TIPS RANCANG BERSARA AWAL DENGAN ILEARNFROMCLOUD.COM

Image
Assalamualaikum semua Situasi Covid19 yang melanda kini telah menghadkan pelbagai aktiviti kita diseluruh dunia termasuklah menimba ilmu. Namun, dengan bantuan teknologi, kita masih dapat belajar, semuanya bergantung pada diri sendiri. Luasnya ilmu tidak hanya terhad pada pembelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai platform eLearning yang boleh kita pilih bagi meningkatkan kemahiran diri. Memperkenalkn ILearnFromCloud.com adalah platform pembelajaran sosial yang direka untuk membantu korang bagi memperoleh kemahiran yang akan mendapat permintaan tinggi pada masa akan datang. Setiap orang mempunyai kemampuan belajar yang berbeza-beza, terutama di bidang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang terhad. Tidak seperti laman web eLearning lain yang menyediakan kursus dalam talian, pembelajaran melalui ILearnFromCloud.com membawa kaedah yang paling berkesan untuk belajar, iaitu adalah dengan memiliki seseorang di sisi, membimbing kita di setiap langkah, dan mengarahkan ke arah yang betul

NUKILANBAE - HIDUP INI PILIHAN

Assalamualaikum semua,

Sumber : Google

Dia..
Yang Menjauh,
Layu Bersama,
Bunga Di Telinga,
Diberikan Padamu,
Tanda Kasih Dahulu.

Kau..
Utuh Disitu,
Dalam Keretakkan,
Sentiasa Berkaca,
Menusuk Pedih,
Hati Sendiri.

Bingung,
Punya Kaki,
Namun Tak Berlari,
Punya Tangan,
Dibiar Dalam Ikatan,

Hanyutlah Kau Sendiri,
Terkapai Menanti,
Sesuatu Yang Tak Pasti,

Bukankah Hidup Ini Pilihan?

bae@13062019


Puisi yang di hasilkan pada Jun 2019 ini terasa sangat dekat di hati. Hidup ini sesungguhnya memang pilihan kita sendiri. Apa saja yang kita pilih, kita saja yang rasa dan lalui, kita juga yang akan menanggung baik buruk atas pilihan kita itu. Puisi ini tentang hubungan yang diibaratkan tergantung tanpa tali, kesakitan, kekecewaan yang tiada penghujungnya. Namun, jika kita berhak memilih untuk bahagia jika juga berhak memilih untuk merasa derita. Buat pilihan yang untuk diri sendiri, terkadang ada masanya kita tidak perlu memikirkan orang lain selain hati sendiri.

DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

Comments

  1. Betul kan! Well said ni... Kita seharusnya membuat pilihan yang memihak kepada kebahagian kita diri sendiri dan barulah pada orang lain! We need to be selfish for our own happiness! But we still need to have balance in a way!

    ReplyDelete
  2. you are right. we have the right to choose what we want to do in our life

    ReplyDelete
  3. Pilihan di tgn sendiri..samada kita nak terus bersedih atau nak bahagiakan diri sendiri. Sis nak terus bahagiakan diri..:)

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Ada kalanya menyesal dengan pilihan yang dah dibuat tapi hidup mesti diteruskan dan belajarlah dari kesilapan pilihan di masa lampau.

    ReplyDelete
  5. Betul tu...dalam hidup ni kita perlu buat pilihan. Samada betul atau salah kita tetap kena buat pilihan.

    ReplyDelete
  6. Menyentuh hati betul bait bait perkataan nya. Rasa macam kena je dgn situasi Syu sekrang ni. Sobss this makes me so emotional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. be strong ya syu.whatever happen Allah is with us

      Delete
  7. Absolutely spotted on & agreeing to your sharing here, life is short, so we need to decide what we love & happy :D Let's enjoy meaningful life cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. hmm..kita kena lebih menghargai kehudpun agar setiap apa yg kita lalui menjadi lebih bermakna

    ReplyDelete
  9. Bahagia tu kita yang cipta, cuma jangan bahagia atas penderitaan orang lain.. semuanya atas tangan sedniri.. paling tak suka cipta kebahagiaan tapi orang lain menderita..

    ReplyDelete
  10. Well said bae. Yup hidup ini kte yg tentukan sbb kte kena bahagia ikut cara kita bkn ikut org lain

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers