Ad Code

DIET RENDAH KALORI - JOM SERTAI DIET PROGRAM KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS

Assalamualaikum semua

Kesibukan harian terkadang tak membenarkan kita untuk menyediakan makanan yang berkhasiat. Di tambah dengan lambakan makanan viral, nak kawal berat badan adalah satu cabaran yang besar ye untuk zaman yang serba canggih ni hehe. Kajian menunjukkan bagi menurunkan berat badan 70% adalah dari pengambilan makanan yang sihat dan 30% lagi ialah aktiviti senaman. Wow, bunyi macam ilmiah sangat haha tapi itulah hakikatnya, kalau kita nak kurus, memang kena jaga makan pun, maknanya kena DIET. Diet tu bukan maksudnya tak makan ye, itu menyiksa diri namanya. Badan kita memerlukan kalori yang mencukupi agar otot badan dapat membakar lemak secara sihat. Kalau kita berlapar, otak akan bagi signal yang badan kita ni kekurangan makanan, jadinya, badan akan simpan lemak dan membakar otot (penerangan scientific secara bahasa pasar). Ini yang saya baca melalui journal, saya cuma kongsikan agar manfaat untuk semua. Cuma nak bagitau yang berlapar tu bukan diet, ada banyak jenis diet yang kita boleh cuba untuk kawal berat badan. Salah satu diet yang paling saya suka adalah Diet Replacement Meal dari KITSUI.

APA ITU DIET REPLACEMENT MEAL?

Replacement Meal ni adalah penggantian makanan, bahasa mudahnya kita menggantikan pemakanan kita dengan minuman/bar rendah kalori yang mengandungi protein, karbohidrat dan lemak serta diperkata dengan vitamin dan mineral yang baik untuk badan. Ia memang dirumus khas bagi menggalakkan penurunan berat badan dan membantu untuk mengawal berat badan tanpa perlu berlapar.


KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS ( KMRP )

Kalau azam korang tahun ni untuk kurus, jom kita kurus sama-sama dengan KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS ®️ KMRP. Ia adalah program diet yang sangat rendah kalori. Yang bestnya diet ni kita sendiri yang tentukan, maksudnya kita yang pilih sendiri kita nak gantikan pemakanan pada waktu sarapan, makan tengahari atau malam. Dengan pengambilan Meal Replacement Plus ia dapat mengurangkan pengambilan tenaga sehingga 800 kalori sehari. Secara tak langsung ia membantu dalam pengurusan berat badan dan sebagai pengganti makanan yang seimbang. Kalau korang berminat nak sertai diet program kitsui ni, ada tiga level untuk korang pilih tau iaitu :

☘️ DIET PROGRAM KMRP LEVEL 1
Untuk menurunkan berat badan yang normal (Kurangkan 1 hingga 3 kg sebulan), 1 paket sehari (1 penggantian makanan)

☘️ DIET PROGRAM KMRP LEVEL 2
Untuk menurunkan berat Badan yang sederhana (Kurangkan 3 hingga 4 kg sebulan), 2 paket sehari (2 penggantian makanan)

☘️ DIET PROGRAM KMRP LEVEL 3
Untuk menurunkan berat badan intensif (Kurangkan 5 kg & ke atas sebulan), 3 paket sehari + 1 hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan (3 penggantian makanan)


Bergantung pada keperluan korang untuk menurunkan berat badan, boleh pilih level yang sesuai agar berat badan turun secara sihat. Yang penting KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS telah mendapat pengiktirafan dari pihak berwajib dan diakui selamat untuk digunakan.


KMRP ada dijual di Watson dan Guardian tau, bukan sebarang produk boleh di jual disini, semestinya produk yang berkualiti dan diiktiraf sahaja dijual ye. Tak perlu ragu untuk cuba KMRP.

KEBAIKAN KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS

☘️ Berkualiti tinggi dan kaya dengan nutrisi.
☘️ Rendah kalori kerana ia hanya mempunyai 124 kalori setiap sachet. (Kebiasaan makanan sihat mengandungi 300-500 kalori untuk setiap hidangan)
☘️ Mengandungi vitamin dan minerals penting termasuk vitamin A, B12, B1, B2, B6, D, D3, E, C, magnesium, Zink,
kalsium, dan Biotin yang dapat membantu menjaga kesihatan sepanjang proses penurunan berat badan.
☘️ Sumber serat yang baik yang boleh membantu untuk merasa kenyang lebih lama.
☘️ Ia dirumus dengan chocolate milk powder dan cip biskut yang lazat, rasa yang sedap lagi lah berselera nak minum.
☘️Hanya menggunakan bahan-bahan premium seperti Bijirin Oat, Oat protein, Konjac, L-Carnitine dan Biji Chia.

CARA PENGUNAAN :

1) Tambah satu paket KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS ®️ KMRP 30 Grams ke 200-250mL air sejuk atau air suam
2) Kacau atau goncang untuk melarutkan.
3) Jangan gunakan air mendidih. Boleh guna air sejuk atau air biasa.
4) Semua produk yang disediakan hendaklah di minum dengan segera Dan Produk harus di simpan tempat dingin dan kering.


Ramai yang tanya, bolehkah ibu mengandung mengambil KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) ? Jawapannya adalah tidak sesuai untuk ibu mengandung tetapi sesuai untuk ibu menyusu dan berumur 18 tahun ke atas. Ibu menyusu biasanya sibuk, memang tak sempat nak sediakan makanan sihat untuk diri sendiri, penyusu pun memenatkan tau, memang elok sangat ambik KMRP ni sebagai pengganti makanan yang sihat. Lagi pula ibu menyusu kerap rasa lapar. Dengan KMRP bukan sahaja dapat berkhasiat untuk ibu yang menyusukan anak, sekaligus dapat mengawal berat badan, kalori pun rendah. Paling best mudah nak sediakan, hanya bancuh sahaja. Sambil menyusu pun boleh minum KMRP, barulah bertenaga nak menyusukan anak.


REVIEW KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS

Saya ni sejenis yang susah nak control pemakanan, maklumlah banyak sangat makanan viral kan hehe Setiap hari wajib ye ambil 3 kali makanan berat. Saya dah cuba pelbagai jenis diet, doktor sarankan saya cuba kurangkan kalori seharian. Masa mula nak cuba KMRP ni rasa macam tak yakin je akan kenyang, sebab saya memang jenis kena makan berat, especially waktu pagi. 

Minggu pertama saya minum KMRP ni, serius saya kurang rasa lapar walaupun tak ambil menu berat waktu pagi. Yang saya suka KMRP ni mudah sangat nak bancuh dengan air suhu bilik, kalau korang nak sedap bancuh dengan air sejuk, memang sedap tau. Sangatlah jimat masa, kalau dulu kena bangun awal pagi nak sediakan makanan sihat, sekarang dah tak perlu, saya hanya bancuh KMRP je, tak sampai 5 minit dah siap breakfast saya..

Kadang, saya tambahkan kekacang untuk bagi lagi sedap dah kenyang lebih lama. Cuma korang kena pantau la jumlah kekadang dan buah-buahan yang korang tambah ye. Nanti terlebih kalori pulak. Apapun pastikan diet on track tau. Macam saya, saya akan akan gantikan sarapan dan makan malam saya, jadi saya masih ambil nasi untuk lunch. Sejenis tak boleh tinggal nasi haha Kira okay lah ambik nasi hanya sehari sekali, kiranya saya buat diet level 2 ikut saranan Kitsui.


KITSUI MEAL REPLCAMENT PLUS ni hanya RM39.90 sekotak (30gram X 15 sachet), harganya sangatlah berpatutan untuk kesihatan kita. Kalau korang nak cuba diet rendah kalori macam saya, atau nak tahu lebih lanjut boleh layari :


Korang jugak boleh beli produk KITSUI di shopee dan lazada, pastikan sellernya hanyalah KITSUI ya..



Jom mulakan perjalanan menuju masa depan yang lebih sihat dengan Program KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS ®️ KMRP.

Post a Comment

8 Comments

  1. Saya pun sama sis nak control makan tu payah juga hehe..Rasa macam nak cuba juga sebab memang pengguna produk Kitsui ni.

    ReplyDelete
  2. Ohh .... I'm supporting meal replacement as a weight loss control method as it's more practical especially for those with busy lifestyle. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Wow bagus Kitsui has new product, going to check out coz my friends also drinking this

    ReplyDelete
  4. i have previously tried kitsui and i love the products so much. tasted good and functions well!

    ReplyDelete
  5. menarik program ni.. eso puasa nak dekat ..mmg sgt perlukan makanan seperti ini

    ReplyDelete
  6. My friend take this 2 weeks dah nampak berkesan, so i pun nak try

    ReplyDelete
  7. Absolutely a healthier way to weight loss with a meal replacement program. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. Nampak gaya Rawlins dah kena lawat Watsons dan start amalkan diet nie. Huhu.

    ReplyDelete