VIT'S KAN ADA, MERIAHNYA RAYA

Image
Assalamualaikum semua Bulan Ramadan sudah tiba dan umat Islam di seluruh dunia pasti teruja nak sambut bulan mulia walaupun kita semua masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) dan masih belum dapat merentas negeri. Syukur kita semua masih dapat menunaikan ibadah terawih di masjid dan surau dengan SOP yang ketat berbanding tahun lepas kita semua hanya di rumah. Bazaar Ramadan pun boleh beroperasi macam biasa dengan SOP yang sewajarnya demi menjaga keselamatan semua. Walaupun masih tak boleh merentas negeri untuk balik ke kampung masing-masing untuk menyambutAidilfitri bersama keluarga tercinta, tapi kita tetap bersyukur sebab pihak kerajaandah bagi sedikit kelonggaran dan wajib mematuhi segala perintah yang kerajaan Malaysia dah tetapkan. So harap-harap kita tak langgarlah peraturan yang telah ditetapkan ye. Disebabkan itu, Vit’s jenama mi segera dan mi kering Halal yang telah bertapak di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu ingin menjemput anda semua sempena menyambut Ramad

PENGALAMAN BELI EMAS ONLINE DI PGMALL JEWELS

Assalamualaikum semua

New norma kini, bukan saja keperluan harian je kita boleh beli online, jangan tak tau, emas pun kita dah boleh beli online. Semua di hujung jari, yang jarang ada di hujung tu duit je la haha Di sebabkan PKP, kebanyakkan kedai memang tak bukak, kedai emas pun waktu operasi terhad. Tak kuasa la pulak nak beratur panjang, nak pilih barang yang kita suka pun ambik masa, sedangkan kedai cuma bagi masa satu jam untuk pilih. Tak mudah ye nak cari barang kemas dalam masa satu jam sebab kita ada bajet, kalau duit banyak takpa, main tunjuk je mana suka, haha

Saya ni memang penggemar emas, tak dapat beli, pi kedai cuci mata pun dah seronok tengok design terbaru yang gondu-gondu. Selalu dok perasan iklan PGMall pasal emas, mula-mula rasa macam tak yakin tapi lepas check review semua, saya decide beli cincin kat PGMall Jewel.


Tengok design barang kemas di PGMall ni memang cantik-cantik

Yang best beli kat PGMall ni, harga yang diletakkan telus. Tak ada harga tersembunyi. Harga upah pun dah siap-siap ada untuk item yang kita pilih. Pada saya harga upah tu masih reasonable berbanding kedai emas lain.

Dan jangan risau dengan saiz atau ukuran, memang dah ada untuk kita pilih nak yang mana, berat pun dah dinyatakan, mudahlah kita nak beli ikut saiz dan bajet kita.

Dan selepas puas pilih, saya beli sebentuk cincin design coco. Memang berkenan sangat design coco ni, dah lama teringin, bila tengok kat PGMall ada, terus beli. Memang laku keras tau cincin design ni, masa saya nak beli saiz dah banyak habis. Syukur dapat jugak sebentuk untuk diri sendiri. Alhamdulillah.

Tadaaaaa, cantik sangat design coco ni, simple je.

Cantik kotak PGMall ni kan, nampak esklusif sangat

Cincin Coco idaman

Memang puas hati beli cincin emas di PGmall, lepas ni korang jangan ragu-ragu nak beli emas online, pastikan syarikat/kedai tu bukan scammer sebelum beli. Kalau nak senang beli je kat PGMall, dijamin emas tulen, dan barang akan selamat sampai kat korang. PGMall memang platform online yang dipercayai, barang elektrik mcam blender, kipas pun saya pernah beli kat PGMall tau. Penghantaran pun cepat, semua barang yang saya order kat PGMall sampai dengan selamat. 

Saya dah beli, korang bila lagi? Jom beli emas di PGMall!






Comments

  1. Yaa ada juga rasa was-was memula tau, lagi satu nak puas belek depan mata, tapi kalau paten biasa nampak, ook je beli online sebab kita tau design dia kan.. ingat nak skodeng gak lee hehehehe.. lawa plakk coco design tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawooo kak tapi Coco ambik yang padu kalau tak cepat bengkok hehe

      Delete
  2. Sekarang ramai betul yang mengumpul emas. Katanya tengah murah. Teringin juga kumpul tp masih berfikir-fikir

    ReplyDelete
  3. Cantiknya design kendi gantung tu sis! Tak pernah lagi beli tapi tengah simpan duit nak beli jugak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa beli2 kalau kat pgmall senang harga upah telus

      Delete
  4. Cantik plak cincin coco tu. Rawlins bukan peminat but my sisters are. Maknanya memang legit la membeli emas kat PG Mall ye. Nice!

    ReplyDelete
  5. Cantik jugak cincin tu..iena tak pernah beli emas kat PG Mall lagi sebab tak tau size jari haha..Biasa iena beli emas GAP tu dekat publicgold..adik beradik PG mall sebab iena tak suka pakai emas tapi suka simpan emas

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo bae serik beli emas simpan, pastu hilang dicuri. lani beli semua pakai kat badan. serikkk

      Delete
  6. First time dengar, memang ragu2 jugak nak beli emas online. Beribu tu. Tapi memang cantik la cincin coco tu. Simple.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang simple je. dah lama aim. syukur dapat beli kat pgmall

      Delete
  7. Ada kawan pernh beli emas juga dekat PG Mall.. Memang kerap duk usha emas dekat PG Mall. Bae pun dh beli dh sampai mesti emas kat tu selamat smeuanya.. Lawa cincin tu.. Nanti kita nak usha

    ReplyDelete
  8. nice choice you made, lovely ring design, I always shopping in PG Mall, but yet to discover on gold assessories :) thanks for sharing. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pgmall jewellery collection cantik2. have a look

      Delete
  9. Cantiklah cicin tu, hari tu pun Bonde ada beli pandora champ dekat PG Mall jadi dah ada pengalaman juga... alhamdulillah barang sampai dengan selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh pandora. memamg berkenan gak tu. next purchase

      Delete
  10. Cantik plak cincin tu. Rawlins bukan peminat tapi tau my sisters mesti gembira sebab tau masih boleh beli emas walau takleh keluar rumah hahaha

    ReplyDelete
  11. Saya ada beli juga.. beli charms.. suka dengan rekaan emas dia kemas jee

    ReplyDelete
  12. Peminat emas mesti tunggu harga emas turun kan? Pastu terus menjerung laju-laju. Lagi senang sekarang tak payah pergi kedai emas. Beli aje dekat PG Mall

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpa. pgmall senang upah telus takda sembunyi2

      Delete
  13. Menariknya beli emas online jer.. :P tak perlu pergi physical store dah ye! boleh scroll2 jap nanti... lama tak buat online shopping dah! today nak scroll PG Mall la..

    ReplyDelete
  14. honestly have not tried buying gold online before because i am afraid, but this platform seems legit and the selection is great!

    ReplyDelete
  15. Seallu juga shopping di pg mall tapi emas ni belum try lagi.. InsyaAllah next time kalau ada design yang berkenan di hati😊

    ReplyDelete
  16. Wah menariknya design. Tak sangka ada jual kt PGMall ya. Jap lg sis pi usha. Lawa design tu Bae. Reward diri sendiri kan beli emas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak bell. reward diri. suka design coco ni

      Delete
  17. wah best yer beli barang kemas online jer skrg ni kan. time PKP nak beli emas fizikal kat kedai pun rasa tak best kan. beli online pun puas hati cuci mata design cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kat pgmall pilih la berhari2 takda orang marah haha

      Delete
  18. Saya pun tak guna lagi cwallet dia. Pening nak beli apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu ada beli barang elektrik. pastu kalini beli emas. beli emas je laaaa haha

      Delete
  19. Ada gak tinjau2 emas kat PG Mall ni last last bila time nak check out beli lain haha.. yg emas next time.

    ReplyDelete
  20. Ahahahahha Ruby gelak besar baca artikel ni. Sebab pada mulanya ingat awak beli gelang. Kenapa muat jari cincin aje! Kena tipu ke. Ni masalah bila suka tengok gambar dan belum baca content. Hahaha. Cemas sekejap tau. Akak pun ada pengalaman beli barang kemas di pg mall. Memang mudah dan selamat. Sekarang akak lebih kepada public gold. Bleh kumpul gold bar. Akak jarang pakai barang kemas sebenarnya. So, beli emas padu 999.9 lg untung tau awak. Nanti rerajin tengok kat pg mall bahagian kedai pg museum tu. 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada baca pasal gold bar. tapi penah hilang emas jadi serik nak beli emas yang tak pakai di badan.

      Delete
  21. memang target nak beli emas jugak kat PG Mall , tapi masih memilih lagi sebab nak cari design yang cun dan harga ikut bajet...tapi lawalah cincin tu walaupun design dia simple jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. design coco ni memang cantik. tak telan zaman.

      Delete
  22. Memang best bila dapat beli emas. Seronok nye kan bila dapat beli emas.. Kita pon nak beli jugak, dengar2 harga emas turun lagi

    ReplyDelete
  23. Cantiknya! Nina yang tak berapa suka emas pun tergoda. Dah tengok, harga pun cun

    ReplyDelete
  24. nmpknya baru2 ni byk org yg invest dlm emas. i love the selection of gold they have at PG mall, i think i will buy my first gelang here!

    ReplyDelete
  25. dah ada review camni, baru kite yakin nak beli jugak. tengok harga pun not bad kan

    ReplyDelete
  26. wah bagus juga coz i rasa i pun nak try to simpan emas, will check out PG Mall

    ReplyDelete

Post a comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN

Followers