APA PERLU BUAT SETELAH KEMASKINI APLIKASI MY SEJAHTERA UNTUK PENDAFTARAN VAKSIN COVID 19

Image
Assalamualaikum semua Harini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang lebih dikenali sebagai Abah Din menerima suntikan pertama Vaksin Covid 19 Pfizer-BioNTech menjadikan beliau rakyat pertama menerika suntikan itu. Kita sebagai rakyat Malaysia, sudahkah kita menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat dengan mendaftar menerima vaksin? Kredit gambar : Berita Harian Untuk menerimna vaksin covid 19 korang perlu mengemaskini aplikasi my sejahtera di telefon pintar korang. Hanya dengan 10 langkah mudah, pengguna aplikasi my sejahtera boleh membuat permohonan vaksin covid 19. Saya sediakan 10 langkah mudah untuk pengguna Android. LANGKAH 1 Langkah pertama buka aplikasi My Sejahtera korang kemudian tekan butang "CLOSE" dibahagian atas sebelah kanan. Kemudian satu tetingkap kemaskini "UPDATE" muncul pada screen. Tekan butang UPDATE. LANGKAH 2 Setelah proses kemaskini "UPDATE" selesai. ulang langkah satu (1) kemudian ikon "Covid-19 Vaccination&quo

RESEPI POPIA CENDAWAN CHEESE LELEH

Assalamualaikum semua

Hai korang, sekarang mood memasak agak memuaskan, jadi asyik nak share resepi je haha

Harini saya nak share resepi mudah cepat pantas dan lazat iaitu resepi popia cendawan cheese. Dulu pernah viral popia ni, memang sedap dan mudah je nak masak cuma bahan-bahannya agak mahal (pada saya) jadi sesekali boleh la buat.

Bahan-bahan : 

Dada ayam ( dipotong kecil)
Sosej (dipotong dadu)
Bawang besar/holland (I biji saiz besar)
Bawang putih seulas
Cheese
Cendawan butang 1 tin
Mushroom/Chicken cream soup 1 tin
Kulit popia saiz 50"

Cara-cara :

Potong dada ayam, sosej, bawang besar, bawang putih, dan cendawan dan asingkan. Pastikan korang basuh cendawan bersih-bersih sehingga hilang bau. Dah siap semua bahan-bahan dipotong kita boleh start menumis.


Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar, bila bawang dah layu dan naik bau, boleh masukkan ayam. Masukkan sosej bila nampak ayam dah separuh masak. Macam mana nak tau ayam tu dah separuh masak? senang je, bila isi ayam dah mula putih tu kira dah separuh masak.


Kemudian boleh masukkan cendawan, dan masak sekitar 2 minit dan masukkan mushroom/chicken cream soup.

Untuk resepi ni saya gunakan mushroom cream. dan masukkan sedikit air lebih kurang separuh tin. Jangan masukkan banyak air ye, nanti lambat pulak nak kering.


Masak sehingga air tu kering sikit, tujuan letak air tadi semua nak semua bahan-bahan betul masak dan sebati dengan mushroom cream tu. Lepas tu boleh lah masukkan kepingan cheese. Saya gunakan 5 keping cheese. Dan yang terakhir, bila dah cheese tu dah cair, kuah pun akan lebih likat, boleh lah masukkan lada hitam.

Tips : Jangan tambah garam ye, cream soup tu dan cheese dah masin.

Sebelum gulung popia, pastikan kuah cendawan tu sejuk dulu ye supaya lebih mudah nak gulung popia. Cara nak balut, sama je macam buat popia biasa. Saya lupa nak ambil gambar untuk cara balut ni. Letak inti di bahagian hujung penjuru dan sebelum gulung popia, letakkan kepingan cheese. Saya potong sekeping cheese kepada 6 bahagian.

Untuk lekatkan bahagian hujung popia tu saya cuma guna air biasa je. Setengah orang gunakan campuran air dan tepung untuk jadikan kanji. Tapi guna air biasa pun boleh lekatkan. Susun popia secara jarak ye, jangan rapat-rapat nanti melekat susah nak goreng.

Lepas dah gulung popia, masukkan dalam freezer lebih kurang 1 minit, supaya keras nanti baru susun rapat-rapat kalau nak frozenkan dan boleh terus goreng kalau nak makan. Pastikan minyak panas baru masukkan popia ye, nanti kulit popia tu berminyak sangat tak sedap.

Popia cendawan cheese is done...... (intonasi macam odah the vass haha). Maaflah gambar popia masa gulung dan masa siap lupa nak ambil. Next time kalau saya buat, inshaaAllah saya letak ye. 

Selamat mencuba! 

Comments

  1. ok, nasib baca jangan letak garam kat situ. haha. sat lagi gigih masak, tup-tup tambah garam. hehe. thank u bae roslan for sharing resepi mudah lagi. ok save!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya cheese. Macam manalah nak diet bila tengok blog semua share pasal resepi makanan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu la pasal. memang penuh resepi lah blog musim pkp

      Delete
  3. Dah pernah try buat popia simple..after this nak try versi yang dengan cheese pula.

    ReplyDelete
  4. Menarik resepi ni tapi malangnya saya tak suka nakan cheese, juga cendawan malah kurang minat dengan popia. Org lain pasti suka nak cuba resepi ni.

    ReplyDelete
  5. Tengok cheese pon terliur dah. Haritu pernah masak jugak. Tapi resepi lain sikit.sikit je lainnye. Hehe Memang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang suka cheese memang suka la resepi macam ni kan

      Delete
  6. biasanya memang aida tak buh garam if dah ada cream gitu & cheese.
    akan terlalu ketara masin garam nyer tu.
    sedap ni. esok lusa asben gi beli brg dapur, nak kirim la kulit popia.
    boleh buat ni. buat byk. frozen.
    boleh ulang makan ekk, sis. tq for sharing idea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bila dah ada cream dan cheese dah tak perlu garam

      Delete
  7. Okay nanti bak tey popia ni pulak. Bodan makan popia inti sayur. Sekali sekala tukar selera pulak kan. Nak nak ada cheese lagilah suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, frozenkan, tetamu datang senang dah ada benda nak di hidang

      Delete
  8. Perghhhh popia cheese leleh wooo..mesti menarik kalau makan tu kann...tak pernah plak terfikir nak ubah jadi style gini, boleh cuba ni, anak-anak Sis memang hantu cheese...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat banyak2, frozenkan kak lin, senang untuk kemudian hari

      Delete
  9. Tak pernah makan popia cheese, mesti sedap kan sb ada cheese. Bolehlah cuba nanti sb fav sis pun cheese. Sedap betul tengok cheese byk2 mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa hantu cheese memang suka popia style ni. sedap yakmattttt

      Delete
  10. sedap... sedap... sedapnyersssss (bak kata Lailerssss dalam Kampung People)... favourite anak-anak dan saya ni sis... hehehehe... my better half perut melayu... macam-macam mana pun nak nasi jugak... takpe, nanti balik KL akan kucuba resepimu ini Bae... thanks for sharing...

    ReplyDelete
  11. Kalau kita panggil popia cheese carbonara. Haha
    Dok wat niaga. Tapi PKP ni stop jap buat ni. Sebab suami cakap nanti dulu la buat. Sedap ni. Makan hangat hangat.

    ReplyDelete
  12. Popia cendawan cheese leleh nampak menarik..iena tak pernah makan pagi popia cendawan cheese leleh ni.Nanti boleh lah cuba :)

    ReplyDelete
  13. wow popia carbonara mushroom cheese. sedap nyaaa... za baru je buat popia sayur 2 hari lepas.. bole la cuba resipi ni sbb ada lagi balance kulit popia tu ...

    ReplyDelete
  14. ini sedap ni buat goreng petang2.. nyummms..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat banyak2 frozenkan senang bila2 nak makan hehe

      Delete
  15. Feveret anak sy ni. Kalau buat sendiri memang lagi banyak jimat berbanding beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. beli memang mahal sebab kosnya tinggi jugak

      Delete
  16. sedap ni.. nanti dah balik kedah TB nak try buat resepi ni.. nak bagi ank-anak makan dan diri sendiri bersama suami.. hahaha.. suami pun suka kalau benda-benda macam ni.. tambah2 ada cheese tu.. lagi lah..

    ReplyDelete

Post a comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN