VIT'S KAN ADA, MERIAHNYA RAYA

Image
Assalamualaikum semua Bulan Ramadan sudah tiba dan umat Islam di seluruh dunia pasti teruja nak sambut bulan mulia walaupun kita semua masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) dan masih belum dapat merentas negeri. Syukur kita semua masih dapat menunaikan ibadah terawih di masjid dan surau dengan SOP yang ketat berbanding tahun lepas kita semua hanya di rumah. Bazaar Ramadan pun boleh beroperasi macam biasa dengan SOP yang sewajarnya demi menjaga keselamatan semua. Walaupun masih tak boleh merentas negeri untuk balik ke kampung masing-masing untuk menyambutAidilfitri bersama keluarga tercinta, tapi kita tetap bersyukur sebab pihak kerajaandah bagi sedikit kelonggaran dan wajib mematuhi segala perintah yang kerajaan Malaysia dah tetapkan. So harap-harap kita tak langgarlah peraturan yang telah ditetapkan ye. Disebabkan itu, Vit’s jenama mi segera dan mi kering Halal yang telah bertapak di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu ingin menjemput anda semua sempena menyambut Ramad

NUViT INSTANT RESTORING & HYDRATING BIO-CELLULOSE MASK

Assalamualaikum semua

Selamat Hari Raya buat semua pembaca blog BaeRoslan. Tahun ni saya rasa raya kurang meriah, maklumlah berjauhan dari ibunda tercinta, keseorangan di ibu kota lagi lah sayu hati ni, solat sunat aidilfitri pun sorang-sorang je. sedihhhhhhh tapi takpalah kita niat je untuk jihad melawan covid-19, moga-moga Allah terima segala ibadah kita di bulan Ramadhan dan bertemu dengan keluarga dan sanak saudara di syawal tahun depan. aamiin 


Kalau korang dah penat beraya tu, inilah masa yang terbaik untuk berehat dan manjakan kulit wajah dengan facial mask. Tapi kan, korang tau tak yang penggunaan facial mask secara kerap sebenarnya tak begitu baik pada kulit wajah kita melainkan facial mask tu toxin-free, kiranya takda bahan kimia lah. 


Antara facial mask yang takda bahan kimia adalah facial mask yang menggunakan teknologi bio-cellulose. Korang pernah tak dengar bio-cellulose mask? Mai sini nak share, produk terbaru dari NUViT iaitu BIO-CELLULOSE MASK, barang baik haruslah kita kongsikan untuk semua. Saya memang dah lama teringin nak beli facial mask ni, tapi harganya boleh tahan mahal sebab teknologi yang digunakan dan keberkesanannya lebih tinggi berbanding facial mask biasa tu. 


Mask yang diperbuat dengan teknologi bio-cellulose ni menggunakan kaedah bakteria cellulose yang mana ianya 100 kali lebih halus dari plant cellulose (terdapat dalam facial mask yang kita biasa beli di drug store) dan 2000 kali lebih halus dari sehelai rambut tau. Disebabkan kehalusan bakteria yang tinggi ni, cellulose tu akan buatkan mask tu lebih melekap pada kulit wajah kita, secara tak lansung bahan-bahan yang terdapat dalam mask ni akan mudah diserap 8-15 kali lebih dalam, kiranya sehingga ke lapisan dermis kulit yang lebih dalam. 


Tapi korang jangan salah faham ye, mask ni bukan diperbuat daripada bakteria, teknologi bio-cellulose ni hanya menggunakan bakteria untuk produce cellulose tu, cellulose yang dihasilkan oleh bakteria tu yang digunakan untuk buat facial mask. 


Facial mask yang biasa terkadang mempunyai kandungan bahan pelbagai ekstrak buah, clay, gunung berapi pun ada tau haha Bahan-bahan yang terkandung tu dah bagus cuma ianya bukan bahan aktif. Yang salahnya bila pengguna ingat semua bahan-bahan ni yang bagi kesan baik pada kulit wajah kan, sebenarnya nan hado, kita kena tengok apa bahan aktif yang terdapat dalam mask, sebab kadang-kadang, ekstrak yang terdapat dalam mask cumalah fun factor saja. Contoh bahan aktif yang biasa terdapat dalam facial mask adalah vitamin c, glycolic, retinol, hyaluronic yang akan diserap oleh kulit, jadi bila facial mask tu claim ada mud lah, clay, buah kiwi lah, itu semua antara fun factor saja untuk tarik pembeli sebab kulit kita ni pun boleh serap bahan aktif dalam jumlah yang kecil je, jadinya kita sendiri perlu tahu apa yang kulit kita perlukan. 


Penggunaan BIO-CELLULOSE Mask ni secara konsisten dapat membantu pertambahan kolagen pada kulit kita dan kulit akan kelihatan lebih anjal dan sihat. Yang paling penting adalah kulit yang sihat, bila kulit sihat, kulit lebih mudah menyerap bahan aktif yang ada pada skincare kita. Tapi jangan silap ye, dalam mask ni tak ada kolagen, kolagen dah sedia ada dalam kulit kita (baca kat bawah saya terangkan pasal kolagen).


Dalam NUViT BIO-CELLULOSE ni ada glycolic, ada hyaluronic, ini antara bahan aktif yang diserap oleh kulit. Kalau korang nak tau, saya bagitau dalam bahasa mudah je la, glycolic ni bertujuan untuk buang sel kulit mati dan bantu untuk pertumbuhan sel yang baru. Dan hyluronic ni pulak akan meransang kolagen secara semulajadi, sebab tu kulit akan jadi lebih anjal, gittew...


Macam saya terangkan tadi, NUViT BIO-CELLULOSE Mask adalah menggunakan bahan natural, yang paling penting adalah toxin-free (selamat dari bahan kimia) dan diperbuat dari proses penapisan bakteria, partikel cellulose yang terhasil sangatlah halus, jadi mask ni sangat lembut pada kulit wajah kita. Disebabkan cellulose yang sangat halus pada mask, ia dapat melekap dengan lebih baik dan menghidratkan kulit  dan memberi khasiat maksimum pada kulit korang. Serum di-infused dalam mask untuk beri lebih kelembapan pada wajah agar kulit wajah kita kekal lembap lebih lama. Yang paling best, mask ni menyerap 90% bahan aktif  ke dalam kulit sehingga 8-15 lapisan dermis kulit dalam masa 10 minit sahaja. 



Antara bahan dan ekstrak yang terdapat dalam NUViT BIO-CELLULOSE Mask ini adalah Ekstrak Palmaria Palmata iaitu sejenis tumbuhan yang di-infuse melalui rendaman dalam air bagi mendapatkan ekstrak palmaria. Ekstrak palmaria ni kaya dengan vitamin seperti magnesium, kalsium, zat besi, vitamin B folat, asid pantotenik, untuk beberapa nama. 

Ekstrak Avena Sativa Kernel adalah sejenis tumbuhan oat merupakan sejenis oat liar yang sememangkan digunakan di dalam skincare, syampu, losyen, krim, dan sebagainya bagi merawat kulit kerana ia sangat kaya dengan vitamin B kompleks, vitamin E, protein, lemak, dan mineral yang baik. Selain itu, ia kaya dengan beta-glukan yang merupakan serat larut jantung yang sihat.
Tepung inti Avena Sativa (Oat) adalah tepung yang dihasilkan dari biji tanaman Avena Sativa dan dikenali sebagai tanaman oat.

Quintuple Hyaluronic Acid adalah bahan aktif paling best dalam mask ni kerana ia memberi manfaat yang tinggi dalam penjagaan kulit dan mengatasi masalah kulit. Asid hyaluronik ini menjaga kelembapan kulit agar terasa lebih lembut, garis halus kelihatan kurang jelas dan kulit korang akan kelihatan lebih lembap. Ia juga dapat membantu penyembuhan luka pada kulit korang selain mengurangkan kemerahan dan keradangan.


CARA PENGGUNAAN NUVIT BIO-CELLULOSE MASK

STEP 1
Bersihkan wajah menggunakan facial form dan lap bersih

STEP 2
Sapukan NuviT Quintuple hyaluronic acid serum pada wajah dan tepuk-tepuk manja wajah korang

STEP 3
Letakkan mask pada wajah bermula dari dagu sehingga penuh seluruh wajah. Tekan perlahan menggunakan hujung jari agar ia melekap pada seluruh wajah secara sekata. Biarkan sekitar 20-30 minit. 

STEP 4
Buka mask dan urut perlahan seluruh wajah agar lebihan serum meresap ke dalam kulit. Tak perlu cuci muka, biarkan ia kering. 



PERSONAL REVIEW

Secara peribadinya, NUViT BIO-CELLULOSE Mask ni memang best, dan sangatlah berbeza dengan mask yang biasa saya gunakan. Mask ni memang sangat melekap pada kulit wajah, dan tegangkan kulit sehingga memang tak boleh bukak mulut. Lepas guna mask saya rasa kulit sangat lembap dan rasa halus je, pastu rasa sedikit tegang dan anjal paling best bila bangun pagi pun kulit rasa halus dan lembap. Saya pakai mask ni sebelum tidur, dan lepas pakai mask saya dah tak cuci muka, saya biar je lebihan serum tu meresap dalam kulit. Mask dia lembut sangat macam jelly, tekstur sangat berbeza dari mask biasa tu teksturnya sedikit keras, rasa macam kertas kan. Kalau boleh rasa perbezaan walau hanya dengan sekali pemakaian. Korang tak akan rasa menyesal guna mask ni, ini memang review ikhlas, dan kebaikan bio-cellulose mask ni ramai dah yang tau cuma tak dikomersialkan sangat sebab harganya agak mahal. But why not kalau bagus kan. 

Sempena pelancaran NUViT Bio-Cellulose Mask yang terbaru ni, NUViT menawarkan harga promosi. Pembelian sekotak (mempunyai 3 keping mask), korang akan dapat sekeping mask bio-cellulose bernilai RM29 secara PERCUMA dengan harga RM65.90 (harga asal RM108) bermula 4-12 Jun 2020 (Selagi stok masih ada & Tertakluk pada terma & syarat). Korang boleh beli di www.egreenbeans.com/pages/nuvit bermula 1 Jun 2020.


NUViT Facebook Link: 



Instagram Link:


Website link:

www.nuvit.com.my NUViT E-commerce 

Partner:

#NUViT #Skincare #NUViTBioMask #BioCelluloseMask #InstantHydrating #Restoring #BeRealBeYou

Comments

  1. Sebelum tidur pakai mask, lepas tue bila buka kulit rasa toinkk ..toinkk lembut je .

    Tiap mask ada keistimewaan sendiri, bila baca ingrediant yg ada dalam mask ni , rasa teringin jugak la nak try mask dari nuvit ni

    ReplyDelete
  2. Bestnya lepas pakai rasa tegang dan anjal tu. Sama la suka pakai mask masa tidur. Esok pagi kulit muka lembut. Tu mask biasa, kalau mask bio cellulose ni mesti lagi lembut kulit.

    ReplyDelete
  3. aritu produk sunblock ...kalini ada produk mask plak dr nuvit..tq share cara penggunaan NUVIT BIO-CELLULOSE MASK

    ReplyDelete
  4. Alamak tak elok pakai selalu eh? Fana rajin juga pakai mask. Dah tahu ni kena lah kurangkan sikit.

    ReplyDelete
  5. Wahhhh best nyeee pantas jugak mask ni baiki kulit kita kan.. Boleh la saya cuba nanti

    ReplyDelete
  6. Wow!!!!!!! Product Nuvit ini nampak bagus. Boley saya tanya.......product ini buatan negara mana ya?

    ReplyDelete
  7. Saya jarang guna face mask sekali sekala je... blm pernah try ni.

    ReplyDelete
  8. LH suka pakai sheet mask macam ni. Muka jadi fresh teruks.

    ReplyDelete
  9. Selain serum, saya juga suka kumpul mask. Mask nuvit ni nampak best ni. Nak kena grab juga. Produk nuvit memang bagus

    ReplyDelete
  10. Selamat hari raya hehe.. Da mkn macam macam kulit kene jaga jugakkan. Sesi memanjakan kulit ni penting. Iena baru tau pasal bio cellulose mask ni. Thanks for sharing 😊

    ReplyDelete
  11. Best betol nampak faedah yang boleh dapat kalau pakai mask NUViT ni. memang terbaiklah.

    ReplyDelete
  12. Dah lama tak pakai face mask macam ni. Bila dah baca manfaatnya...terasa nak pakai lah pula. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  13. biasa pakai mask naik jerawat2.. mungkin tak sesuai la kan mask tu... nuvit ni nampak macam menarik pula..

    ReplyDelete
  14. Wah! Menarik ni... Nampaknya, pelbagai series of products dah dikeluarkan oleh Nuvit ni... Excited pulak saya fefeeling nak mencuba... Haritu serum, kali ni mask kan... Best je feeling lepas pakai mask, tu yang paling saya suka, rasa anjal je gitu... Okay, nanti nak cuba mask Nuvit pulak lah...

    ReplyDelete
  15. Dr apa yang Sis baca memang bagus... glycolic tu bukan semua ada dalam mask, so kalau dia ada dalam Nuvit ni, memang bagus laa sebab dia mengilangkan sel kulit mati..

    ReplyDelete
  16. Saya jarang guna mask dan jika guna pun jarang nak tukar2 jenama sbb takut nanti kulit tak terima.

    ReplyDelete
  17. bagus pakai Mask ni, tak kira lelaki ke wanita. Boleh segarkan kulit muka semula

    ReplyDelete
  18. Bestnya ada mask nuvit ni. Produk nuvit memang terbaik. Nanti nak beli lah mask nuvit ni

    ReplyDelete
  19. first time dengar brand ni..nampak menarik bila tengok ramuan dia...pakai mask best utk masa me time kita sendiri

    ReplyDelete
  20. Tau-tau je kita duk ushar mask..kulit muka ni lama sangat dah tak dibelai..hihi..bagus nampaknya mask Nuvit ni..

    ReplyDelete
  21. Bio-Cellulose mask mmg best. Rasa mcm gel je pakai kat muka.. Lagi cepat penyerapan ke muka dari sheet mask cotton biasa.

    ReplyDelete
  22. macam nak beli dan pakai la produk ni. nampak sangat bagus. suka pakaging dia.

    ReplyDelete

Post a comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN

Followers