12 IDEA REKAAN ROTI JALA JELITA VIRAL

Image
Assalamualaikum semua Saya suka tengok hiasan untuk roti jala jelita yang viral sangat sekarang menggantikan kek di hari jadi atau apa-apa sambutan keraian. Posting facebook ini di kongsi oleh Puan Fairus Yus , yang mana semuanya adalah hasil air tangan beliau. Bukan mudah nak cari idea kan, pembuat roti jala mesti kreatif dalam hiasan dan gabungan warna roti jala agar tampak lebih menarik. Saya kongsikan 10 rekaan roti jala jelita untuk korang, mana tau ada yang nak cuba buat kan. Boleh juga dapat kan ilham dari hasil karya orang lain. Tapi bukan tiru bulat-bulat lepas tu claim pulak rekaan sendiri. NO... NO.....NO...... Jangan buat macam tu tau. Kesian tuan punya idea mengerah otak untuk hasilkan rekaan yang kebabom. Gittewww Cantik kan semua rekaan roti jala ni? Tak nampak macam roti jala, nak makan pun macam rasa sayang pulak hehe. Sangat-sangat kreatif pada mereka yang hasilkan roti jala ni, yang menariknya, tulisan ucapan Happy Birthday, semuanya dari roti jala tau. Pada yang be

TRANS JERGING DAYHIKE MISI MENAWAN 4 PUNCAK GUNUNG

Misi trans jerging adalah misi menawan empat puncak gunung iaitu puncak gunung suku, gunung irau, gunung yellow dan gunung pass. Ketinggian dan koordinasi setiap puncak gunung disertakan sekali, jadi korang boleh track guna gps je.


SUKU
Trail Head : N4.55567 E101.32327
Height : 1797 meters
Coordinate : N4.54271 E101.33395

Gunung suku ni single trek saja tapi pacak all the way to the peak. Bahasa pasarnya, tak ada diskaun lansung. Walaupun korang nak buat Gunung suku single, korang di nasihatkan untuk training. Keperluan fitness sangat di perlukan, kalau tak memang tak cukup nafas nak naik ke atas. Pendakian gunung suku lebih kurang 3-4jam moderate pace. 


IRAU
Height : 2110 meters
Coordinate : N4.52898 E101.36518

Pendakian ke Gunung irau agak mencabar. Trek roller coster iaitu naik dan turun. Walaupun korang dah mendaki sehingga ketinggian 1797m di Gunung suku, namun pacak ke Gunung irau juga tidak boleh di anggap remeh. Pendakian ke Gunung irau mengambil masa kira-kira 3 jam moderate pace. 



Terdapat satu spot bergambar yang sangat cantik ketika pendakian ke Gunung irau dan korang akan melalui mossy putih. Jangan lupa bergambar, memang rugi kalau tak bergambar kat sini. 


YELLOW
Height : 1667 meters
Coordinate : N4.55686 E101.35495

Pada saya, trek Gunung irau ke Gunung yellow lebih santai, namun trek nya agak panjang. Kita akan melalui trek mossy dan yang landai. 

Hanya sesekali akan jumpa trek naik turun. Pendakian hanya mengambil masa sekitar 2jam moderate pace. 

PASS
Height : 1587 meters
Coordinate : N4.59182 E101.34892
Trail End : N4.56561 E101.41143

Bagi menamatkan misi Trans Jerging, korang wajib menawan puncak Gunung pass. Sekiranya korang buat Gunung pass single, treknya pendek saja dan pacak hingga ke peak. Tetapi trek dari Gunung yellow ke gunung pass merupakan trek paling panjang di dalam trans jerging. Dan trek nya sebahagian landai dan sebahagian pacak mencanak. Terdapat trek yang korang akan melalui lembah yang sama, masa kini korang dah penat dan merasa dah kena game, padahal memang lembahnya seakan sama. Sama macam trek Gunung semangkok. Korang akan jumpa nanti trek yang korang rasa dah nak sampai, dah dengar bunyi kenderaan dan semakin korang ikut trek tersebut bunyi kenderaan makin menjauh. Jangan risau, bukan salah trek tapi memang trek pacak jadi makin jauh dari jalan raya. Sampai je di simpang Pass, ke kiri adalah ke puncak gunung pass sekitar 5 minit je dari simpang dan ke kanan adalah trek untuk keluar (kalau korang buat gunung pass single korang akan naik ikut sini).  Trek menurun dari simpang pass ke starting point akan mengambil masa 45minit. 

Tamatlah misi menawan empat puncak. Alhamdulillah dapat menamatkan misi trans  jerging dayhike dengan selamat. Korang patut cuba buat trans jerging, sangat best. InshaaAllah akan repeat lagi untuk buat personal best. 

Credit koordinasi : Feroz@90puncak.blogspot.com

Comments

  1. wah 4 puncak dpt ditawan..tahniah...bila dpt naik kt puncak tgk view dr puncak tu betapa indahnya kebesaran allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. View tu yang paling berharga untuk hikers

      Delete
  2. wah teringinnya nak panjat gunung. dah lama jugak tak buat aktiviti mcm ni. lepas ni nak try lah 😊

    ReplyDelete
  3. Congratulation! mesti terasa satu achievement bila dapat ke puncak. Hebat la awak. Saya ni dah tak boleh hiking langsung. Very bad knee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. have a good rest. Better not hike dari injured

      Delete
  4. Hebatnya kamu Bae! kalau Sis kuat dan muda lagi pun, tak ternaik kot gunung-gunung ni, lagipun tak minat hiking...dengar kata orang, hiking laa badan cepat kurus, ye ke dak ek?
    Tapi satu kepuasan kan Bae, kalau dah sampai puncak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jaga makan memang kurus, tapi kena buat torn up sama kalau tak mengelebeh haha

      Delete
  5. Wahhhh cantiknya view atas pokok tu. sangat cantik utk bergambar. Tapi bab nak hiking tu adeiii lemah skit. Hhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram sebenarnya atas pokok tu, bawah tu gaung huhu

      Delete
  6. Wow! Cantiknya pemandangan Gunung Irau apa tah lagi berganbarbkat apot yg nampak mcm di atas ranting kayu tu. Tahniah!

    ReplyDelete
  7. Wah!!!!!!! Seronok nyer dpt buat aktiviti macam nie. Saya pun rindu sgt nak beraktiviti macam nie lagi.

    ReplyDelete
  8. Rajin Bae hiking..hehe dah nampak kurus dah tu. actually best hiking & kak min suka jugak tapi dah tua2 ni lama lak tak hikingnya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurus tu hanyalah ilusi gambar kak min haha

      Delete
  9. Cantiknya pemandangan dekat Yellow tu hehehe tempat yang nampak macam dalam filem lak hehehehe nanti kalau dah habis berkurung ni nak pergilah try hiking sekali hehehehe baru tahu macam mana wakakaka....

    ReplyDelete
  10. aida memang tak la sampai sini. tapi asben da sampai irau. dia dan geng hiking nyer.
    best la kalau la cukup energy nak daki gunung. aktiviti yg best dan menyeronokkan.
    gi dgn bff yg sekepala. stay dlm hutan yg sgt ohsem tu. wow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irau ada dua trail. tapi single trail dah tutup sebab tanah runtuh. hanya melalui trans jerging saja boleh ke Irau sekarang

      Delete
  11. Cantiknya gambo2. Pemadangan pun cantik gak. Syiok dpt buat aktiviti cam gini..tp skrg mmg sis tak boleh le..mau tak berjalan kalau buat aktiviti cam gini

    ReplyDelete
  12. mesti ramai hikers dah boring time2 PKP ni nak memanjat kan. saya pun dah rindu nak kleuar. cantik2 tempat dlm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik. itulah tujuannya nak kejar view haha

      Delete
  13. Seronok nya hiking. Tengah PKP ni memang teringat je nature, tgk keindahan alam. Rindunyaa!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers