Ad Code

CARA BELI BARANG DI PGMALL GUNA C WALLET

Assalamualaikum semua

Saya pernah blog tentang PGMALL di blog, dan nampaknya ramai juga yang masih tak tahu cara menggunakan cwallet di PGMAL. Ada beberapa orang yang bertanyakan tentang c wallet PGMALL di posting blog saya.


Posting ini posting yang ringkas saja untuk menjawab persoalan blog reader tentang pembelian menggunakan cwallet pgmall. Kalau korang ada baca posting pgmall saya, saya pernah membeli cincin emas di pgmall menggunakan cwallet jugak.

CARA BELI BARANG DI PGMALL GUNA CWALLET

1. Login akaun PGMALL korang
2. Pilih barang yang korang nak beli dan 'add to cart'
3.Semasa checkout, scroll ke bawah di bahagian PAY VIA CWALLET, korang slide kan butang seperti dalam gambar.

4. Akan ada alert message untuk korang create pin seperti di bawah


5. Isi details dan create pin. Korang akan terima TAC number dekat no telefon yang korang daftar dengan pgmall


6. Bila dah berjaya create pin, Slide je button cwallet tu bila dah create pin.


7. Jika cwallet korang kurang dari harga barang, total akan tu akan tolak amount yang ada dalam cwallet, jadi kita hanya akan bayar baki selepas dah tolak duit dalam cwallet.


8. Bila click confirm order tu, korang kena masukkan cwallet pin, masukkan pin dan submit.


9. Dan boleh buat pembayaran macam biasa. Kalau amount cwallet korang cukup untuk bayar barang yang korang beli, lepas submit pin cwallet kira korang dah berjaya beli di pgmall.



10. Berjaya jugak dapat cashback, yeahhh!!!

Okay tu je cara nak beli di pgmal guna cwallet. Disebabkan nak tunjuk step ni, terjebak beli vacuum robot kat pgmal haha So far barang elektrik kat pgmall yang pernah saya beli Alhamdulillah semuanya berkualiti. Saya pernah beli kipas, bluetooth speaker, hand blender, cincin emas dan semuanya saya berpuas hati setakat ni. 

OK selamat membeli!

Post a Comment

1 Comments

  1. boleh withdraw balik tak amount yg kita topup ke cwallet tu?

    ReplyDelete