Pulau Anambas mempunyai 255 pulau yang menakjubkan dengan 26 pulau yang didiami. Ia adalah pesona semulajadi yang terletak di sebuah kepulauan Riau dengan kepulauan paling indah di Asia. Anambas juga terkenal sebagai Maldives Asia.
Sebelum perjalanan ke Anambas minggu lalu, saya dapat menikmati #FestivalPadangMelang2019, pengalaman merasai makanan Anambas, menikmati keindahan matahari terbenam di Pantai Kusik, mandi-manda di air terjun Ulu Maras dan banyak lagi.
MAKANAN
Indonesia sentiasa menawarkan tarikan kuliner mereka melalui makanan laut segar yang pasti memberi kepuasan pada perut anda. Pengalaman merasai makanan laut di Pulau Jemaja akan membuat pelancong kembali berulang ke pulau itu. Selain itu, Anambas terkenal dengan otak-otak dan kernas, iaitu satu hidangan yang lazat yang dibuat dari gabungan sagu dan ikan serta herba campuran yang dimasak seperti lempeng. Pada saya ia agak pedas, tetapi ia mrupakan hidangan yang wajib di cuba apabila anda datang ke Anambas. Jangan lupa durian Letung, yang pastinya akan memberikan pengalaman makanan yang memuaskan sepanjang berada di Anambas.
CHALET & RESORT
Terdapat pelbagai jenis chalet dan resort yang ada di Anm=ambas ini pastinya mampu memberi keselesaan mengikut bajet anda keperluan anda samada sebagai pasangan kekasih untuk tujuan berbulan madu, atau percutian keluarga ataupun bercuti secara backpacker. Saya mencadangkan Jemaja Natural Sea Resort sebagai terletak di tempat yang di tengah lautan dan harga yang berpatutan. Terdapat tempat untuk anda melompat dan menyelam terus di laut untuk berenang di resort berdekatan. Pengalaman berharga yang harus anda rasai jika berpeluang menginap di sini.
NERAJA WATERFALL
Air terjun Neraja atau air terjun Ulu Maras terletak di Kuala Meras, kira-kira 40 minit menunggang motosikal dari Terminal Letung Ferry. Ia mempunyai dua kolam semula jadi, di bahagian atas dan di bawah air terjun. Ia adalah tempat yang baik untuk bersantai dan menikmati alam semulajadi. Memandangkan saya suka air terjun, tempat ini adalah tempat yang bagus bagi saya untuk menenangkan minda. Saya sangat menyukainya dan anda juga perlu ke sini jika berpeluang ke Anambas.
PENDUDUK ANAMBAS
Kebanyakan orang di Anambas adalah bangsa Melayu, tetapi terdapat juga masyarakat Cina, Jawa, dan orang-orang dari Kalimantan Barat (Giora, 2019). Orang-orang di Anambas sangat mesra, yang akan membuatkan anda berasa seperti keluarga bila berada di sana.
Anambas pastinya tempat percutian yang indah dengan air laut yang jernih serta terumbu karang dan hidupan laut yang masih terpelihara. Saya suka berada di Anambas dan saya pasti akan kembali lagi ke sini pada masa akan datang dan mungkin untuk menikmati keindahan dasar laut Anambas.
Artikel ini disponsor oleh Bawah Island Reserve.
Bae Roslan,
Malaysia.
#wonderfulindonesia #pesonaindonesia #bawahreserve #anambasisland
📷 oleh Wilson Wong
33 Comments
I love what I see here! Indonesia has many nice places like this for us to visit soon
ReplyDeleteyes, hopefully the pandemic cure and we can start travel again
DeleteMenarik sangat tempat ni. Dah macam maldive betul. Moga 1 hari nanti ada rezeki ke sini ��
ReplyDeletememang cantik, pulau sekitar tu pun cantik2 tapi tak sempat nak pergi
Deletewow!
ReplyDeletei am speechless time membelek setiap gambar sis ni.
best nyer sis dpt ke sana. menikmati keindahan suasana yg gojes.
yes. ala-ala maldives yg hanis zalikha gi sekeluarga tu :)
indon ni jajahan nyer luas. terlalu byk tempat yg menarik.
betul indonesia banyak tempat menarik.
DeletesubahanaAllah cantiknya pemandangan. segar mata memandang. ingatkan dekat maldives mana tadi. cantik.
ReplyDeletecantik sangat tapi jauhhhh haha berbaloi2
Deletecantiknya tempat ni. nanti lepas covid ni dah berakhir dan semuanya pulih bolehlah bercuti di sini
ReplyDeletesaya pun nak repeat ke sini. haritu pi rasa tak puas
DeleteHukhukhuk saya sedih plak tengok gambar cantik ni. Sempat ke nak merasa travel lagi ni. Huhu.
ReplyDeleteinshaaAllah sempat...
DeleteCantik cantik betul tempat dekat Indonesia ni kan. Tambah lagi makanan dekat sana berbeza dari Malaysia. Kena cuba
ReplyDeletekalau batam makanannya tak jauh beza, macam anambas ni pun ramai melayu
DeleteCantiknya pemandangan. Nyata pulau Maldives ini sangat kaya dengan pemandangan yang indah dan menarik. Terbayangkan kalau dah sampai ke sana.
ReplyDeleteni baru maldives indonesia, belum betul2 maldives
DeleteYa Allah cantiknya Pulau ni.. Boleh la letak dalam list travel za lepasni. Kami mmg suka pegi explore pulau2 ni
ReplyDeletesaya pun every year mesti ada trip pulau. rasa tenang je
DeleteSepanjang PKP nih saya sangat rindukan travel dan paling nak pergi lepas bebas PKP ialah pantai dan laut, kalau dah bebas nanti bolehlah plan pergi pulau anambas ni, sebab tergoda pulak dengan keindahannya ala-ala Maldives
ReplyDeletesamalah...rindu betul dengan deruan angin dan ombak
DeleteSerious..cantik cantik gambar, buatkan kita yang melihat teringin sangat2 nak ke sana. Harap2 segala bencana yg ada sekarang berakhir so bolehlah plan2 untuk travel lagi
ReplyDeletemudah2an..tak sabar nak travel
DeleteCantiknya tengok pulau dia..laut dia warna biru..bestnya..tennag je tengok..Allahu, bila la dapat jejak ke sini agaknya
ReplyDeleteinshaAllah saya doakan, tak rugi datang anambas
DeleteWOW! Cantiknya! Veronica tidak pernah pergi ke Indonesia, tetapi, selepas tengok gambar2 ni, Veronica tak sempat nak habiskan MCO ni... pergi melancong bersama2 anak.
ReplyDeletesaya pun tak sabar nak travel lepas mco ni
DeleteWow cantiknyaaa pulau anambas ni... Biru nya warna air dia.. Tak pernah g sini lg.. Hope dpt g sini nty😎
ReplyDeleteanambas ni tak terkenal padahal cantikkkkk sangat kat sini
DeleteYa Allah cantiknya pemandangan dia. Best sangat pergi sini dapat bercuti, menikmati keindahan alam dan dalam masa yang sama, dapat menenangkan fikiran. Huda suka kalau pergi tempat macam ni. seronok sangat rasa.
ReplyDeletebetu..pemandangan indah tu memang sangat memberi ketenangan
DeleteCantiknya tempat ni.... saya sebenarnya baru tahu pulau ni.. menarik kalau dapat bercutinke sini
ReplyDeleteIndonesia banyak tempat-tempat cantik macam ni. Kalau saya tak baca title saya pun ingat ni gambar-gambar kat Maldives
ReplyDeleteCantiknya! Harap selepas semua masalah ni selesai bolehlah berpeluang nak pergi sini. Tempat pun tak jauh.Jiran sebelah je.
ReplyDelete