12 IDEA REKAAN ROTI JALA JELITA VIRAL

Image
Assalamualaikum semua Saya suka tengok hiasan untuk roti jala jelita yang viral sangat sekarang menggantikan kek di hari jadi atau apa-apa sambutan keraian. Posting facebook ini di kongsi oleh Puan Fairus Yus , yang mana semuanya adalah hasil air tangan beliau. Bukan mudah nak cari idea kan, pembuat roti jala mesti kreatif dalam hiasan dan gabungan warna roti jala agar tampak lebih menarik. Saya kongsikan 10 rekaan roti jala jelita untuk korang, mana tau ada yang nak cuba buat kan. Boleh juga dapat kan ilham dari hasil karya orang lain. Tapi bukan tiru bulat-bulat lepas tu claim pulak rekaan sendiri. NO... NO.....NO...... Jangan buat macam tu tau. Kesian tuan punya idea mengerah otak untuk hasilkan rekaan yang kebabom. Gittewww Cantik kan semua rekaan roti jala ni? Tak nampak macam roti jala, nak makan pun macam rasa sayang pulak hehe. Sangat-sangat kreatif pada mereka yang hasilkan roti jala ni, yang menariknya, tulisan ucapan Happy Birthday, semuanya dari roti jala tau. Pada yang be

KEPRI CORAL, PULAU ABANG, INDONESIA


HARI PERTAMA

Minggu lepas, di jemput lagi FAM Trip ke Pulau Abang bagi memeriahkan Batam Bahari Festival 2019. Seperti sebelum ini, saya menaiki feri untuk Batam. Korang boleh check out post yang sebelum ni, saya ada share tips ke Batam. Saya dan beberapa rakan media menaiki feri jam 11 pagi dan tiba di Batam Terminal pukul 12 tengahari (waktu indonesia). Pada yang taktau tu, waktu Indonesia lewat 1 jam ye dari Malaysia. Sampai je sana, perut pun dah berkeroncong, so haruslah makan dulu. 

Pukul 2pm, kami semua naik bas ke KPC Terminal. Perjalanan mengambil masa kurang dua jam untuk sampai ke terminal. Kemudian, naik bot ke Kepri Coral, sekitar 45minit. Best sangat naik bot kali ni, boleh naik ke bahagian dek atas, omgaidddd sis feeling sangat dok atas dek tu haha

Credit picture : Alfie Lee

Sesampai di sana kami di Restoran terapung Kepri Coral, kami dihidangkan dengan teh halia & serai. Segar betul rasanya, hilang sekejap mabuk laut naik bot tadi. Kemudian, ada bot kecil yang ambil kami untuk kedaratan. Setelah kunci bilik diberi, dengan pantas terus ke bilik untuk berehat. Penat betul rasanya seharian naik bas dan bot.

Credit picture : Alfie Lee

Terpegun seketika melihat bilik-bilik kecik seakan igloo yang dipanggil dome village. Nampak sahaja kecil, tapi setiap bilik lengkap dengan tandas, shower, dua tilam single dan penghawa dingin. Sungguh bersih dan selesa. Yang uniknya, setiap bilik berbumbungkan cermin untuk tujuan 'stargazing'. Sesuai sangat untuk yang datang honeymoon.

Malamnya kami hanya makan malam bersama dan sesi karaoke. Memandangkan Kepri Coral resort baru, internet adalah agak susah ye, tapi jangan risau, pihak resort dah pasang wifi tower yang akan siap pada disember nanti. 

HARI KEDUA

Credit picture : Alfie Lee

Hari kedua ini merupakan hari penting di mana Batam Bahari Festival berlansung di Kepri Coral. Saya akan ceritakan lebih lanjut di posting yang lain khas untuk festival ini. Festival berlansung sehingga sekitar 5 pm.

Selesai semuanya, aktiviti yang di tunggu-tunggu iaitu mandi laut. yeahhh... Kami di bawa ke restoran terapung menaiki bot kecil, tempat yang sama di sediakan untuk snorkeling atau diving. Semua kelengkapan untuk snorkeling disediakan di sini.

Credir picture : Halimah

Credit picture : Halimah

Yang lebih menarik, di restoran terapung ini terdapat akuarium bawah tanah bagi mereka yang taknak berenang, jadi boleh lah tengok keindahan coral dan ikan yang berenang-renang dalam lautan tu. Menarik kan?

Saya dan kawan-kawan memilih untuk snorkeling dan melihat sendiri keindahan dalam laut ciptaan Allah. Sungguh, coral di sini masih cantik dan terpelihara. Walaupun air laut agak keruh petang tu, tapi masih dapat tengok coral pelbagai bentuk dan warna. Ikan nemo pun ada tau. 

Dah puas mandi laut kami pulang ke darat dan sambung mandi kolam pula. Bestnya kolam di sini sebab ada gelongsor. Petang tu hanya kami je yang mandi jadi boleh lah jadi budak-budak main gelongsor. Memang enjoy sangat main air petang tu.

Maghrib di sini sekitar 6 petang, jadi kami pun beransur ke bilik untuk sesi makan malam bersama para pelayar. Hidangan malam itu kami dihidangkan makanan laut yang dibakar. Semua orang seperti kelaparan, mana tak nya masing-masing dah penat main air kan.  Selesai sesi makan, kami dihiburkan oleh band group dari Batam iaitu 'The Groove Syndicate'. 


HARI KETIGA

Seawal 7pagi kami dah berkumpul untuk sarapan dan bergerak ke Bandar Batam untuk sesi lawatan ke 'ex-refugee vietnam camp' yang mana kini telah dijadikan muzium oleh pihak pelancongan Indonesia. Disini terdapat gambar-gambar lama pelarian vietnam yang di tempatkan di situ dan terdapat juga bangunan lama yang telah roboh kesan cuaca. Menurut tour guide kami iaitu selesa dipanggil cowboy, pihak Indonesia dan vietnam dalam perbincangan untuk bangunkan semula kawasan tu dan jadikan tempat lawatan. Antara gambar yang sempat saya ambil di muzium:

Selesai lawatan kami semua ke restoran John Seven untuk makan tengahari. Restoran ini menyediakan makanan western dan juga makanan indonesia.

Fresh juice buah naga dan magga

Selepas lunch kami semua di bawa ke Batam terminal untuk pulang ke negara masing-masing. Trip ke Batam sentiasa memberi pengalaman dan pengajaran berbeza. 

Jom ke Batam! 

Gambar feeling-feeling sebelum balik

Comments

  1. Cantik betul bilik penginapan ala igloo tu.. Boleh masuk list ni pergi honeymoon dgn Otomen.. Hahaha..

    ReplyDelete
  2. Bedt dpt jalan2 ikut Fam trip ni byk pengalaman yg kita dpt kan

    ReplyDelete
  3. Now Rawlins semakin berangan nak ke Batam - banyak betul lokasi yang cantik kat sana sebenarnya kan. Pergi dengan kengkawan sekepala mesti best kan

    ReplyDelete
  4. jarang org share trip ke batam ni tak sangka tempat dia sangat cantik. paling suka bilik hotel tu nampak unik sangat :)

    ReplyDelete
  5. Good travelogue. All the pictures you used for this post are good too. You make me feel interested to travel to Pulau Batam. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  6. syoknyaaa bercuti di pulau abang. dah lama sarah tak ke indonesia. teringin nak ke sana jugak hehe

    ReplyDelete
  7. wah saya sukalah tempat nih, tak pernah tau tentang pulau ni, teruja saya nak pergi, bookmark siap-siap entri ni dah masuk dalam wish list sylaaa nak pergi tahun depan kalau ada rezeki!

    ReplyDelete
  8. Wahhhh I wanna go this place too... Wanna stay inside the 'igloo' house!!! I'm so excited anyway just by reading this

    ReplyDelete
  9. Jus buah Naga dan buah Mangga tu buat Sis tertarik nak ke Batam. Hahaha..boleh pula gitew kan. Tapi serius, nampak sedap je dua jus tu. Dan bilik ala Igloo tu lain dari yang lain. Memang nampak macam kecil je dari luar. Tapi kalau dah boleh muat 2 tilam single... selesa juga la.

    ReplyDelete
  10. Cantiknya view dia..suka tengok batam sebb laut dia canntik.. Banyak aktiviti boleh buat.. Hasihh bilalah boleh dapat ke sini

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, seronoknya bercuti ke sana! Teringin juga nak ke Batam. In shaa Allah next year lah nmpak gayanya :)

    ReplyDelete
  12. Seronok bila dapat bercuti temoat macam ni. Banyak tempat boleh explore. Paling suka makanan dan budayanya, mesti unik!

    ReplyDelete
  13. Dah lama teringin nak jengjalan Batam. Cantik view sana, food pun dengar citer krngkawan pun sedap-sedap. Rumah rehat bentuk iglo tu unik! Nak stay sini laaaa nanti

    ReplyDelete
  14. aarr sudah.. kita dah macam jatuh cinta nak pergi batam ni. melalui johor kan? hari tu ada tanya sebab ke johor and memang jeti ke batam. nampaknya kena plan untuk 2020 ni.

    ReplyDelete
  15. Maag=f lambat reply, untuk yang tanya tu, ye untuk ke Batam boleh naik bot dari Johor, ada few perlabuhan, posting lama ada bae share cara nak ke Batam dari pelabuhan Puteri.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers