CARA APPLY PERMIT ONLINE HIKING GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN I BAEROSLAN

Image
Assalamualaikum semua Trip hiking Gunung Angsi ni trip sebelum covid sebenarnya haha Baru ada masa nak bercerita kat sini. Gunung Angsi terletak di Ulu Bendul, Negeri Sembilan dengan ketinggian 2702ft atau 824 meter dari aras laut. Ia adalah gunung ke-3 tertinggi di Negeri Sembilan. Gunung ni memang antara gunung pilihan para pendaki sebab jaraknya yang tak jauh dari KL/Selangor Untuk hiking Gunung Angsi ada dua starting point. Korang boleh naik dari Bukit Putus atau Ulu Bendul. Trail dari Bukit Putus lebih pendek dan lebih mudah berbanding trail dari Ulu Bendul. Kebanyakkan hikers yang otai akan buat trans Angsi iaitu Ulu Bendul - Bukit Putus - Ulu Bendul, kiranya naik dari Ulu Bendul sampai ke peak, turun ke Bukit Putus, kemudian naik semula ke peak dan turun ke Ulu Bendul. Ia menjadi satu kepuasan untuk hikers kalau dapat buat Trans Angsi ni. Trip kali ni kami adalah training fitness untuk sebagai persediaan untuk hiking Gunung Tahan. kononnya nak buat Trans Angsi, tapi malam sebel

YOUR PRIORITY DETERMINES YOUR DESTINATION

Assalamualaikum semua

Dah lama tak menulis, rindu nak menulis blog tapi masa dan komitmen hakiki tak mengizinkan. Selain kerja hakiki, saya juga sedang menjalani sesi latihan dengan pihak PERNAS untuk menjadi ushawan franchise. Mohon doa dari semua agar saya berjaya menjadi seorang usahawan franchise, agar dapat membantu lebih ramai orang. inshaaAllah


Harini curi masa sikit untuk express update melepaskan rindu pada blog sendiri. Hari jumaat yang barokah ni, nak celoteh sikit tentang 'PRIORITY'. Pagi ini, terdetik tentang keutamaan dalam hidup, terus buat status di Facebook dan rasa nak elaborate lebih di blog ni.


Kebanyakkan dari kita ada impian tetapi terkadang kita tak memberi keutamaan untuk mencapai impian. Tiada usaha ke arah itu, jadi bagaimana nak capai arah yang nak kita tuju kan? Saya hanya bercakap secara general, tak tujukan pada sesiapa secara specific. Cuma nak meluahkan rasa yang terbuku di hati haha

Apa saja tujuan hidup kita, apa saja yang kita nak capai, apa saja impian yang kita inginkan, semuanya perlukan USAHA. Faham, hidup ni banyak perkara yang perlu kita fikirkan, banyak tanggungjawab dan komitmen kita. Tetapi, bukankah hanya kita yang tau apa yang lebih UTAMA untuk kehidupan kita sendiri?

Maaf, 'I don't buy BUSY as an answer' haaa cakap omputih sikit haha,

Jika kita menyatakan sibuk, penat, tak mampu, disitu menunjukkan keutamaan kita yang sebenar. Contoh paling mudah, saya dah lama tak update blog disebabkan kerja hakiki dan sedang menjalani latihan secara maya dengan pihak PNS, jadi disini kita boleh nampak, latihan dan pekerjaan saya lebih utama dari blog. Bukan bermaksud blog ni tak bermakna bagi saya, cuma pada situasi tertentu kita lebih tahu apa keutamaan yang perlu kita berikan.

Kesimpulannya, terpulang pada kita untuk memilih apa yang lebih utama, cuma jangan di lupa, keutamaan kita mungkin membuatkan orang sekeliling terluka. Fikirkan sejenak dan muhasabah serta perbaiki diri. Manusia memang tiada yang sempurna, cuba sehabis baik untuk bahagiakan orang yang tersayang. Kita tak tahu entah harini, atau esok adalah hari terakhir untuk bersama. Hidup ini bukan dalam genggaman kita, utamakan yang lebih utama sementara masih ada waktu yang tersisa. Jangan lupa, hidup ini bukan hanya untuk diri sendiri.

Hidup di dunia hanya sementara, hiduplah sesungguhnya untuk negeri abadi.

Bae Roslan
Pulau Mutiara

Comments

  1. Teringat masa semangat kuat apabila menyertai satu group bisnes, setiap Rabu malam akan pergi kelas. Everyday set appointment. Semuanya sebab nak berikan kesenangan pada keluarga. Alhamdulilah, kaya raya tu tidak tapi boleh memberi pada keluarga la sekarang.

    ReplyDelete
  2. Betul utamakan priority dulu. Marsha pun tulis blog after habis waktu kerja even WFH. Kerja hakiki tu keutamaan.

    ReplyDelete
  3. Betul. Apa yang nak dicapai perlukan usaha. Takyah nak cakap target tu target ni. Show result teruih. Kan.

    ReplyDelete
  4. Ada orang pun impian, then nampak dan mendengar orang lain berjaya, terus berubah pulak... impian yang tadi di biarkan, kalau untung nasib perubahannya menjadi, kena tak bernasib baik yang bukan nidang atau kinat dia, ermmm impian musnah.. sbb tu kena ikut hati sendiri, jangan ikut orang..

    ReplyDelete
  5. Ada kalanya alasan diberikan utk mengelak dari terjebak dengan perkara yang kita tak strong. Contoh macam bisnes yang meragukan. Kita cakap kita busy dengan perkara lain. Keutamaan menjaga keluarga bukan tertumpu menjaga sahaja. Kewangan juga perlu dijaga. Amanah Allah untuk jaga kelangsungan kehidupan suami dan anak-anak. Tambahan pada musim pandemik.

    Ada juga alasan tidak mahu menerima job berisiko. Komitmen yang sedia ada juga sedang dipikul dengan berat. Jadi, priority akak buat masa ni. Akak nak mental health terkawal dan less stress. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Keutamaan memasing tak sama. Semua orang pun busy dengan urusan mereka. Kita je tahu yang mana perlu didahulukan. InsyaAllah Semoga dipermudahkan segala urusan kita sekeluarga dan dilindungi Allah selalu. Aamiinnn

    ReplyDelete
  7. Motivasi berguna ni hidup hanya sementara jadi buat bersungguh-sungguh hurmmm kena juga ni nak berubah sekarang ni...

    ReplyDelete
  8. setuju! macam khai setiap malam akan buat list apa yang nak dan kemana nak pergi at least benda tu sebagai terapi jiwa nanti hiks

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers