kesana, ini adalah option kalau korang takda kereta. Saya terangkan secara terperinci macam mana nak kesana di bawah. Macam biasa saya kongsikan hiking log saya:

HIKING LOG GUNUNG LEDANG

0800 Declare barang di pejabat Taman Negara
0830 Mula hiking
0850 CP1 Bukit Semput
0915 CP2 Hentian Meranti
0930 CP4 Kolam Gajah
0940 CP3 Batu Orkid
1035 CP5 Sungai Segi Tiga
1050 Laluan KFC
1120 CP6 Gua Kambing
1140 Batu Hampar
1200 Taman Bonsai
1220 CP7 Bukit Botak
1250 CP8 Puncak Mahligai, 1265 metres
1300 Puncak Gunung Ledang
1330 Mula pendakian turun
1410 Kem Senget
1500 Decensing Kem Senget
1700 Batu Orkid
1730 Taman Negara Gunung Ledang (declare barang turun)

(**Ini adalah berdasarkan pace saya sendiri, hiking log ini sekadar rujukan, masa sebenar ikut pace masing-masing)

TIPS HIKING GUNUNG LEDANG
  • Sebaiknya pendaki memakai sarung tangan agar dapat memegang tali dengan baik terutamanya melalui laluan batu hampar
  • Pakai kasut dengan cengkaman yang baik kerana terdapat cukup banyak tangga dan pendakian tali yang harus dilakukan.
  • Pakai/bawa baju hujan/windbreaker (jaket kalis hujan) untuk cuaca sejuk dan kadang-kadang basah.
  • Tak perlu bawa makanan yang berat, Taman Negara Johor sediakan pek kembara (dah termasuk dalam bayaran permit), bawak choc/kudapan je
  • Bawak air yang mencukupi, saya bawak 1.5Lje 
  • Ada waterpoint laluan naik dan turun (akan jumpa 1 sungai saja di sepanjang trail, boleh tambah air kalau nak)
PANDUAN KE TAMAN NEGARA JOHOR

Memandu dari Kuala Lumpur / Singapura
Keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan di pintu keluar 235-Tangkak menuju Tangkak / Muar / Segamat. Selepas tol, belok kanan ke Jalan Muar-Tangkak / Laluan 23, menuju bandar Tangkak.Korang terus je ikut arah Sagil, dalam 50 meter selepas Balai Polis Sagil (Balai Polis Sagil) korang akan nampak papan tanda dan pintu masuk ke Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang di sebelah kiri anda. Belok kiri, dan teruskan perjalanan, korang akan melalui ladang kelapa sawit sejauh hampir 4 km sebelum tiba di pejabat taman.

Menaiki Bas
Bandar terdekat dengan hab pengangkutan adalah Tangkak. Korang naik bas ekpress dan turun di Tangkak. Dari stesen Bas dan Teksi Tangkak, korang ambil grab/teksi ke taman (lebih kurang 15 minit).

Taman Negara Johor Gunung Ledang P.O. Box 77, Batu 26, Jalan Segamat, Sagil, Ledang, 84020, Johor. T: +60 7 266 1301 T: +60 6 963 1030 / + 60 19 777 2057 E: jnpc@johor.gov.my 

INSTAGRAM: www.instagram.com/JohorNationalParks/ 

Comments

  1. Bestnya... Akan saya jadikan panduan untuk plan hiking ke Gunung Ledang (InsyaAllah hujung tahun ni atau tahun depan)... A very informative sharing... Thanks Bae...

    ReplyDelete
  2. Bestnya hiking... Saya pernah pergi sekali je ke gunung ledang untuk mandi air terjun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berkesempatan nak mandi haritu hehe. maybe next time, buat trip camping. boleh mandi Sungai

      Delete
  3. Emm cantiknya scenery bila dah tinggi hiking di bukit/gunung kan? Seronoknya bae dpt hike tmpt2 cantik enjoy pemandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunung tahan view paling cantik. nanti bae share

      Delete
  4. Wow! Hiking kat gunung ledang ni nampak bercabar jugak! Happy hiking and stay healthy always!

    ReplyDelete
    Replies
    1. trej tak mencabar tapi memang mencanak naik takda belas kasihan haha

      Delete
  5. Pernah ke Gunung ledang nelalui Tangkak ketika nak tulis cerita berepisod Puteri Gunung Ledang dalam Majalah Wanita.. bnyk pengalaman yang dilalui... apa pun cerita itu saya memenangi Anugerah Kewartawanan Majalah Institut Akhbar Malaysia..

    ReplyDelete
  6. Bestnya hiking! Teringin tapi mental tak kuat. Jogging pun mengah teruk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena training nak hiking pun. bukan boleh terus naio gunung hehe

      Delete
  7. Wow......... syok nyer dpt hiking kat Gunung Ledang. I dah lama x gie hiking. Rindu sgt nak gie hiking lagi.

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat mendaki gunung kita pun tak pernah nak naik gunung takut semput wakakak tapi gunung kat Malaysia ni banyak menarik pemandangan indah lepas PKPP ni nak pergi hiking lah sapa nak ikut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomm maha.. kita cari gunung2 yang tak hardcore

      Delete
  9. bestnya hiking..dah lama tak buat aktiviti adventure ni. last pun tahun lepas.. ingat tahun ni kena start balik la panjat bukit bakau ni.. rindu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn tambah2 covid lagi la rindu nak hiking

      Delete
  10. Seronoknya. Perasaan puas bila dah sampai ke puncah. Rindunya nak hiking. Entah bila pulak dapat hiking ni.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann saya masih stop hiking. tunggu covid betul2 settle

      Delete
  11. Assalamualaikum.. wah seronoknya. Saya lama betul tak hiking... ntah bila nak start balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. jom hiking lepas covid settle

      Delete
  12. Uiii menariknya. Bila nak mendaki lagi ni. Semput tengok cerun dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah ledang memang semputt mencanak naik sampai puncak

      Delete
  13. Bertenaga sungguh ko Bae..kalau Sis adeii memang tak mampu...
    Selalu dengar Gunung Ledang tapi memang tak pernah sampai, walau kat bawahnya sekalipun hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat bawah pun cantik jugak.. pi la kak, ada he guide yang boleh bawak trip santai2

      Delete
  14. Seronoknya tgk bae bersemangat naik gunung sambil senyum walaupun penat2. Kita tgk pun rasa happy je. Lpasni dah longgar skit pkpp, bole la bae hiking balik tapi ikut sop tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la stop sementara ni. risau nak hiking pun. bagi covid settle dulu

      Delete
  15. Cantiknya pemandangan kat atas.. suka tengok.. mesti puas letih2 panjat akhirnya smpi kat puncak

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantikkk. hilang penat bila tengok view

      Delete
  16. Gunung ledang teringin nak naik. Kene cari geng tunggu anak besar baru boleh buat aktiviti ni semua.. Haishh. Lama dh tak hiking ni.. Cantik tempat dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. ledang view 360 sebab tu cantik. ni kalau dapat sunrise lagi cantik

      Delete
  17. Syabas bae. Ena yg naik bape kerat setakat nak mandi pon dah lencun letih. Haha. Seram tengok KFC tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bae rasa mencabar batu hampar tu. tapi best la ledang

      Delete
  18. bestnya experience dapat naik gunung ledang. bukan semua org mampu. Ahhhh teringin nyaaa rasa hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom la lepas settle covid kita ramai2 hiking ledang

      Delete
  19. owh macm ni rupanya hiking gunung ledang. ingtkan macam masuk hutan tu. ada jalan tar jgk rupanya. bestnya la. lama giler tak hiking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada jalan tar. itu batu hampar. sebab tu mendaki batu guna tali huhu

      Delete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Tengok orang hiking bestnya la haii. Tapi tau diri sendiri tak mampu..
    Beruntung siapa yang dapat peluang hiking ni. Mental kena kuat. Nampak macam mudah, tapi kalau tak kuat mental, menangis laaa nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mental kena kuat sebenarnya hiking ni. baru tak ceoat give up

      Delete
  22. bestnyaaa dapat hiking...lama dah xmanjat niii...kena mula balik laaa..berat dah nii badannyaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la berat naik haha. tapi nak tunggu covid settle dulu

      Delete
  23. Selalu dengar orang cakap hiking Gunung Ledang ni susah, especially part sebelum KFC tu. Power la Bae, hiking back to back.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers