12 IDEA REKAAN ROTI JALA JELITA VIRAL

Image
Assalamualaikum semua Saya suka tengok hiasan untuk roti jala jelita yang viral sangat sekarang menggantikan kek di hari jadi atau apa-apa sambutan keraian. Posting facebook ini di kongsi oleh Puan Fairus Yus , yang mana semuanya adalah hasil air tangan beliau. Bukan mudah nak cari idea kan, pembuat roti jala mesti kreatif dalam hiasan dan gabungan warna roti jala agar tampak lebih menarik. Saya kongsikan 10 rekaan roti jala jelita untuk korang, mana tau ada yang nak cuba buat kan. Boleh juga dapat kan ilham dari hasil karya orang lain. Tapi bukan tiru bulat-bulat lepas tu claim pulak rekaan sendiri. NO... NO.....NO...... Jangan buat macam tu tau. Kesian tuan punya idea mengerah otak untuk hasilkan rekaan yang kebabom. Gittewww Cantik kan semua rekaan roti jala ni? Tak nampak macam roti jala, nak makan pun macam rasa sayang pulak hehe. Sangat-sangat kreatif pada mereka yang hasilkan roti jala ni, yang menariknya, tulisan ucapan Happy Birthday, semuanya dari roti jala tau. Pada yang be

WORDLESS WEDNESDAY - 7 RACUN BINATANG PALING BAHAYA DI DUNIA

Assalamualaikum semua

Jom kenali 7 binatang yang mempunyai rcun paling berbahaya di dunia. Saya baca fakta ni dalam majalah National Geographic, dapatlah kongsikan dengan korang semua. Kalau korang jumpa binatang beracun ni apa reaksi korang?

SIPUT LAUT (MARBLED CONE SNAIL)

Satu titis racun siput laut dapat mrmbunuh lebih dari 20 orang manusia. Gejala yang dialami adalah bengkak,kebas dan gatal-gatal

ULAR TEDUNG SELAR

Bisa racun ular ini 5 kali ganda lebih banyak daripada ular mamba hitam dan dapat melumpuhkan Gajah Asia hanya dalam 3 jam selepas dipatuk.

POISON DART FROG

Tubuhnya yang unik dan warna yang menarik tapi paling beracun. Racun yang terdapat pada kulit katak ini dapat membunuh dengan hanya menyentuhnya

DEATHSTALKER SCORPION

Racunnya merupakan campuran berjenis-jenis racun yang akan menyebabkan rasa sakit, koma, kekejangan, lumpuh dan kematian.

IKAN BUNTAL (PUFFER FISH)

Kulit dan beberapa organ lain ikan ini sangat beracun yang akan buatkan lidah dan bibir kita kejang, pening, muntah-muntah, kesukaran bernafas dan kelumpuhan otak.

BRAZILIAN WANDERING

Labah- labah ini memiliki racun neorotoxin paling bahaya. Hanya dengan 0.006mg ia mampu membunuh seekor tikus

OBOR-OBOR KOTAK (BOX JELLYFISH)

Racun haiwan lembik ini mampu menyerang jantung, sistem saraf dan sel kulit. 5,567 kes kematian disebabkan racun obor-obor ini semenjak 1954.

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers