SAFI SHAYLA TONIK RAMBUT BERKESAN UNTUK RAMBUT GUGUR

Image
Assalamualaikum semua Kecantikan bermula dari kulit yang sihat, bagi rambut sebagai mahkota wanita, ia bermula dari kulit kepala yang sihat. Sama ada rambut korang menipis, pecah di hujung atau gugur lebih daripada biasa, kemungkinan besar berpunca dari kulit kepala yang tidak sihat. Menggunakan produk rambut seperti syampu, perapi, mask atau serum, sudah tentu akan memberi kesan kepada penipisan rambut. Tetapi untuk menjadikan produk tersebut seefektif mungkin, kita harus bermula dari asas dahulu. Kita perlu konsisten di dalam penjagaan rambut dan produk penjagaan kulit kepala seperti tonik kulit kepala atau serum akan mewujudkan persekitaran yang sihat untuk rambut korang tumbuh. Secara umum, jika kulit kepala korang tersumbat, kering, meradang, atau gatal, ia menjadi punca kepada banyak masalah yang lebih besar seperti kelemumur dan keguguran rambut. Keguguran rambut pada wanita boleh disebabkan oleh tekanan, diet tidak seimbang, perubahan hormon dan lain-lain. Keguguran rambut bagi

RESEPI BISKUT RAYA PALING MUDAH, HANYA PERLU BAKAR 15 MINIT

Assalamualaikum semua,

Di hari raya tak lengkap kalau takda biskut raya kan. Masa kecik-kecik dulu, mak wajib akan buat biskut beberapa jenis, dan anak-anak lah yang perlu menolong. Kalau musim raya je memang dah tahu tugasan wajib setiap tahun. Sehinggalah dah besar ni, kalau rajin masih buat biskut raya. Saya bukan peminat biskut raya, cuma nak meriahkan sambutan dengan buat biskut raya sendiri. Feel tu lain tau dari beli, paling tidak akan buat jugak sejenis. 

Masih berbaki beberapa hari lagi untuk kita buat biskut raya, jom cuba resepi yang saya akang share ni, semua resepi biskut raya ini di ajar oleh cikgu masakan saya. Moga ia menjadi amal jariah buat cikgu ET. 

BISKUT BIJAN

BAHAN-BAHAN:

100gm marjerin
120gm tepung gandum
70gm gula kastor
40gm tepung kastad
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
Bijan dan kuning telur secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK:

1.Satukan mentega, gula, kuning telur dan esen vanila. Kacau hingga rata.

2.Masukkan kesemua tepung. Uli hingga sebati.

3.Canai dan terap dengan acuan yang bersesuaian.

4.Sapu kuning telur dan taburkan bijan sebagai hiasan.

5.Bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 160C.selamat mencuba..

BISKUT BROWNIES COOKIES

BAHAN – BAHAN :

700 g coklat gelap
200 g Buttercup
7 biji telur gred B
400 g gula perang
Esen vanila (saiz 1 penutup)
200 g tepung gandum

CARA MEMASAK:

1.Menggunakan kaedah double boil, cairkan Buttercup dan coklat. Setelah cair, biar coklat sejuk.

2.Pukul rata telur, gula perang dan esen vanila.

3.Setelah gula hancur, masukkan adunan coklat yang dicairkan tadi. Kacau sebati.

4.Masukkan tepung gandum. Gaul sebati.

5.Masukkn adunan dalam beg piping dan picit di atas loyang.

6.Bakar di dalam ketuhar menggunakan suhu 150°C selama 15 minit.

BISKUT KELAPA BADAM

BAHAN – BAHAN :

250 gm mentega
120 gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
100 gm kelapa kering
140 gm tepung gandum
140 gm tepung jagung
30 gm serbuk badam
kuning telur dan bread crumbs - untuk hiasan
Buah ceri

CARA MEMASAK:

1.pukul mentega dan gula hingga kembang.masukkan kuning telur,esen vanila dan putar lagi.

2.masukkan badam kisar,tepung jagung,tepung gandum.kacau sehingga sebati dan jadikan doh.

3.canai dan terap dengan acuan biskut

4.sapukan kuning telur,taburkan bread crumb dan hias dengan ceri

5.bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.

BISKUT CAPPUCINO

BAHAN – BAHAN :

1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
3 sudu kecil pati cappuccino
1 1/2 sudu kecil serbuk koko
225g unsalted butter, suhu bilik dan potong dadu
1/2 cawan gula kastor

CARA MEMASAK :

1.Panaskan oven pada suhu 170 celcius.

2.Ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko.

3.Menggunakan mixer, pukul unsalted butter dan gula sehingga putih dan kembang. Boleh juga dipukul menggunakan tangan.

4.Tukar mixer kepada hook yang sesuai dan pada speed yang perlahan, masukkan pati cappuccino dan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.

5.Masukkan adunan dalam piping bag menggunakan nozzle yang biasa, paipkan secara membulat di atas kertas parchment yang dilapik di atas dulang pembakar. Jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang.

6.Bakar selama 12-15 minit.

Comments

  1. Wowo ..all so so looking delicious tempting cookies, absolutely good sharing for Raya baking time :) cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  2. it's only one week till Eid Mubarak. These cookies look yummy. Thank you for sharing these recipes, Bae.

    ReplyDelete
  3. biskut brownies kukis tu sedap... nanti nak try buat la heheh

    ReplyDelete
  4. Alahai. Mudah kan resipi nie. Macam nak try plak weekend nie. Kalau menjadi, kita share. Kalau tak, kita diam2 hahaha

    ReplyDelete
  5. Senang aje yaa., rajin je yang tak mai lagi ni.. tapi dah berderet menunjuk hahahaha

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya! Rajin buat cookie. Thank you for sharing this recipe.

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing these recipes, going to try out some over the weekend

    ReplyDelete
  8. Thanks for this compilation of easy-to-bake recipe for kuih raya. Will definitely try them out.

    ReplyDelete
  9. thanks for sharing these super easy and fun recipes. cant wait to make them

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

CARA APPLY PERMIT ONLINE HIKING GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN I BAEROSLAN

Followers