CARA APPLY PERMIT ONLINE HIKING GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN I BAEROSLAN

Image
Assalamualaikum semua Trip hiking Gunung Angsi ni trip sebelum covid sebenarnya haha Baru ada masa nak bercerita kat sini. Gunung Angsi terletak di Ulu Bendul, Negeri Sembilan dengan ketinggian 2702ft atau 824 meter dari aras laut. Ia adalah gunung ke-3 tertinggi di Negeri Sembilan. Gunung ni memang antara gunung pilihan para pendaki sebab jaraknya yang tak jauh dari KL/Selangor Untuk hiking Gunung Angsi ada dua starting point. Korang boleh naik dari Bukit Putus atau Ulu Bendul. Trail dari Bukit Putus lebih pendek dan lebih mudah berbanding trail dari Ulu Bendul. Kebanyakkan hikers yang otai akan buat trans Angsi iaitu Ulu Bendul - Bukit Putus - Ulu Bendul, kiranya naik dari Ulu Bendul sampai ke peak, turun ke Bukit Putus, kemudian naik semula ke peak dan turun ke Ulu Bendul. Ia menjadi satu kepuasan untuk hikers kalau dapat buat Trans Angsi ni. Trip kali ni kami adalah training fitness untuk sebagai persediaan untuk hiking Gunung Tahan. kononnya nak buat Trans Angsi, tapi malam sebel

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL


Assalamualaikum semua, harini saya nak share resepi cucur sayur viral. Cucur atau orang utara kata cucuq, ni memang sedap makan pagi atau petang kena pulak dengan kopi panas memang sedap bak hang.

Untuk yang suka masuk hutan tu, menu cucur ni antara menu wajib bila kami camping. Bancuh tepung guna mestin, masak pun dalam mestin, Rindu betul nak masak dalam hutan. Okay lah jom kita tengok bahan-bahan nak buat cucur sayur ni.

Bahan-bahan:

Tepung gandum
Bawang merah
Bawang putih
Daun bawang
Carrot/lobak merah
Kubis
Ikan bilis (tak ada dalam resepi asal, saja letak bagi menyedap) 
Garam
Serbuk cukup rasa (optional) 

Bahan-bahan tu korang agak-agak je nak letak banyak mana. Yang penting, tepung mensti 1/3 dari kuantiti sayur baru kita rasa sayur. Cara-cara buat cucur sayur ni sama je macam cucur lain. Cuma rahsianya adalah bancuh dengan air sejuk, bukan air yang di campur ais ye. air masak yang dalam peti tu. Bila korang guna air sejuk, cucur akan lembut di dalam tapi ranggup di luar. 

Cucur sayur paling mabeles
Gaulkan semua bahan dan goreng pada api sederhana, makesure minyak betul-betul panas sebelum masukkan bancuhan tepung tu kalau tak nanti cucur korang akan jadi berminyak, tak sedap dan tak sihat nak makan nanti. 

Korang boleh letak apa-sayur yang korang nak. Resepi saya ni saya letak lobak merah/carrot, kubis, dan daun bawang. Walaupun cucur sayur ni makanan bergoreng, tapi tetap ada khasiatnya sebab kita letak sayur. 

Lobak merah/carrot semua orang pun tau baik untuk mata, Kubis pula ada kandungan vitamin c yang bagus untuk imunisasi badan dan ikan bilis merupakan protein yang diperlukan badan. Cuma, makanan bergoreng ni jangan la amalkan selalu ye. sesekali okay je.

Selamat mencuba!

#LockoutProject

Comments

  1. sedapnya cucur sayur! nak makan sedap tapi nak bancuh tu malas betul.. weekend ni boleh la buat cucur untuk breakfast

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau malas nak bancuh tu boleh tengok gambar ni je la haha

      Delete
  2. Selalunya kalau nak buat cucur suka guna air panas sebab isi dalam lembut. Lepas ni boleh try guna air sejuk pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna air sejuk ni dalam still lembut tapi luar ranggup

      Delete
  3. Sedap cucur sayur macam ni.. Bagi anak2 makan macam ni diaorg suka.. Senang nak bagi makn sayur.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tak terasa sangat sayur untuk budak2

      Delete
  4. Cucur ni makan masa panas-panas dan teh tarik atau kopi o memang geng. Haha. Ingat petang ni nak buat cucur. Hehe

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap ni.. nak cuba la buat kudapan waktu petang.

    ReplyDelete
  6. Thanks for the resipi. Good idea. Boleh nanti akak buat cucur sayur ni. Sedap buat breakfast dan minum petang.

    ReplyDelete
  7. ya ampun !! sedapnya !! cicah dengan thai sos dan kawankan dengan teh o suam.. peh !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang heaven la kalau ada thai sos dan teh o

      Delete
  8. Sedapnya..lama tak makan cucoq macam ni. Malas nak buat sebab makan nya sorang je.

    ReplyDelete
  9. pakai air sejuk? ooo boleh Cik TK try nanti.. Thanks for the tips!

    ReplyDelete
  10. sedapppppnyaaa,bolehlah nak cuba buat ...sebab dah habis idea nakbuat minum petang apa ...balik2 cucur bawang ngan ikan bilis jerrr

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers