SIRI MI GORENG ITALI VIT PASTI MENYERLAHKAN HARI NATAL ANDA

Image
Rawang, 10 December 2021 - Hai, Pencinta Mi Vit! Ayuh sambut bulan Disember dengan meriah kerana kita pasti merasai semangat percutian! Krismas akan datang dan tidak ada kaedah yang lebih hebat untuk menikmati musim riang ini selain dengan beberapa makanan dan pastri Krismas. Tambahan pula, tiada apa-apa yang terngiang-ngiang dalam sorakan yang meriah seperti hadiah dan makanan Krismas, jelas sekali! Tahukah anda Vit Makanan (Kuala Lumpur) Sdn Bhd bermula sebagai syarikat perdagangan makanan pada tahun 1975 dan secara beransur-ansur menceburi industri mi segera. Sejak pengembangan dan dengan orang yang terbaik dalam tangan, keupayaan dan sumber kami telah memperkasakan kami lebih dekat untuk menjadi pakar mi pilihan dunia yang menandakan piawaian global dalam nilai pemakanan, kualiti dan perkhidmatan. Krismas ialah musim yang ajaib dan dengan membeli produk Vit, anda benar-benar dapat merasakan jiwa Krismas! Vit's Noodles dengan sukacitanya akan memperkenalkan kepada anda tentang s

MINUM PETANG DI NYONYA TINGKAT

Assalamualaikum semua

Lepas balik kerja haritu, colleagues ajak lepak minum petang sebelum balik. Biasalah aktiviti membawang haha Sebenarnya lebih kepada mengupdate diri dengan current issue di office sebabnya department saya antara yang paling hujung jadi kurang berjumpa dengan colleagues di department lain, nak bersembang lagi la tak dapat. So once in a while memang akan ada aktiviti makan sama-sama eratkan silaturahim.

Biasanya kami lepak sushi king sebab itu yang terdekatkan, tapi sekarang sebab covid ni meja di sushi king boleh duduk 2 orang je, dah jadi jauh nak sembang jadinya kawan saya pilih untuk tea time di NYONYA TINGKAT. Kat sini meja panjang, jadi boleh la duduk bertiga. Saya pertana kali masuk kedai ni, dan vibe kedai peranakan tu memang ada dengan dekorasi dan menu yang disediakan. Kami ambik set minum petang yang ada pelbagai kuih muih dan dihidangkan dalam talam.


Set ni untuk dua orang, sebab dalam ralam tu ada dua bubur pulut dan dua nasi serta boleh pilih 2 jenis air. Tapi kami semua dah makan lunch kan, jadi memang nak sembang je bukan nak makan sangat, jadi portion ni boleh je untuk bertiga.


Nasi lemak ni kategori sedap yang boleh dimakan. Nasi lembut, sambal pun kira just nice. Portion pun okay, kecik je memang sesuai untuk minum petang.


Bubur pulut hitam ni sedap, tak manis sangat dan berlemak je sebab ada santan kan kat atas tu. Isi pulut hitam pun banyak, tak ceroi memang sedaplah.


Goreng pisang ni rangup tapi paling failed dalam semua menu yang dihidangkan. isi tepung tebal sangat, jadi ada bahagian tepung yang kurang masak. Bila gigit tu kena asingkan tepung tu. Makan je lah pisang cinonet tu haha yang ni tak sedap.


roti jala sedap dan lembut. Gulungan tu pun tebal, portion pun sesuai untuk 2-3 orang.


Kari ni dihidangkan untuk makan dengan roti jala. Kari nyonya yang sedap dan penuh isi ayam dan kentang. Gambar ni di ambil selepas dah makan ye, isi masih banyak. Kari nyonya jarang menghampakan.

Selain tu ada popia goreng dan karipap. popia tu serius sedap, rangup sangat, walaupun kecil isi pada dalam popia. Karipap tu besar inti pun penuh ye. Tak ada istilah karipap oksigen kat nyonya tingkat. Kami ada order pai tee jugak. Wajib cuba, pai tee kat nyonya tingkat ni berbeza dengan yang saya oernah makan, sos pun lebih padu. serius kena try tau.

Secara keseluruhan kedai ni best, menu pun sedap-sedap. Next time lepak sini nak cuba main dish macam mee kari ke kan. Korang biasa minum petang kat mana?

Comments

  1. Sronok nyer makan-makan di Nyonya Tingkat. Reading your review makes me want to dine here. Maybe I should organize a Girls' Day Out here for my girls and me. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali girl's day out dengan hidangan klasik

      Delete
  2. uishh bestnya. klasik betul cara hidangan. Boleh bayangkan sembang2 petang dengan kawan sambil makan. nanti nak google kat mana Nyonya Tingkat nih , sebab baru tahu.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya minum petang gini - memang Rawlins terus semangat nak makan. And my pilihan utama biasanya pisang goreng - sekali u rate tak sedap plak. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tekak orang lain-lain. u try dulu kot sedap ke kan

      Delete
  4. dekat mana ya nyonya tingkat ni? nampak macam sedap pulak menu2nya. ni kalau petang2 minum2 sambil lepak memang best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat AEON Equine Park, memang best lepak minum petang

      Delete
  5. Faveret Kak Bell roti jala! Lama juga tak makan bubur pulut hitam. Adoii teros mengidam dibuatnya nak makan. Kat mana kedainya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. roti jala sedap, bubur pulut hitam pun sedap. kedainya di AEON Equine Park

      Delete
  6. Alaa bestnya gaya serving dia, ala-ala minum petamg di kampung yaaa.. menunya pun tradisional sangat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah dia memang menu tradisional, seronok je makanan serve dalam talam camtu

      Delete
  7. alamak bestnya.. teringin nak makan lauk pauk tradisi mcm ni.. mmg pias hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih je kak, lauk pauk dia style baba nyonya

      Delete
  8. oh my gosh all my favourite food in there! I must order one day for family too

    ReplyDelete
    Replies
    1. not sure if they have delivery. can try order

      Delete
  9. Masya Allah..sedapnya menu menu kat sini.. roti jala dan nasi lemak pandan tue mmg rare.. nampak sedap dan kena cuba nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lah.. memang sesuai sangat untuk minum petang

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers