PENGALAMAN GUNA PRODUK CETAPHIL BAGI KEMPEN #CETAPHILAMBASSADOR

Image
Assalamualaikum semua Penjagaan kulit yang paling asas adalah membersihkan dan mencuci muka untuk menghilangkan kotoran, peluh dan mekap pada lapisan luar kulit. Memilih pencuci muka yang terbaik bergantung pada kondisi kulit kita. Sebelum membuat pemilihan, adalah lebih baik kalau kita tau serba sedikit tentang kesan pelbagai tekstur dan bahan yang terdapat dalam pencuci muka/pencuci muka. Kalau kulit muka korang jenis kulit kering, cari pembersih yang tidak berbuih dan mempunyai agen penghidratan seperti asid hyaluronik atau ekstrak aloe vera. Untuk kulit muka kombinasi dan berjerawat, cari pembersih jenis gel dengan bahan seperti pengelupasan kimia seperti AHA dan BHA. Jika korang make-up, membersihkan wajah dengan cleanser jenis minyak (oil cleanser) adalah lebih berkesan untuk menanggalkan segala kotoran. Jenama Cetaphil, dipercayai oleh ramai orang yang mempunyai kulit sensitif dan bermasalah. Cetaphil ialah satu jenama yang menyasarkan produknya untuk kulit sensitif. Produk me

TRIP CAMPING DI KEM GEOLOGI, SUNGAI BATANGSI

Assalamualaikum semua

Setelah 2 tahun tak masuk hutan, rindu pada hutan dah tak terbendung. Walaupun masih paranoid nak ke tempat riadah, jadi trip kali ni hanya husband and wife. Tak seperti kebiasaan, bersama kawan- kawan hiking. Sebenarnya lebih seronok camping in a group, tapi tu la, masih paranoid nak lepak lama-lama dengan manusia yang bukan serumah. Mesti ada yang kata, kat sebelah tu ada je khemah? Sama je la, macam lepak dengan orang lain.

Kena faham ye, orang lain tu khemah lain, aktiviti pun tak buat sama-sama. Kalau kita pergi dalam group, mesti akan lepak sama-sama, masak sama-sama, sanggup ke nak pakai face mask 24jam? Tak koserrrr teman haha Untuk sekarang, takpa la, masuk hutan dengan suami je la dulu sehingga hilang paranoid ni. Sebolehnya jagalah SOP, kalau dah tau diri sendiri kang lupa diri bila dah jumpa kawan-kawan tu, ada baiknya elakkan dulu untuk berjumpa, semuanya untuk kebaikan bersama.

Okay, trip camping kali ini dekat je. Objektifnya hanya untuk santai di hutan. Melepaskan rindu pada sungai. Saya seorang yang sangat sukakan sungai. Sebelum covid dulu, setiap minggu akan hiking, tujuannya hanyalah nak mandi sungai, selain nak menawan puncak gunung. Saya lebih suka wild camping, sebab ianya tapak khemah yang lebih privasi. Kami memilih untuk bermalam di Kem Geologi, Sungai Batangsi, Semenyih. Kem Anugerah Outdoor di Sungai Batangsi mempunyai beberapa stage tapak khemah, dan kem geologi adalah tapak khemah yang paling atas.


Inilah barang yang kami bawak untuk 2 hari 1 malam ke kem geologi

Trek hanya pacak landai, cuma sebab ini trek powil jadi kena hati-hati lah ye. Jalan tu banyak berselut.

Inilah treknya, powil tak hantar sampai dalam, jadi kena menapak lah ye sampai ke tapak khemah

Lepas setup khemah, terus sila panggung layan deruan sungai

Hello semua dari Kem Geologi haha Tengok lah betapa bulat pipi tu angkara PKP (padahal diri sendiri yang tak jaga makan lol)

Ini depan khemah, Saja lepak layan kehidupan hutan. Tenang je kat sini, takda internet, takda yang mengganggu

Aktiviti petang hanya lepak saja dan menghayati bunyi hutan, deruan sungai, burung-burung memang mengasyikkan. Rindunyaaaa pada hutan.

Cucur ikan bilis in the making. Inilah perkara indah dalam hutan, masak-masak. seronok tau masak dalam hutan.

Hasilnya... dah jom pi makan tepi sungai, duduk atas batu. asyikkkk

Aktiviti malam buat camp fire untuk halau agas dan panaskan badan. Tapi kawasan ni tak banyak agas pun.

View dari dalam khemah, bestttt sangat

Makan megi dengan hasil tangkapan udang tadi. Kalau banyak mesti sedap hehe


Inilah tapak khemah kami, sangat privasi bila duduk kat khemah tu, masak pun tak ada orang nampak kecuali kalau ada yang mandi manda kat sungai la haha Sebab kami setup khemah menghadap sungai. Secara keseluruhan berkhemah di kem geologi ni best, tenang je. Air sungai cantik, tapak pun best. Kat sini tapak khemah untuk 40 orang pendaki jadi first come first serve. Kalau nak spot yang cantik kena datang awal ye.

TIPS CAMPING DI KEM GEOLOGI

1. Datang awal supaya dapat tapak khemah yang terbaik
2. Bawa tangguk atau rod, kat sini ada spot memancing yang best
3. Bawa kasut yang sesuai jika nak hiking
4. Bawa rod khemah, jadi boleh guna untuk pasang fly sheet, sebab kalau lambat dapat spot di tengah-tengah, jauh dari pokok untuk pasang fly sheet.
5. Batu dalam sungai licin, jadi elakkan mandi dekat batu ye
6. Kalau nak basuh pinggan guna sabun, jangan basuh di kawasan orang mandi, ada sungai kecik dan cetek, boleh basuh kat situ. (Ini dari pemerhatian segelintir yang camping di situ)

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, tangguk udang dan hiking. Jom layan video yang sempat saya record untuk kenangan sendiri. (Dapat record sikit je, selalu dapat masuk hutan, tak berapa minat nak pegang gadjet, dengan geng hiking dulu best, dalam team mesti ada yang 24/7 pegang camera haha)


#camping #naturelover

Comments

  1. Bestnyer masuk hutan dan takde coverage. Rawlins suka! Takde gangguan dan otak tak kusut. Teringinnya nak mandi sungai

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak bercamping. Kalau ada aktiviti pun cuma boleh balik hari je sb anak bulus kat umah tak boleh tinggai. Huhu. Rindu nak ke hutan beriadah dgn nature. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham situasi kak bell tu. bae pernah bela 20+ ekor kucing. kalau nak travel terpaksa upah orang mai jaga kat rumah huhu

      Delete
  3. Such a lovely trip, my last camping trip was 20years ago 😂 adui I think I need one soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. that is too long, u need a fresh one now hehe

      Delete
  4. lama x buat aktiviti mcm ni.. rindu juga.. seronok sebenarnya sekali sekala lari ke hutan seketika

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, seronok tau masuk hutan ni rasa refresh

      Delete
  5. bestnya camping tepi sungai. baru2 ni saya camping tepi laut. hehe mandi sungai rsanya dah lama saya tak pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. laut pun best tido ditemani bunyi ombak giteew

      Delete
  6. Best sesekali camping, pastu masak2 simple macam ni. Syok ade partner onz je semua. Hehehe.. Lama tak buat macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, dalam hutan bukan nak makan beriya sangat pun

      Delete
  7. Bestnya camping, buat pulak lepas lama terperap kat rumah kan. Nice juga aktiviti ni untuk suami isteri kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesza, ramai suami isteri camping kat sini..

      Delete
  8. Seronok yaa dia dah boleh hiking dan camping... hilang segala kepenatan kalau enjoy macam ni kan.. rindu gak nak camping tapi takde geng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nikmattttt sis, tepu otak tak dapat masuk hutan haha

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

CARA APPLY PERMIT ONLINE HIKING GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN I BAEROSLAN

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers