Ad Code

5 SUPPLEMENT TERBAIK UNTUK MASALAH GASTRIK, PERUT DAN USUS DARI GKB PROBIOTIK

Assalamualaikum semua

Bulan ramadhan tiba lagi untuk tahun ni, belum terlambat untuk saya ucapakan Selamat Berpuasa untuk semua umat islam. Bila tiba bulan puasa ni, antara perkara yang saya akan beri perhatian adalah masalah gastrik angin saya ni. Sesiapa yang mengalami masalah gastrik angin, kembung perut ni memang faham sangat lah kan. Masalah angin ni sebenarnya adalah sebahagian daripada masalah penghadaman dan memang sangatlah tak selesa ye. Bila kena serangan gastrik angin, sakitnya tu memang perit sangat. Makanan yang kaya dengan fiber memang baik untuk kesihatan tapi untuk yang dah sedia ada masalah angin ni akan ada efek jugak tau. Jalan terbaik adalah dengan pengambilan supplement yang baik dan dapat membantu gastrik angin ni.

Alhamdulillah untuk puasa tahun ni saya dah tak risau tentang masalah gastrik angin saya ni, yang bestnya saya dah boleh berpuasa macam biasa tanpa rasa sakit gastrik. Jom saya kongsikan 5 supplement yang dapat membantu masalah gastrik, gerd, penghadaman dan banyak lagi. Untuk saya personally ia memang sangat membantu untuk gastrik angin saya ni. Semua supplement yang saya ambil ni adalah supplement kesihatan dari GKB. Saya kongsikan review selepas pengambilan supplement-supplement ini, untuk korang yang ada masalah yang sama, korang wajib baca tau. 5 supplement yang saya amalkan adalah :



Gastrik dan masalah penghadaman ni memang tak lari dengan IBS (Irritable bowel system) iaitu sindrom usus besar yang mana gejala IBS ni adalah kekejangan, sakit perut, kembung perut, gas, cirit birit atau sembelit. Gejala IBS ni berbeza-beza untuk setiap orang dan biasanya untuk jangka panjang. Sebabkan ia gejala yang tampak biasa, kita selalu abaikan dan tak ambik peduli, samalah macam saya. Gejala yang selalu saya alami adalah kekejangan, kembung perut dan sembelit dan ia sangat sakit ye, tak boleh lambat makan, atau salah makan makanan tertentu, memang akan terus kena gejala IBS. Doktor memang sarankan saya untuk lebihkan makanan yang ada pribiotik untuk membantu mengurangkan gejala IBS dan untuk kesihatan usus. Dengan pengambilan probitik juga ia dapat meningkatkan kesihatan imun, memperbaiki gejala kemurungan dan menggalakkan penurunan berat badan tau.


1. GKB PROBIO+

GKB Probio+ mengandungi 5 jenis bakteria probiotik dan 4 jenis prebiotik yang dapat membantu pencernaan dan mengurangkan sembelit dan cirit-birit. Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mentakrifkan probiotik sebagai "mikroorganisma hidup yang, apabila ditadbir dalam jumlah yang mencukupi, memberikan manfaat kesihatan. Kombinasi probiotik dan prebiotik ini bukan sahaja membantu pencernaan, ia juga baik untuk penyerapan nutrien daripada makanan, melindungi usus dan mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan imuniti. Keseimbangan mikro ni sangat penting ye untuk tubuh badan sebab ia juga ada kaitannya dengan jangkitan pada alat kelamin.
 

REVIEW GKB PROBIO+
Tak mudah untuk saya sentiasa sediakan makanan yang kaya dengan probiotik, jadi saya ambil supplement yang mengandungi probiotik. Selepas pengambilan Probio+ saya dah tidak mengalami gejala IBS lagi, yang paling seronok tu saya dah tak sembelit. Rasa macam usus jadi lebih sistematik, daripada seorang yang sembelit, perut saya lebih lawas. Setiap pagi dah jadi rutin untuk saya membuang air besar selepas pengambilan Probio+.

Cara pengambilan :
Ambil satu sachet (serbuk 3g) sekali sehari atau sebaik-baiknya selepas makan. Boleh mengambilnya terus dari sachet atau mencampurkannya bersama segelas air/jus/makanan. Pastikan kacau rata sebelum dimakan. Setiap kotak mengandungi 30 sachet. 

KEBAIKAN GKB Probio+
  • Formula probiotik dan prebiotik 2 dalam 1 yang sesuai untuk seisi keluarga.
  • Mengandungi 5 strain probiotik dan 2 jenis prebiotik
  • Berbentuk serbuk, jadi ia mudah untuk dimakan.
  • Setiap sachet mengandungi 20 bilion CFU setiap sachet
  • Memperbaiki persekitaran usus
  • Mengurangkan sembelit dan cirit-birit
  • Meningkatkan sistem imun
  • Penyelenggaraan kesihatan harian

2. GKB PROBIZYMES

GKB Probizyme dirumus dengan Probiotik, Prebiotik, Enzim Karbohidrat, Enzim Protein dan Enzim Lipid yang membantu untuk masalah penghadaman. Probiotik yang mengandungi strain daripada lactobacilli dan bifidobakteria mungkin membantu dengan refluks asid dan isu yang berkaitan. Probizymes ini diformulakan bagi melegakan daripada Gastrik dan GERD, membantu penghadaman, mengoptimumkan pergerakan usus, menyokong fungsi imun dan penurunan berat badan. Penghadaman dan penyerapan nutrien lebih baik sebab di dalam Probizymes terdapat enzim yang sangat baik untuk badan.


REVIEW GKB PROBIOZYMES
Dengan pengambilan setiap hari selepas sarapan, saya dah tak mengalami gejala kembung perut atau senak perut. Perut pun rasa lebih selesa walaupun ada ketikanya saya terlambat makan. Sebelum saya amalkan Probizymes, senak perut dan gastrik angin tu dah selalu sangat, ubat angin dah jadi kawan baik, tapi Alhamdulillah saya dah tak perlu untuk bergantung pada ubat lagi setelah mengamalkan supplement GKB Probizymes. Yang penting kena konsisten tau.

Cara pengambilan:
Ambil satu sachet (serbuk 3g) sekali sehari atau sebaik-baiknya selepas makan. Boleh mengambilnya terus dari sachet atau mencampurkannya bersama segelas air/jus/makanan. Pastikan kacau rata sebelum dimakan. Setiap kotak mengandungi 30 sachet

KEBAIKAN GKB PROBIZYME
  • Setiap sachet mengandungi 4.5 bilion CFU pada tarikh pembuatan
  • Memperbaiki penghadaman
  • Mengekalkan mikroflora perut
  • Mencegah gastrik
  • Mengurangkan senak dan kembung perut

3. GKB LACTOBACILLUS RHAMNOSUS PLUS

GKB Lactobacillus Rhamnosus adalah supplement yang terbaik digunakan untuk mencegah penyakit usus seperti usus bocor atau dysbiosis. Lactobacillus Rhamnosus juga baik untuk menggalakkan kulit yang sihat dan jika korang mempunyai kulit sensitif memang sangat baik tau. Kalau korang nak tahu, dysbiosis adalah ketidakseimbangan mikrob usus yang akan menyebabkan kepada masalah usus yang lain. Untuk wanita yang ada masalah ketidakseimbangan mikrob ni kan, biasanya akan mudah untuk kena jangkitan pada miss V kita tu. Dengan pengambilan GKB Lactobacillus Rhamnosus ia dapat mencegah jangkitan pada miss V, meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit yang berkaitan ketidakseimbangan mikrob ni. Untuk lelaki pun boleh je, sebab GKB Lactobacillus Rhamnosus ni juga baik untuk kulit kerana ia dapat mengurangkan masalah kulit kering dan membuatkan kulit kita lebih sihat tau.

REVIEW GKB LACTOBACILLUS RHAMNOSUS PLUS
Saya personally baru tahu ada kaitan masalah ketidakseimbangan mikrob dengan imuniti dan jangkitan pada miss V. Saya sendiri ambil GKB Lactobacillus rhamnosus plus untuk masalah angin dan usus saya ni, Alhamdulillah, bukan saja ia sangat membantu untuk masalah usus, ia juga mengurangkan masalah jangkitan miss V ni, jadinya tiada lagi rasa gatal pada miss V. dan saya dah tak perlu ambil ubat setiap kali ada masalah jangkitan miss V. Alhamdulillah. Kalau korang ada masalah jangkitan pada miss V, ia mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan mikrob pada usus.  Memang wajib korang cuba GKB Lactobacillus rhamnosus plus dan rasai sendiri perbezaannya.

Jika korang nakkan usus yang lebih sihat sekaligus menurunkan berat badan, Lactobacillus rhamnosus plus adalah pilihan probiotik yang sesuai untuk korang. Selain itu, produk ini juga meningkatkan kandungan air kulit termasuklah kulit muka dan tangan selain menggalakkan kelicinan kulit serta keanjalan kulit. Bukan tu je, kulit pun dah tak kering macam dulu, kulit saya jenis kering di sekitar mulut, Lactobacillus Rhamnosus Plus membantu mendapatkan kulit yang lebih sihat. Produk ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang berusaha untuk mengurangkan lemak perut juga tau. 

Cara pengambilan:
Ambil satu sachet (serbuk 2g) sekali sehari atau sebaik-baiknya selepas makan. Boleh mengambilnya terus dari sachet atau mencampurkannya bersama segelas air/jus/makanan. Pastikan kacau rata sebelum dimakan. Setiap kotak mengandungi 30 sachet. Setiap kotak mengandungi 30 sachet (2g).

KEBAIKAN GKB LACTOBACILLUS RHAMNOSUS PLUS
  • Setiap sachet mengandungi 50 bilion CFU pada tarikh pembuatan
  • Mengekalkan homeostasis usus dan melegakan penyakit berkaitan dysbiosis
  • Pencegahan cirit-birit yang berkaitan dengan antibiotik (ADD) pada kanak-kanak dan orang dewasa
  • Mencegah bakteria berbahaya seperti candida Albicans yang biasanya ada pada jangkitan miss V
  • menghalang atau melegakan gejala alahan
  • Mengurangkan sensitiviti kulit seperti ekzema atopik

4. GKB G-PRO GOLD

G-Pro Gold adalah formulasi prebiotik dan probiotik yang sesuai untuk individu yang menghidapi penyakit gastrik/gerd yang teruk ataupun jika korang ada masalah seperti kolitis ulseratif, Sindrom Usus Merengsa (IBS), dan Penyakit radang usus (IBD). Penyakit Crohn dan kolitis ulseratif biasanya dikenali sebagai penyakit radang usus (IBD). Kedua-dua keadaan menjejaskan usus, tetapi dengan cara yang sedikit berbeza. Penyakit Crohn menyebabkan keradangan pada ketebalan penuh dinding usus, di mana-mana bahagian saluran pencernaan dari mulut ke dubur. Kolitis ulseratif adalah keradangan lapisan dalam usus besar (kolon dan rektum). Setiap orang bertindak balas secara berbeza terhadap IBD. Tahap gejala akan berbeza dari semasa ke semasa dan dari orang ke orang. Tanda dan gejala boleh termasuk sakit perut, pengurangan berat, cirit-birit (kadang-kadang dengan darah dan lendir), keletihan, sembelit, kekurangan zat makanan dan loya.


REVIEW GKB G-PRO GOLD
Saya selalu mengalami gejala sakit perut, sembelit, loya dan kadang ada juga cirit-birit beserta lendir. Simptom yang dialami tu nampak macam biasa je, tapi sebenarnya ia adalah gejala usus yang tidak sihat. GKB G-PRO GOLD sangat membantu saya untuk melegakan gejala yang saya alami. Kini tiada lagi cirit-cirit yang berlendir atau pun rasa loya. Sebelum consume G-PRO GOLD, setiap kali lambat makan memang akan sakit perut dan senak, tapi kini tidak lagi. Walaupun dengan pengambilan supplement saya masih jaga waktu makan dan pemakanan, tidak hanya bergantung pada supplement.

Cara pengambilan:
Ambil 1 kapsul sekali sehari atau sebaik-baiknya sebelum atau selepas makan. Setiap botol mengandungi 60 capsul.

KEBAIKAN 
  • Meningkatkan flora usus
  • Membantu mengurangkan gejala/simptom untuk kolitis ulseratif, Sindrom Usus Merengsa (IBS), Penyakit radang usus (IBD).
  • Tingkatkan imuniti

5.GKB LACTOBACILLUS PLANTARUM GKM3

Kalau korang ada masalah gastrik angin dan penghadaman, probiotik adalah yang terbaik tau. Probiotik ialah bakteria hidup dan yis yang baik untuk usus kita. Pengambilan probiotik seperti Lactobacillus plantarum GKM3 boleh membantu korang mengekalkan atau memulihkan keseimbangan sihat mikroorganisma "baik" ini dalam usus, yang berpotensi memperbaiki cirit-birit, sembelit dan masalah penghadaman yang lain. Lactobacillus plantarum GKM3 ialah sejenis bakteria probiotik yang secara semula jadi ditemui di dalam mulut dan usus. Ia membantu memecahkan makanan, menyerap nutrien dan mengawal mikroorganisma "buruk" dalam saluran penghadaman yang mungkin menyebabkan penyakit. Ia juga terdapat dalam makanan yang ditapai seperti yogurt, kimchi, atau lebih mudah dapatkan supplements probiotik dari GKB International Sdn Bhd. 


REVIEW GKB LACTOBACILLUS PLANTARUM GKM3
Jika korang inginkan kesihatan usus yang lebih baik yang boleh menyebabkan penurunan berat badan, Lactobacillus Plantarum GKM3 adalah pilihan yang tepat. Kalau korang nak buang lemak perut, Lactobacillus plantarum GKM3 ni memang untuk korang, kulit cantik, usus sihat, badan pun lansing, seronok kan? Dah la nak raya ni, wajiblah lansingkan badan, yang penting berat badan turun secara sihat.

GKB Lactobacillus plantarum GKM3 berbentuk capsul, sangatlah senang untuk consume. Pengambilan supplement Lactobacillus Plantarum ini bukan sahaja baik untuk usus saya tapi secara tak lansung berat  badan juga menurun. Perut rasa kenyang lebih lama membuatkan saya kurang makan dan perut buncit pun sedikit susut. 

Cara pengambilan :
Ambil 1 kapsul sekali sehari atau sebaik-baiknya sebelum makan. Produk ini harus dimakan bersama makanan, pastikan makan segera selepas mengambil produk. Ambil 1 capsul setiap kali hidangan berat, contohnya kalau korang makan 2 hidangan berat sehari, ambil 1 capsul untuk setiap hidangan berat. Setiap botol mengandungi 30 capsul.

KEBAIKAN GKB LACTOBACILLUS PLANTARUM
  • Setiap kapsul mengandungi 40 bilion CFU
  • Membakar kalori yang berlebihan
  • Mengurangkan penyerapan kalori ke dalam badan
  • Mengurangkan berat badan
  • Meningkatkan tenaga
  • Menyokong sistem penghadaman
  • Meningkatkan kandungan air dalam kulit agar kulit kekal sihat

Apa yang perlu korang tahu, probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. Inilah keistimewaan produk-produk dari GKB. Lagi satu kan, GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. Selain itu, probiotik yang bentuk granul ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman.

Sejujurnya, pengambilan semua supplement ini sangat membantu masalah gastrik angin dan kembung perut saya, selain jangkitan pada miss V yang sangatlah menggangu kehidupan seharian. Selepas pengambilan supplement dari GKB, saya dapat rasa perubahan yang ketara, saya tidak lagi mengalami gejala dan symptom yang teruk. Dan yang paling best, setakat ini saya tidak lagi bergantung pada ubat setiap kali saya mengalami apa-apa gejala. Walaubagaimanapun, perubahan gaya hidup untuk pemakanan akan lebih membantu menggalakkan keberkesanan supplement. Supplement adalah makanan kesihatan untuk membantu kita mendapat kesihatan yang lebih baik bukan merawat masalah kesihatan ye.

Kalau korang ada gejala gastrik dan GERD cuba elakkan makanan pedas, berangin dan berasid. Satu lagi, ia akan lebih membantu keberkesanan supplement dari GKB. Lagi satu yang saya perasan, saya kurang letih, tak macam dulu bila balik kerja badan rasa sangat letih. Sekarang setiap malam masih mampu buat livestream sampai 2 jam. Terima kasih GKB keluarkan supplement sihat yang sangat bermanfaat untuk semua. Hidup lebih sihat dengan produk dari GKB.

Kalau korang nak dapatkan semua produk GKB di atas, boleh dapatkan di semua farmasi berdekatan termasuklah Alpro  Farmasi. Boleh rujuk senarai farmasi di bawah:

Central: Alpro Farmasi, M CARE Farmasi, Leo Farmasi        
Melaka: Alpro Farmasi, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        
Penang: Alpro Farmasi, MEDS & VITS Farmasi, Pure Farmasi, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Farmasi, Island Retail Farmasi      
Perak: Alpro Farmasi, HTM Farmasi       
East Coast: Alpro Farmasi, Lau & Tan Farmasi, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         
Selatan: Alpro Farmasi, The One Farmasi, You Farmasi, AcePro Farmasi        
Sabah: Alpro Farmasi, LifePlus Farmasi, Pearl Farmasi        
Sarawak: Alpro Farmasi, Trinity Farmasi, Hometown Farmasi, Mana Farmasi

Atau boleh rujuk farmasi yang terkini di sini >> https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188 
Untuk maklumat lanjut korang boleh layari:

RED ID : 1318211221

#gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit

Post a Comment

9 Comments

  1. Saya juga mengamalkan produk-produk probiotik dari GKB ni. Sangat berkesan untuk menyelesaikan masalah perut kembung dan sembelit.

    ReplyDelete
  2. Janama GKB ni banyak produk dah diasingkan mengikut apa yang kita inginkan. Amalkan setiap hari untuk kesihatan usus yang baik. Nanti dapat rasa perbezaannya. Badan lebih ringan.

    ReplyDelete
  3. Memang biasa guna produk probiotik ni. Biasa beli yang minum tu jer. Lepas ni boleh cuba yang ni pulak.

    ReplyDelete
  4. Bagus ni, i also amalkan pengambilan probiotics for my health

    ReplyDelete
  5. Bagus produk supplement dari GKB ni, iena pun amalkan yang GKB Lactobacillus Rhamnosus untuk kulit kering iena and dalam masa sama utk usus jugak :)

    ReplyDelete
  6. Nell pun amalkan GKB products sekarang! glad that I found this and sesuai sgt dengan my current lifestyle, busy with work and banyak makan time food reviews...

    ReplyDelete
  7. Ohh yes these probiotics are good as SiennyLovesDrawing also just added to her healthy routine for greater gut health. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  8. Untuk usus dan pada masa yang sama atasi sembelit. Saya dah amalkan omega3, ni mcm nak consider probiotics

    ReplyDelete
  9. bagus suplemen ni... antara yg mmg sgt rekoemn terutama bagi mereka yang ada masalah dengan perut dan usus

    ReplyDelete