VIT'S KAN ADA, MERIAHNYA RAYA

Image
Assalamualaikum semua Bulan Ramadan sudah tiba dan umat Islam di seluruh dunia pasti teruja nak sambut bulan mulia walaupun kita semua masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) dan masih belum dapat merentas negeri. Syukur kita semua masih dapat menunaikan ibadah terawih di masjid dan surau dengan SOP yang ketat berbanding tahun lepas kita semua hanya di rumah. Bazaar Ramadan pun boleh beroperasi macam biasa dengan SOP yang sewajarnya demi menjaga keselamatan semua. Walaupun masih tak boleh merentas negeri untuk balik ke kampung masing-masing untuk menyambutAidilfitri bersama keluarga tercinta, tapi kita tetap bersyukur sebab pihak kerajaandah bagi sedikit kelonggaran dan wajib mematuhi segala perintah yang kerajaan Malaysia dah tetapkan. So harap-harap kita tak langgarlah peraturan yang telah ditetapkan ye. Disebabkan itu, Vit’s jenama mi segera dan mi kering Halal yang telah bertapak di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu ingin menjemput anda semua sempena menyambut Ramad

CARA ATASI KESEDIHAN

Assalamualaikum semua

Sebagai manusia biasa kita tak lari dari rasa sedih. Pelbagai asbab yang buatkan seseorang berduka lara. Kesedihan adalah emosi asa manusia dan ia merupakan tindak balas yang biasa terhadap situasi yang menyakitkan, mengjengkelkan dan mengecewakan. Kesedihan berbeza dengan kemurungan yang kebiasaannya dilalui secara berterusan dan lebih lama, manakala sedih hanyalah sementara. Tapi, berhati-hati, kesedihan yang lama, lebih dari dua minggu, boleh berubah menjadi kemurungan yang pastinya memberi kesan kepada kehidupan kita.

CARA ATASI KESEDIHAN

Sumber: Google

Emosi sedih yang di alami adalah normal dan dapat memperkaya emosi yang kita rasai secara keseluruhan dalam kehidupan.

Biar diri merasa sedih

Kesedihan normal dapat diatasi dengan beberapa cara dan sebaiknya jangan jangan paksa diri untuk buang rasa sedih kerana ia akan memberi kesan buruk pada diri sendiri. Menangis saja jika merasa sedih, secara alami kita akan merasa lebih lega selepas air mata berhenti.

Ambil waktu untuk bersendiri

Muhasabah diri dan perasaan, rawat hati yang luka dengan perkara yang kita suka. Inilah masa yang terbaik untuk selami diri sendiri dan fahami mengapa kita bersedih, apa penyebab kita merasa sedih akan buatkan kita merasa lebih lebih baik selepas itu.

Melancong/bersiar-siar

Kadang-kadang udara segar dan sedikit masa yang tenang dapat mengubah perspektif sedih korang. Jadi ambil masa untuk bersiar-siar ke tempat yang korang suka.

Telefon dan bercakap dengan rakan rapat atau ahli keluarga.

Meluahkan perasaan korang juga dapat membantu dalam proses untuk korang merawat hati yang sedih.

Berbuat baik kepada diri sendiri.

Terkadang kita jarang ambil peduli tentang diri sendiri. Saat korang sedih inilah waktu terbaik untuk reward diri dengan perkara yang mudah seperti mandi air panas, menikmati tidur siang, atau makan coklat kesukaan korang.

Biarkan diri ketawa.

Tonton rancangan komedi kegemaran dan tonton sebentar, atau cari video YouTube yang lucu. Rasa ketawa akan alihkan perhatian pada perasaan sedih korang.

Mulakan jurnal kesyukuran.

Mulakan hari korang dengan perkara yang positif, walaupun hanya satu perkara yang harus anda syukuri setiap hari. Jurnal kesyukuran ini dapat membantu untuk alihkan perasaan negatif dan sedih kepada perasaan positif.

Selain dari perkara di atas, sebagai seorang muslim, korang boleh mengamalkan doa tertentu untuk menghilangkan rasa sedih. Antara doa yang saya amalkan setiap kali merasa sedih adalah ayat 44 Surah AlGhafir

Sumber: Google

Amalkan doa ini setiap kali selepas solat sambil letakkan tangan di dada. Korang juga boleh sedekahkan surah AlFatihah khusus untuk diri sendiri setiap hari.

Apapun yang membuatkan korang bersedih, sentiasa ingat bahawa kesedihan yang korang alami ini akan memberi perubahan dalam hidup korang. Kesedihan ini sebenarnya hanyalah tekanan yang diperlukan untuk mendapat kehidupan yang lebih baik. Jadi, korang seharusnya memikirkan perkara yang boleh korang ubah untuk menjadikan kehidupan korang lebih gembira kerana kesedihan dalam hidup adalah perkara biasa yang hanya akan mematangkan kita.

Comments

  1. Kadang-kadang, Yani pun rasa down jugak walaupun tanpa sebab. Tapi lepas dah chill kejap, main game ke binge watching cite best ke, okay la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tau diri kita sendiri dan apa yang membahagiakan kita

      Delete
  2. These are good tips, sis. No.1 -5 we're the things I do masa I putus cinta empat tahun Yg lalu. Hmm.............

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully u okay now. maybe can add on amalkan doa yang saya bagi tu. it really works

      Delete
  3. Thanks utk artikel ni. Btl ada masa kena amik masa utk bertenang. Adat la manusia ada masa hepi ada masa bersedih kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak min. ada masa memang akan rasa sedih

      Delete
  4. Thanks for these advises. Rawlins memang akan call rakan-rakan dan family members jika kesedihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung ada kawan2 dan keluarga yang memahami kan

      Delete
  5. Adat la kan kalau rasa sedih tapi kan sis pernah tau tetiba air mata mengalir. padahal time tu takde la sedih ke hape tapi tah la.. tetiba macam rasa sayu gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah gak jadi gitu. hormon agaknya haha

      Delete
  6. Terima kasih atas perkongsian. Sis dah pernah alami kesedihan hingga jd kemurungan. Mmg tak ada org lain boleh tolong melainkan diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. and glad sis dah okay sekarang. Alhamdulillah

      Delete
  7. The last one really works ya! For my case, i create digital album kat Hard disk! I masukkan gambar2 of happy moments, time sedih2 buka balik, that's my happy treatment!

    ReplyDelete
  8. No. 1 dan 2 tu memang pilihan yang selalu buat kalau sedih. No. 3 tu kadang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jugak amalkan doa yang saya bagi tu. :)

      Delete
  9. Paling mudah, berzikir atau buka utube zikir then bawa tidur.. itu yang selalu Sis buat Bae..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. antara doa yang bae amal tu memang berkesan sis

      Delete
  10. Kalau sedih...pujuk la hati. Jangan sampai lama sangat memendamnya. Kalau ada kawan yang boleh dipercayai tu boleh luahkan.

    ReplyDelete
  11. thanks for sharing... i usually will do tahajjud kat situ luah like everything.. sebab tak bagus cerita di public kalau kita bersedih.. no one actually care.. dorang akan simpati dan paling best dorang rasa suka kita rasa sedih

    ReplyDelete
  12. I had a friend yg baru break up haritu. Although dia bukan muslim, dia pun cari ketenangan dgn mendekatkan diri dgn Tuhan dia, meditating, etc. Being in touch with your spirituality helps, regardless of religion, I think.

    ReplyDelete
  13. Great tips! Memang bagus sangat tips yang dikongsikan. Tambahan bagi Yaya, kalau sedih kita pergi makan sedap2 and makan banyak hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha samaaaa pastu gemok stress gemok pulak.. aiyokkk

      Delete
  14. Jangan malu untuk merasa sedih sebab ianya satu perasaan yang istimewa. Sedih ni juga akan menjadikan kita lebih bersemangat untuk bangkit dan apabila kita kembali bahagia dan gembira baru kita sedar yang berbaloi untuk kita rasa sedih. Dan ianya bagaikan melihat pelangi selepas hujan panas.

    ReplyDelete
  15. teringat pepatah La Tahzan Jangan Bersedih. kadang-kadang perasaan itu bisikan syaitan je. kita kena lawan balik. kuatkan semangat. kalau ada masalah dapatkan orang untuk mendengar betul tak

    ReplyDelete

Post a comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN

Followers