Ad Code

BERJALAN 5KM UNTUK SAMBUTAN WORLD LUNG DAY 2022 DI TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

Assalamualaikum semua

Ahad lepas saya berpeluang mengikuti #AsthmaWalk di Taman Botani Negara Shah Alam. Seronok juga join aktiviti sihat macam ni, maklumlah dah lama sangat terperap kat rumah masa PKP, walaupun dah boleh bersukan macam biasa, kemalasan tu agak tinggi haha


Bersempena World Lung Day pada 25 September 2022, Pihak Asthma Malaysia telah mengadakan asthma walk untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang kesihatan paru-paru. Hari Paru-paru Sedunia ini merupakan peluang untuk kita semua bersama dalam mempromosikan kesihatan paru-paru secara global dengan memfokuskan kepada 4 perkara :

1. Katakan tidak kepada tembakau
2. Lindungi mereka melalui vaksinasi
3. Menghirup udara bersih
4. Lakukan senaman fizikal secara berkala

YB Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan Malaysia dan Dr. Helmy Haja Mydin yang merupakan Pengasas Bersama Asthma Malaysia juga turut serta dalam aktiviti iini. Asthma Malaysia dengan kerjasama Malaysian Thoracic Society dan Lung Foundation of Malaysia berkolaborasi bersama AstraZeneca dan Johnson & Johnson untuk menjayakan Fun Walk World Lung Day 2022.

Kalau korang nak tahu, Asthma Malaysia ialah sebuah organisasi (non-profit) dengan misi untuk berkhidmat sebagai sumber yang boleh dipercayai mengenai asthma, untuk meningkatkan kesedaran tentang standard penjagaan terbaik dan untuk memperkasakan pesakit dalam pengurusan asthma mereka.


Pagi tu kami semua melakukan zumba untuk panaskan badan sebelum memulakan 5KM berjalan kaki. Seronok jugak sebab dah lama tak berzumba kan. Dapat pulak berzumba dengan YB Khairy Jamaluddin, enjoy betul semua peserta.

"Rang undang-undang Generational End Game, yang bertujuan untuk mengharamkan merokok kepada sesiapa yang lahir dari tahun 2007 dan seterusnya, dilihat sebagai pengubah permainan oleh ramai, berpotensi mewar-warkan generasi pertama rakyat Malaysia yang tidak boleh menghisap rokok secara sah. Ia hanya merujuk kepada satu bahagian Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022

Perkara di atas adalah selaras dengan Inisiatif Global untuk Asthma (GINA), sebuah organisasi kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang diasaskan pada tahun 1993 untuk meningkatkan kesedaran global tentang Asthma. Walaupun asthma tidak dapat disembuhkan, ia mungkin diuruskan untuk mengurangkan dan mengelakkan serangan asthma, yang juga dikenali sebagai episod atau eksaserbasi."


Pagi tu hujan lebat sangat, tapi alhamdulillah by the time nak mulakan aktiviti, hujan dah mula berhenti. Walaupun masih renyai, para peserta tetap bersemangat untuk menghabiskan 5KM. Saya belum pernah masuk ke Taman Botani Negara Shah Alam ni, seronok rupanya. Kawasan yang luas dan berbukit memang sangat sesuai untuk melakukan aktiviti riadah di samping meningkatkan kesihatan paru-paru kita.




Kami semua dapat menamatkan misi berjalan 5KM bersama YB Khairy & Dr Helmi.

Terjumpa beberapa kawan yang turu menyertai aktiviti fun walk ni, haruslah bergambar kenangan

Visi Asthma Malaysia adalah untuk menjadi portal utama Malaysia untuk asthma dengan tujuan untuk mewujudkan pesakit yang lebih berpengetahuan. Asthma Malaysia berhasrat untuk memastikan bahawa penjagaan asthma di Malaysia adalah yang terbaik di dunia dengan tujuan untuk mengurangkan pesakit dan kadar kematian di berkaitan Asthma di Malaysia.

Sebelum bersurai ada cabutan bertuah, dan ternyata saya antara yang bertuah haritu, Alhamdulillah

Saya berharap kempen dan kempen aktiviti sihat sebegini diperluas agar rakyat ada kesedaran yang tinggi tentang kesihatan paru-paru. Memang seronok sangat dapat sertai fun walk ni, harapnya dapat join lagi tahun seterusnya.

Terima kasih Asthma Malaysia.

#AsthmaMalaysia #WorldLungDay2022 #Asthma #epmarketingmy

Post a Comment

0 Comments