TIPS RANCANG BERSARA AWAL DENGAN ILEARNFROMCLOUD.COM

Image
Assalamualaikum semua Situasi Covid19 yang melanda kini telah menghadkan pelbagai aktiviti kita diseluruh dunia termasuklah menimba ilmu. Namun, dengan bantuan teknologi, kita masih dapat belajar, semuanya bergantung pada diri sendiri. Luasnya ilmu tidak hanya terhad pada pembelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai platform eLearning yang boleh kita pilih bagi meningkatkan kemahiran diri. Memperkenalkn ILearnFromCloud.com adalah platform pembelajaran sosial yang direka untuk membantu korang bagi memperoleh kemahiran yang akan mendapat permintaan tinggi pada masa akan datang. Setiap orang mempunyai kemampuan belajar yang berbeza-beza, terutama di bidang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang terhad. Tidak seperti laman web eLearning lain yang menyediakan kursus dalam talian, pembelajaran melalui ILearnFromCloud.com membawa kaedah yang paling berkesan untuk belajar, iaitu adalah dengan memiliki seseorang di sisi, membimbing kita di setiap langkah, dan mengarahkan ke arah yang betul

MOVIEW REVIEW - SARKAR

Assalamualaikum semua

Moview review kalini saya nak kongsikan sebuah movie tamil iaitu Sarkar yang ditayangkan pada tahun 2018..

Filem:
Sarkar

Pengarah &
A.R. Murugadoss

Penulis:
Jayamohan (dialog), A.R. Murugadoss (dialog)

Pelakon:
Joseph Vijay, Keerthy Suresh, Varalaxmi Sarathkumar


Sarkar bermaksud kerajaan, filem ini berkisar tentang politik di India ini ditulis dan diarahkan oleh AR Murugadoss, dan dihasilkan oleh Kalanithi Maran di bawah panji Sun Pictures. Dialog itu ditulis bersama oleh Murugadoss dan B. Jeyamohan. Filem ini dibintangi oleh Vijay, Keerthy Suresh dan Varalaxmi Sarathkumar sementara Yogi Babu, Radha Ravi, dan Pala. Karuppiah memainkan peranan menyokong. Dalam perfileman tamil, sapa je yang tak kenal Vijay kan?


Filem ini mengisahkan Sundar Ramaswamy (Vijay), seorang India bukan penduduk (NRI) yang tiba di India dari Amerika Syarikat untuk mengundi. Tetapi, orang lain telah memilih undian bagi pihak dia dan ini membuatkan Sundar menjadi marah kerana ia jelas satu penipuan, dan rupanya ramai rakyat yang tidak dapat mengundi kerana undi mereka telah didaftarkan.

Sundar meminta Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Tamil Nadu dan menuntut penundaan pada keputusan pemilihan untuk kawasannya, dengan membatalkan semua undi hantu dan membuat pengundian semula secara sah. Sundar mula meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat tentang pemalsuan undi.

Kerana penipuan yang terjadi semasa pilihan raya ini dia memutuskan untuk bertanding sebagai ahli politik. Tindakan Sundar membawanya bertentangan dengan dua ahli politik berpengaruh dan korup iaitu M. Masilamani, yang merupakan Ketua Menteri Tamil Nadu; dan saudaranya Malarvannan "Rendu". Walaupun parti Masilamani memenangi pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya membatalkan keputusan berdasarkan permintaan Sundar, dan pemilihan baru dijadualkan berlangsung dalam 15 hari ke depan. Setelah percubaan dilakukan oleh penjahat Rendu, Sundar memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya menentang Masilamani sebagai parti Bebas. Reputasi Sundar sebagai ahli perniagaan berjaya di Amerika Syarikat mendapat pengaruh di kalangan rakyat, demi keadilan ini dia mengundurkan diri dari syarikatnya untuk mengelakkan konflik kepentingan.

Ini Nila, teman wanita Sundar, dalam sibuk berpolitik, masih sempat bercinta tau. Tapi Nila di pihak lawan kerana ayah dia orang kuat parti lawan. 

Pada ketika ini, dia menyedari bahawa seluruh sistem politik di negeri dan negara memerlukan reformasi, jadi dia memutuskan untuk bertanding di semua kawasan di Tamil Nadu bersama dengan para penyokongnya. Sundar memperoleh bukti video di mana orang-orang yang telah berusaha untuk mendedahkan korupsi Masilamani dibunuh dalam keadaan misteri, dan dia berencana untuk memberitahu semua kebenaran ini kepada media agar Masilamani ditangkap atas semua kejahatannya.


Sementara itu, anak perempuan Masilamani Komalavalli "Pappa", yang berpusat di Kanada, tiba di Chennai setelah mendapat tahu bahawa ayah dan pamannya telah kehilangan sokongan kerana Sundar. Dia memutuskan untuk merosakkan reputasi Sundar dan menjadikannya sebagai orang yang korup dan lapar kuasa. Dia mengatur kemalangan kereta dan memerangkap Sundar adalah dalang disebalik kemalangan itu, dan ini membuatkan Sundar kehilangan banyak sokongan orang ramai. Dia meneruskan agendanya dengan membunuh ayahnya sehingga pihaknya mendapat undi simpati. Kejahatan ini memastikan bahawa Pappa, calon Ketua Menteri baru untuk partinya, kemungkinan akan memenangi pilihan raya.

Pada Hari Pemilihan, mesej Twitter yang dtular membuat rakyat mula mengetahui kebenaran sebenar di sebalik kemalangan dan kematian yang berlaku sebelum pilihan raya. Adakah Sundar atau Pappa yang memenangi pilihan raya?


REVIEW

Jalan cerita untuk movie ini adalah tentang politik kotor yang berlaku di India. Jalan cerita banyak plot twist yang penonton tak dapat nak agak apa yang berlaku. Dan pada saya penggunaan twitter adalah plot yang terbaik. Ia menunjukkan teknologi dan social media memainkan peranan penting pada masa kini. Lakonan Vijay memang tak dapat disangkal lagi, memang tip top. Movie ini seimbang dengan aksi, kekeluargaan, percintaan, kisah lucu semua complete. Semua movie lakonan Vijay memang best. Untuk movie ni saya rate 7.5/10 sebab cerita berkaitan politik sangat cliche, tetapi kagum dengan usaha Sundar yang dapat mempengaruhi rakyat untuk membuat pemilihan semula. Kuasa rakyat adlaah besar jika semua rakyat bersatu, kerana kitalah yang memilih pemimpin. Jika rakyat dizalimi, kemungkinan rakyat sendiri tak bersatu untuk memilih pemimpin yang adil. Ini hanya pendapat saya berdasarkan movie ni. Selamat menonton.

Comments

  1. Akak suka tengok citer tamil macam ni..berkisahkan politik kotor dan kezaliman pemerintah..mereka sanggup berbunuh- bunuhan bagi mencapai matlamat kan..sempat lagi dia bercinta erk...hehehe..Vijay ni agak famous dikalangan peminat cerita tamil kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang femes. ala2 srk kalau untuk movie tamil

      Delete
  2. Wahh... Vijay. Memang suka tengok lakonan Vijay ni. Lately ni memang dah jadi peminat filem Tamil. Boleh lah tengok nanti ni.

    ReplyDelete
  3. macam menarik la cerita dia ni. Kisah pasal politik kotor pula tu. kena cari cerita ni, pelakon pula best best semuanya.

    ReplyDelete
  4. saya berkenan nak tgk movie ni sebab hero nya tu, sis. mantap lakonan dia. byk movie da tgk yg dia berlakon.
    politik memang rata2 memana pun kotor. ni berkait plak dgn pengundi hantu hmmmm... mcm familiar aje di negara kita hu hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan vijay ni memang famous. selevel dengan shah rukh khan dah

      Delete
  5. Rasanya memang politik sebegini di mana jua kan. Mesti Rawlins akan emo bila tengok movie nie kelak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha tu la mana2 negara pun ada politik kotor

      Delete
  6. Sungguh berani yer mereka untuk buat movie macam ni kalau kat negara kita kena dah tu hehehe tapi betul penipuan undi banyak terjadi kat sana... Tengok pelakon memang kegemaran ramai ni hehehe boleh lah layan tengok cerita ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. negara kita buat movie camni memang kena cantas dulu. tak lepas haha

      Delete
  7. Ooo cite politik laaa ni ek.. Sis kalau cite yang berat gini memang payah nak layan, tapi kalau enceritaan dia dr mula agak bagus tak bosan dan tak terlalu banyak bercakap, haaa boleh tengokk..

    ReplyDelete
  8. Zaman sekarang ni yang paling 'laku keras' adalah politik. Di India pun memang tak dinafikan . Sapa yang ada kuasa dialah 'hero' dalam segal;a part . Kadang dalam movie pun relate gak kan dnegan reality . Syok gak layan tamil sesekali

    ReplyDelete
  9. Hahhaaha.. Kt mana2 berlaku benda ni kan.. Lagi sedih berlaku tanah air sendiri.. Geram tapi tu la kita ni mcm xleh buat apa2 ja.. Buat pilihanraya pun boleh suka hati lompat sana sini.. Baik xyah buat pilihanraya lain kali 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah kita ni rakyat marhaen je. tapi memang best cita ni

      Delete
  10. Lama tak tengok filem tamil. Cerita ni macam menarik jugak. Suka jugak jalan cerita yang pasal kerajaan corrupt ni mesti best bila semua benda terbongkar. Nanti nk try cari la.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers