VIT'S KAN ADA, MERIAHNYA RAYA

Image
Assalamualaikum semua Bulan Ramadan sudah tiba dan umat Islam di seluruh dunia pasti teruja nak sambut bulan mulia walaupun kita semua masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) dan masih belum dapat merentas negeri. Syukur kita semua masih dapat menunaikan ibadah terawih di masjid dan surau dengan SOP yang ketat berbanding tahun lepas kita semua hanya di rumah. Bazaar Ramadan pun boleh beroperasi macam biasa dengan SOP yang sewajarnya demi menjaga keselamatan semua. Walaupun masih tak boleh merentas negeri untuk balik ke kampung masing-masing untuk menyambutAidilfitri bersama keluarga tercinta, tapi kita tetap bersyukur sebab pihak kerajaandah bagi sedikit kelonggaran dan wajib mematuhi segala perintah yang kerajaan Malaysia dah tetapkan. So harap-harap kita tak langgarlah peraturan yang telah ditetapkan ye. Disebabkan itu, Vit’s jenama mi segera dan mi kering Halal yang telah bertapak di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu ingin menjemput anda semua sempena menyambut Ramad

.:: Book Review #1 - Novel ::.

ok hari ni nak share tentang novel malaya..cheeewaahh..saja nak share koleksi buku-buku yang aku baca. buku yang menarik aku akan review kat sini. tak kisah la buku tu dah lama ke kan. mungkin ada yang tak baca lagi. manatau lepas baca buku aku terus serbu kedai buku kan (bajet pengaruh kuat padahal takda sapa pun baca blog kau pun..ekeke)


ok la buku yang aku nak share adalah..jeng jeng jeng..suspen tak?ceh, blah la bae takda sapa pun suspen..uhuk uhuk..ok la tuuuuu diaaa







dua-dua buku kat atas antara buku yang aku suka. setiap kali review aku akan review dua buku ye.


Review "moga kau mengerti-Lily Haslina Nasir" - bagi aku buku sangat banyak nilai2 murni yang diusulkan. dan ketabahan seorang isteri yang aku rasa macam dah hampir takda wanita camtu yang sangat tabah, redha, walaupun pelbagai dugaan adeena tetap sabar dan bersyukur dengan setiap dugaan. aku memang syorkan pada wanita-wanita yang rasa dugaan hidup dia tu berat sangat yang mana kadang-kadang dah tak boleh tahan lagi kan, baik korang baca buku ni, mungkin sedikit ketabahan adeena tu korang boleh motivate kan diri korang.


>>sinopsis Moga Kau Mengerti


NOVEL beliau bertajuk ''''Moga Kau Mengerti'''' kini boleh didapati di kedai-kedai buku sekarang. Anda pasti teruja membacanya.

Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan de-ngan lelaki itu.

Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.

Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung.

Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?



credit to Alaf21


Review "Ungu Karmila-Ramlee Awang Murshid"  - aku suka kesemua buku (RAM) ni, so untuk buku ni korang kena baca sampai habis sebab buku ni agak konpius tapi menarik. korang akan tertanya-tanya kenapa, mengapa bagaimana?so, korang akan teruskan pembacaan sampai habis. tak payah banyak sangat review sekarang korang boleh serbu kedai buku dan baca sendiri ye.


>>sinopsis Ungu Karmila


ATAS nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.

Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.

Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi.

Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan.

Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali!

RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi... hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!



ok lah tu je book review untuk kali ni, semoga kita berjumpa lagi untuk book review yang lain.


credit to Alaf21




.: Thanks for reading Bae's blog :.


Comments

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN

Followers