Ad Code

MOVIE REVIEW : THAI CAVE RESCUE NETFLIX

Assalamualaikum semua

"Tugas pertama pada keluarga adalah berkasih sayang, saya harap kamu semua saling ada untuk kita semua seperti sebuah keluarga" - Coach Eak

Korang semua mesti ingat kejadian sepasukan bola sepak di Thailand ini telah menggemparkan seluruh dunia pada tahun 2018. Melalui kisah benar, Netflix menampilkan semula di dalam 6 episod bersiri yang difilemkan sepenuhnya di Thailand oleh Michael Russell Gunn dan Dana Ledoux Miller, juga menampilkan pengarah hebat iaitu Nattawut “Baz” Poonpiriya dan Kevin Tancharoen; dan penerbit eksekutif Jon M. Chu, John Penotti, John Logan Pierson, Lance Johnson dan Tim Coddington. Siri ini akan merungkai kisah kanak-kanak lelaki itu, dan kisah keluarga mereka, sepanjang enam episod. Ditayangkan bermula 22 September 2022


SINOPSIS

Thai Cave Rescue ialah cerita tentang pasukan bola sepak remaja yang terperangkap di dalam gua Tham Luang, bersama penolong jurulatih mereka, selama lebih dua minggu pada 2018 apabila tengkujuh membanjiri pintu masuk gua. Seorang budak lelaki bernama Titan (Pratya Patong) diminta berenang keluar, 17 hari selepas pasukan Wild Boar memasuki gua. Mengimbas kembali ke lapan jam sebelum pasukan memasuki gua. Titan sedang tidur di atas rumah Jurulatih Eak (Papangkorn Rerkchalermpoj), terutamanya untuk mengelakkan ibu bapanya yang sentiasa bertengkar. Mereka menyeberangi sempadan dari Myanmar ke Utara Thailand bersama-sama.


Selepas perlawanan bola sepak petang itu, pasukan itu sepatutnya pergi ke padang untuk meneroka gua tempatan. Di ibu pejabat Jabatan Meteorologi Thailand di Bangkok, seorang pelatih bernama Noon Kitwanichsakul (Darina Boonchu) melihat sistem ribut besar menuju ke sempadan utara, tetapi bosnya nampaknya tidak mahu mengeluarkan amaran sehingga dia lebih pasti. Apabila dia mendapat laporan daripada seorang kenalan bahawa lebih seinci hujan telah turun dalam masa sejam, kebimbangannya beralih kepada gua-gua di rantau itu, yang menjadi cepat banjir dan tidak dapat dilalui. Dia menelefon taman negara di mana gua-gua itu berada, dan Pim Jongkat (Manassanan Panlertwongsakul), seorang renjer taman, mencatatkan awan ribut besar menghampiri mereka. Asalnya mereka nak ke gua yang lain tetapi gua itu ditutup, jadi coach Eak mempunyai idea untuk pergi ke Tham Luang, yang mereka masuk sejurus sebelum hujan mula turun. Apabila Pim menyedari ada orang yang telah memasuki gua, ianya sudah terlambat kerana air telah memenuhi gua dan menutup jalan keluar masuk ke gua tersebut.  Kebetulan salah seorang dari pasukan itu tidak ikut serta, dari situlah pihak keluarga tahu yang mereka terperangkap di dalam gua, semua ahli keluarga bergegas ke gua tersebut. Dengan laluan yang sempit, penyelam dari pasukan tentera juga tidak dapat menemui mereka.


Gabenor meminta bantuan penyelam dari luar negara. Penyelam hebat dari beberapa negara akhirnya dapat menemui pasukan bola itu di Pattaya namun amat sukar untuk mengeluarkan mereka. Berjayakah para penyelam menyelamatkan kesemua pasukan bola tersebut? Adakah mereka semua masih hidup atau ada yang terkorban?


REVIEW

Thai Cave Rescue adalah movie bersiri berdasarkan kisah benar. Dialog Thailand dan Inggeris sepanjang siri ini buatkan kita rasa lebih dekat untuk menghayatinya. Siri ini pendek sebab hanya 6 episod, jadi struktur di setiap episod banyak memaparkan kisah penyelamatan. Episod satu lebih santai dan agak slow sebab pasukan tu kan masih belum terperangkap. Dalam episod 1 ni juga lebih kepada pengenalan watak berbanding penceritaan. Bermula episod 4, siri movie ini akan menyajikan scene yang akan menyayat hati. Saya jenis menghayati watak, episod air mata seorang Bae pun bermula. Dan episod akhir adalah yang paling genting. Wajib fokus masa episod ni tau.

Jika movie ini dapat menceritakan secara jelas cara/kaedah yang penyelam Amerika dan Australia gunakan dalam misi penyelamatan ini mungkin cerita akan jadi lebih menarik. Atau lebih menarik jika ada scene detik-detik cemas ke, pastinya akan membuatkan penonton lebih teruja dan ingat pada jalan cerita ini. Secara keseluruhan cerita ini memang best dan sangat menghiburkan. Secara tak lansung kita dapat menyelami sisi kanak-kanak yang terperangkap, keluarga dan pihak penyelamat. Yang paling saya suka, banyak ilmu tentang rescue, perubatan, dan pastinya menyelam dapat kita belajar melalui siri netflix ini. 

Korang pasti akan jatuh cinta dengan siri netflix ini. Secara peribadi saya memang suka cerita berdasarkan kisah benar, dan Apapun misi menyelamatkan pasukan bola ni adalah sangat menarik. Banyak yang kita dapat belajar dari movie siri ni. Jujurnya sangat berbaloi untuk ditonton.

Korang boleh tonton di Netflix 

Post a Comment

0 Comments