HOTEL PREMIERE KLANG PERKENALKAN LAKSA FIESTA, PROMOSI BULAN SEPTEMBER & OKTOBER 2021

Image
Assalamualaikum semua Saya pernah kongsikan makanan yang sedap-sedap di Hotel Premiere Klang sebelum ini, dan untuk promosi bulan September dan Oktober, Hotel Premiere Klang sekali lagi ada promosi di Restoran The Buzz yang menawarkan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa, Hotel Premiere Klang adalah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Mereka mempunyai 3 jenis restoran iaitu The Buzz, Royal Gourmet menyajikan hidangan asli Cina yang unik sedangkan Ichi Pool Bar adalah restoran-bar yang mudah menyajikan makanan ringan, burger dan pizza yang menghadap ke kolam renang. Promosi di restoran The Buzz kali ini menampilkan dua jenis hidangan iaitu SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO dan juga LAKSA FEAST SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO Set chicken wings ini dilengkapi dengan beberapa kentang wedges dan coleslaw berkrim dalam kombo. Ia juga didatangkan bersama 2 pilihan sos pedas dan tak pedas sesuai untuk seisi keluarga. Mak ayah boleh makan so

NUKILANBAE - HILANG BUNGA DITELINGA

Assalamualaikum semua

Sumber :Google

Hilang Bunga Di Telinga

Kemana Menghilang,
Damai Hati Berbunga,
Cuma Resah Kini Meraja,

Akulah Pemburu,
Rindu Dalam Kelam,
Gelap Tak Berpenghujung,
Celik Tanpa Arah,

Kau Di Bawa Angin,
Menjauh Tanpa Jejak,
Tinggalkan Segala Cerita
Duka Nista Penglipur Lara,

Oh Angin,
Bawa Pergi Khayalan Luka,
Derita Hati Tanpa Suara,

'Bunga Di Telinga' Mu Itu,
Akan Tetap Bersamaku,
Hanya Kau Yang Tahu.

bae30042019

Bunga di telinga adalah lagu yang ditulis oleh Noh Salleh. Bait-bait lagu ini sangat indah dan lebih indah bila ditujukan buat hati dah kian lama menyepi dari kata rindu. Berbunga hati bukan kepalang, namun kebahagian tak lama, dirangut lagi dan terhasillah puisi 'Hilang Bunga Ditelinga'. Puisi ini mengisahkan pasangan bercinta yang dikecewakan, namun dia sabar menanti kepulangan pasangan. Hanya lagu 'mereka' menjadi penawar duka lara.

DISCLAMER: Kalau korang selalu baca hasil nukilan puisi saya, ianya banyak berkisarkan soal hati dan perasaan. Kerana semua coretan nukilan ini adalah kisah yang dilalui sendiri oleh penulis atau penelitian disekeliling. Terima kasih pada yang sudi membaca hasil nukilan saya, Puisi ini hanya coretan peribadi yang tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

Comments

  1. Lagu2 yg noh tulis mmg best. Mmg suka dia dri dkt kumpulan hujan lg. nk try lah dgr lgu ni

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. best juga bila baca. kalaulah saya ni pandai tulis kata kata puitis kan best. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la mula menulis, mantau ada bakat terpendam

      Delete
  4. Sayu pulak baca puisi ni. Terima kasih sebab jelaskan tentang maksud. Saya ni bukan sastera sangat, tak pandai nak tafsir puisi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah saya pun bukan budak sastera, tapi jiwang lebih kan tu yang buat puisi haha

      Delete
  5. Rawlins pun suka mengarang puisi hasil tangisan hati - especially di kala menyendiri dan bersedih. Kala gembira, Rawlins suka menulis cerpen. Hurm. Lamanya tak menulis cerpen. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh bestnya tulis cerpen, saya tak pernah cuba tulis cerpen

      Delete
  6. puitis sungguh. nice bila dibaca. menggunakan bahasa yg baik. dan ia byk tersirat. kita kena bebenar faham dan masukkan diri dalam penceritaan. barulah terasa pilunya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tulis puisi pun begitu, kena hayati watak baru dapat menulis

      Delete
  7. Lama tak layan lagu Noh. Pandai bae berpuisi. Indah aje membacanya. Teruskan berpuisi ya bae. Tak ramai orang yg pandai menyusun ayat cantik2 mcm ni

    ReplyDelete
  8. saya sendiri tak berapa nak pandai berpuisi, tapi suka bila baca puisi2 yang menggunakan bahasa tinggi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun taktau sangat tentang bahasa, hentam je karang puisi

      Delete
  9. Marsha suka baca puisi. Dulu-dulu masa sekolah suka buat puisi. Sekarang nak berkarat sebab lama tinggal.

    ReplyDelete
  10. On the real life experience can wrote out a good masterpiece kan! Sebab penulis akan dalami the feel and share it out in their work... I suka baca puisi2 sis...

    ReplyDelete
  11. Sangat berpuitis. Lagu Noh Salleh pon majoriti lagunye semua berpuitis. Penuh kesenian

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, lirik noh lebih puitis dan penuh seni

      Delete
  12. Apakah semua nukilan Bae ini menjiwai semua perkara yang Bae lalui? Jika benar, peritnyaaa rasa.. Sis dapat rasakannnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya bae menghayati watak sis, kalau tak, ilham tak muncul haha

      Delete
  13. Seronok juga ya baca puisi oleh Noh Salleh ni. Hebat penulis begini. Setiap puisi yang ditulis boleh buat hati kita menjiwai.

    ReplyDelete
  14. Sedap puisi Bae, pandai berpujangga. Saya zmn sekolah pun rajin karang puisi tapi dlm english. Poem la kan, zaman-zaman anak dara dulu suka pendam perasaan tu yg terhasil poem tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. poem pun ada jugak tapi tak banyak, sebab tak pandai sangat haha, nanti bae sharekan

      Delete
  15. Perggghhh Noh Salleh punya lirik memang best kak. Dia puitis kan. Sebab semua lagu dia jenis ada maksud mendalam. Rindu zaman dulu punya muzik.

    ReplyDelete
  16. a very nice poem from you! I admire ppl who can write like you! Keep up the good word

    ReplyDelete
  17. Puitis sangat dan mempunyai maksud tersendiri. Bukan mudah nak buat ungkapan demi ungkapan. Teringat zaman study dulu...

    ReplyDelete
  18. Bila sebut pasal angin.. Saya teringat lagu Feminin. Angin Bayu.. Tau dak lagu ni?

    ReplyDelete
  19. Lagu Noh Hujan memang menusuk kalbu i like his songs especially the lyrics.

    ReplyDelete
  20. you're really talented in your puisi art, always enjoy your creation :) cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  21. Puisi ni nak baca minda kena kosong dan hati kena tenang sebab nak kena fahami segala bait2 patah perkataanya. Akak pun dulu-dulu juga seorang yang suka berpuisi tapi lama-lama rasa macam puisi akak terlalu berhiba pulak. Akhirnya sendiri baca sendiri yang murung. Ehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers