Ad Code

OLIVE NATURAL SKIN CARE MASK DARI KOREA - REVIEW


Harini saja nak share satu produk korea iaitu Natural Skin Care Mask. Saya pilih olive shiny moisture facial mask untuk percubaan kali ini. Saya sebenarnya bukan seorang yang secara rutinya memakai facial mask, maybe 2 minggu sekali baru pakai(lihat lah betapa malas nya hehe). Mask yang saya gunakan adalah seperti gambar di atas. Sebelum ni pernah pakai brand yang sama tapi perisa (perisa ke?) yang berlainan. Masa tu tak terfikir pulak nak review kan.

Seperti biasa, pemakaian mask adalah 15-20 minit. Sebelum pakai mask, pastikan muka dah dibersihkan terlebih dahulu ye. Kemudian, pakai mask seperti biasa, lekapkan ke muka dan sapukan lebihkan cecair dari dalam pack mask tu pada muka, kemudian biarkan selama 20 minit. 


Masa pakai mask ni jangan pula korang nak bersembang, nanti bergerak-gerak facial mask tu. Adalah eloknya korang duduk je diam-diam main phone ye.

Selepas 20 minit pakai mask ni, pasti akan ada lebihan cecair tu pada muka, sapu dan oleskan secara rata pada muka. dan biarkan ia meresap ke dalam kulit.

Saya dapat rasakan muka lebih lembap setelah memakai facial mask ni. Tapi kulit muka saya bukan jenis kering sebab setiap hari saya akan apply soothing gel sebagai pengganti moisturizer. Cumanya saya tak perasan dan terlajak pakai sehingga 30 minit, kerana kulit mula jadi gatal-gatal manja, saya macam pelik kena nak gatalkan, so baru perasan dah terlebih waktu pemakaian.

After all, saya suka facial mask ini, sebab fungsi untuk melembapkan kulit adalah berjaya. N

Next time kita review produk lain pula ye. Sampai jumpa lagi!

Post a Comment

0 Comments