Posts

Showing posts from July, 2019

12 IDEA REKAAN ROTI JALA JELITA VIRAL

Image
Assalamualaikum semua Saya suka tengok hiasan untuk roti jala jelita yang viral sangat sekarang menggantikan kek di hari jadi atau apa-apa sambutan keraian. Posting facebook ini di kongsi oleh Puan Fairus Yus , yang mana semuanya adalah hasil air tangan beliau. Bukan mudah nak cari idea kan, pembuat roti jala mesti kreatif dalam hiasan dan gabungan warna roti jala agar tampak lebih menarik. Saya kongsikan 10 rekaan roti jala jelita untuk korang, mana tau ada yang nak cuba buat kan. Boleh juga dapat kan ilham dari hasil karya orang lain. Tapi bukan tiru bulat-bulat lepas tu claim pulak rekaan sendiri. NO... NO.....NO...... Jangan buat macam tu tau. Kesian tuan punya idea mengerah otak untuk hasilkan rekaan yang kebabom. Gittewww Cantik kan semua rekaan roti jala ni? Tak nampak macam roti jala, nak makan pun macam rasa sayang pulak hehe. Sangat-sangat kreatif pada mereka yang hasilkan roti jala ni, yang menariknya, tulisan ucapan Happy Birthday, semuanya dari roti jala tau. Pada yang be

RESTORAN SISIK IKAN BAKAR SEAFOOD TERSEDAP DI KLANG

Image
Restoran Sisik dahulunya dikenali sebagai Resepi Warisan Tok yang ditubuhkan pada tahun 2013 dengan menu masakan melayu asli sebagai 'trademark' restoran ini. Pemilik dan pengasas restoran ini mempunyai darah campuran dari pelbagai negeri telah menjadi ilham bagi sajian hidangan di sini. Antara menu 'signiture' restoran ini adalah Nasi Lemak Buluh Perindu, di mana nasi lemak di kukus di dalam buluh yang di hidangkan bersama ikan bakar. Kombinasi yang unik dan menarik. Bagi menu masakan melayu asli, menu utama nya adalah asam pedas ikan mayong, asam pedas telur sotong dan asam pedas siakap.  Manakala menu utama bagi makanan laut menyajikan pelbagai hidangan asam pedas, Ikan bakar tempoyak, ikan bakar, sotong bakar madu, dan makanan laut yang sedap-sedap. Selain itu, steambot juga ada di hidangkan disini.  Korang patut cuba dan pastinya puas hati dengan layanan baik pekerja di sini selain hidangan yang tak menghampakan. SE

PULAU ANAMBAS, MALDIVES INDONESIA

Image
Pulau Anambas mempunyai 255 pulau yang menakjubkan dengan 26 pulau yang didiami. Ia adalah pesona semulajadi yang terletak di sebuah kepulauan Riau dengan kepulauan paling indah di Asia. Anambas juga terkenal sebagai Maldives Asia.  Sebelum perjalanan ke Anambas minggu lalu, saya dapat menikmati #FestivalPadangMelang2019, pengalaman merasai makanan Anambas, menikmati keindahan matahari terbenam di Pantai Kusik, mandi-manda di air terjun Ulu Maras dan banyak lagi. MAKANAN Indonesia sentiasa menawarkan tarikan kuliner mereka melalui makanan laut segar yang pasti memberi kepuasan pada perut anda. Pengalaman merasai makanan laut di Pulau Jemaja akan membuat pelancong kembali berulang ke pulau itu. Selain itu, Anambas terkenal dengan otak-otak dan kernas, iaitu satu hidangan yang lazat yang dibuat dari gabungan sagu dan ikan serta herba campuran yang dimasak seperti lempeng. Pada saya ia agak pedas, tetapi ia mrupakan hidangan yang wajib di cuba apabila anda datang ke

KEMERIAHAN FESTIVAL PADANG MELANG INDONESIA KE-4

Image
Pantai Padang Melang terletak di Kepulauan Anambas kira-kira 30 minit dari Lapangan Terbang Letung. Festival yang diadakan secara tahunan telah dijalankan di Pantai Padang Melang sejak tahun 2017 untuk mempromosikan pulau-pulau di kepulauan Anambas dan budaya tempatan mereka ke seluruh dunia. Tahun ini, Pesta Padang Melang ke-4 diadakan pada 17 hingga 20 Julai 2019. Terdapat banyak atucara yang telah dijalankan sepanjang festival padang melang seperti pertandingan rakyat, bazar makanan, larian warna, pesta durian dan persembahan para artis di sebelah malam. Pertandingan rakyat yang diadakan seperti pertandingan layang-layang, selam gonggong, masakan melayu anambas dan mewarna untuk kanak-kanak. Pada hari pertama festival, Menteri Hal Ehwal Maritim dan Perikanan, Susi Pudji Astuti telah melepaskan kira-kira 3000 anak ikan siakap dan dan penyu induk sebagai kesedaran dalam menyelamatkan kehidupan laut dan mendidik penduduk setempat tentang betapa pentingnya menjaga Anambas

NUKILANBAE - AMUHKU PADA OMBAK

Image
Pulau Batu belubang, Lingga Aku Suka Berbicara, Bersama Bahasa Alam, Yang Tersimpan Seribu Asrar, Selulus Membisikkan Bait Bait Cinta, Pemeluk Erat Diri Yang Alpa. Amuhku pada Ombak, Tampak Lembut Beralun Dikejauhan, Terkadang Derunya Menghibakan, Berkeluk-keluk Nan Gelisah, Namun, Jauh Ia dari Rapuh, Tetap Utuh Melawan Arus. bae@16062019 Aku petah bermain dengan kata-kata, berbicara sendirian melalui tarian pena. Serasakan tenang bila dapat menzahirkan emosi melalui puisi. Ekspresikan emosimu melalui apa cara agak kau tidak memendam rasa dan berdarah. Moga kita semua sentiasa dibawah rahmatNya. DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

Followers